“Be Prepared & Stay Calm. Jangan Beremosi” Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang!

Share

Hidup berumah tangga banyak cabarannya. Jika bukan kita, ada insan-insan disekeliling kita yang menerima ujian dan cabaran dalam berumah tangga. Nasihat adalah jalan terbaik untuk menguatkan diri sesama kita. Pelakon Yatt Hamzah tidak terkecuali memberi nasihat dan membimbing melalui dakwahnya di instagram.

Berkongsi nasihat dan tips untuk suami yang berlaku curang pada isteri, Yatt cuba berkongsi tip buat semua isteri. Apa yang penting katanya jangan cepat menuding diri atau menyalahkan sesiapa. Perbaikinya bersama. Itu sebaiknya.

Pun begitu, Yatt memberitahu mencegah lebih baik dari mengubati dan setiap isteri perlu ambil langkah yang bijak jika ia berlaku.

Berikut merupakan 5 tip yang dikongsi Yatt menerusi ilmu yang dia dapat dari guru-guru bertauliah.

1) Berhenti tuding jari!
Paling penting dalam kes curang, jangan cari silap pasangan! Ramai lelaki yang berlaku curang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, sebaliknya mula menunding jari kepada pasangan. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk lelaki berlaku curang. Sebaiknya bermuhasabah diri.

2) Bersemuka
Memendam rasa bukanlah jalan penyelesaian. Lebih baik bersemuka dengan pasangan untuk cari penyelesaian. Memendam rasa hanya menjadikan keadaan lebih rumit sehingga boleh mengundang depresi. Ingat, hanya bersemuka dengan suami bukan dengan scandalnya! Be prepared & stay calm. Jangan beremosi.

3) Apa yang boleh dimaafkan?
Setiap individu ada limitasi dalam menghadapi sesuatu isu. Melampau bagi anda, mungkin tak kepada orang lain. Setiap orang ada prinsip tersendiri tentang kemaafan. Ada isteri yang langsung tak boleh terima jika suami keluar dengan wanita lain biarpun hanya seorang kawan. Tapi ada juga yang tak kisah asalkan inform lebih awal. Jadi bincang sama-sama krisis yang terjadi, teliti dan dalami apa yang boleh dimaafkan, apa yang tidak.

4) Tetapkan peraturan
Jika isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dan si dia. Contohnya, dia tidak boleh lagi menetapkan kata laluan di telefon bimbit, memaklumkan ke mana tujuannya jika mahu pulang lewat malam atau minta dia bawa anda bersama jika ada apa-apa acara di luar.

5) Beri peluang kedua
Hanya anda yang boleh menilai sama ada boleh beri peluang kedua kepadanya atau tidak. Jika rasa berbaloi, pastikan dia benar-benar faham bahawa tiada lagi peluang ketiga atau keempat untuknya. Ingat, ‘Fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me!’

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahayamata, Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, 1.

Terdahulu, melalui perkahwinan pertamanya sebelum ini Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika yang kini sudah pun berusia 9 tahun. Ibu beranak empat yang kesemuanya perempuan ini tampak cantik lagi jelita setiap kali muncul di instagramnya.


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

Sumber: Gempak & @yatthamzah_suci

IKLAN