
Gambar AI
Isu beg sekolah berat kembali menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai ibu bapa mula berkongsi pengalaman melihat anak-anak mereka menggalas beg yang hampir menyamai berat badan sendiri. Ada yang mengadu anak cepat penat, ada yang bahu senget, malah ada yang sudah mula mengadu sakit belakang walaupun baru di Darjah Satu.
Kadang-kadang satu gambar pun dah cukup buat hati jadi sebak. Budak darjah 1, tubuh kecil lagi, tapi terpaksa bawa beg sekolah beroda yang besar dan berat. Langkah perlahan, muka tunduk, bukan sebab malas, tapi sebab penat. Bukan semua kanak-kanak berani mengadu. Ada yang diam, ada yang telan saja rasa letih, sebab mereka ingat itu memang tanggungjawab sebagai murid.
Gambar macam ni selalu buat orang dewasa berfikir sistem, beban pelajaran, dan sejauh mana kita benar-benar jaga kebajikan anak kecil yang baru belajar mengenal dunia.
Tular kini ibu berkongsi pengalaman mengatasi masalah beg berat. Ia kembali tular apabila tidak lama sesi persekolahan 2026 akan bermula. Demi menjaga kesihatan anak, semakin ramai ibu ayah sanggup berhabis ratusan ringgit membeli beg sekolah yang kononnya lebih ergonomik, ringan dan selamat untuk tulang belakang.
Ada yang memilih jenama mahal, ada yang mencari beg khas dengan sokongan belakang semuanya demi satu matlamat: mengelakkan beg sekolah berat daripada menjejaskan kesihatan fizikal anak.
Namun persoalannya, adakah harga beg semata-mata sudah cukup untuk melindungi anak daripada risiko sebenar? Atau masih ada perkara penting lain yang ibu bapa perlu tahu dan lakukan?
Menurut perkongsian yang pernah tular di Facebook oleh Dr Taufiq Razif, berat beg sekolah tidak sepatutnya melebihi 10% daripada berat badan anak.
Sebagai contoh:
Jika berat anak 20kg, beg sekolah sepatutnya sekitar 2kg hingga 3kg sahaja.
Namun realitinya, ramai murid termasuk yang baru Darjah Satu — terpaksa membawa beg seberat 4kg hingga 6kg setiap hari. Buku teks, buku latihan, botol air besar, bekal makanan, alat tulis dan kadangkala barang tambahan lain dimasukkan tanpa kawalan, menjadikan beg sekolah berat satu beban harian yang berisiko.
Beg sekolah berat bukan sekadar membuatkan anak cepat penat. Ia boleh memberi kesan serius kepada tubuh mereka yang masih membesar.
Kecederaan otot belakang
Beban berlebihan boleh mencederakan otot erector spinae, iaitu otot penting yang menyokong tulang belakang.
58.3% kes sakit belakang
Kajian menunjukkan lebih separuh murid sekolah yang mengalami sakit belakang mempunyai kaitan dengan beg sekolah berat.
Sakit leher, bahu dan kepala
Postur badan yang terpaksa menyesuaikan diri dengan beban menyebabkan tekanan berpanjangan pada leher dan bahu.
Risiko skoliosis
Skoliosis ialah keadaan tulang belakang bengkok ke tepi. Beban tidak seimbang boleh meningkatkan risiko ini.
Kesan jangka panjang
Yang paling membimbangkan, kesan ini mungkin tidak kelihatan sekarang, tetapi boleh muncul apabila anak meningkat remaja atau dewasa dalam bentuk sakit kronik dan masalah postur.
Murid Darjah Satu masih kecil. Tulang dan otot mereka belum matang sepenuhnya. Apabila mereka terpaksa memikul beg sekolah berat setiap hari, tubuh mereka akan mula menyesuaikan diri secara paksa.
Kesan yang sering berlaku termasuk:
Jika dibiarkan berterusan, perubahan ini boleh menjadi kekal dan sukar diperbetulkan apabila anak semakin membesar.
Dalam satu perkongsian oleh Dr M Salehin Salleh (dirujuk daripada tulisan Dr Zaqrul), dinyatakan bahawa beg sekolah berat memberi kesan besar terhadap:
Kajian juga menunjukkan murid yang membawa beg berat mempunyai risiko lebih tinggi mengalami idiopathic scoliosis, terutamanya ketika usia remaja.
Ramai ibu bapa menganggap beg beroda sebagai penyelesaian selamat. Namun hakikatnya, ia bukan solusi terbaik, terutama jika:
Menarik beg berat di satu sisi juga boleh menyebabkan beban tidak seimbang pada badan. Sebab itu, Dr Taufiq Razif menasihatkan supaya elakkan beg beroda, terutama untuk murid sekolah rendah.
Ciri beg sekolah yang sesuai:
Elakkan beg yang terlalu besar, terlalu keras atau hanya mempunyai satu tali bahu.
Ramai anak membawa semua buku kerana tidak menyemak jadual, tidak pasti subjek atau tidak sempat menyusun malam sebelumnya.
Solusi mudah:
Ambil masa untuk menimbang beg anak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika terlalu berat, kurangkan isi serta-merta.
Jika sekolah membenarkan, gunakan buku digital dan tinggalkan buku tebal di rumah bagi mengurangkan beban fizikal harian.
Pastikan anak memakai dua tali bahu, beg rapat ke belakang, tidak longgar dan tidak senget sebelah.
Anak yang mengadu sakit belakang, bahu atau cepat penat bukan mengada-ngada. Itu isyarat tubuh mereka sedang tertekan akibat beg sekolah berat.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita bukan sekadar membeli beg mahal, tetapi memastikan cara penggunaan, susunan buku dan beban harian adalah betul.
Tolong:
✔ Periksa beg anak
✔ Timbang berat
✔ Susun ikut jadual
✔ Pilih beg yang sesuai
Dan yang paling penting, sebarkan ilmu ini kepada pasangan, keluarga dan ibu bapa lain. Kadang-kadang, satu perkongsian kecil mampu menyelamatkan masa depan kesihatan seorang anak.
Sumber: Mohd Fadli Salleh