Ibu bapa sekarang ramai yang semakin prihatin dan ‘advance’ dalam bab hendak merangsang anak masing-masing supaya cepat pandai. Tetapi perlu diingat ia bukan satu perlumbaan untuk membandingkan anak siapa paling pandai dan cepat belajar kerana setiap anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza antara satu sama lain.
Selain dari itu, papa mama juga perlu tahu apa cara rangsangan yang betul perlu dibuat mengikut usia anak. Tak semestinya kena terus ajar bayi kenal huruf ABC seawal usianya. Sebaiknya papa dan mama dahulu yang kena belajar cara betul merangsang bayi mengikut garis panduan mereka yang pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak.
Perkongsian Puan Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa yang berpengalaman luas dalam bidang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik untuk bayi dan kanak-kanak patut dijadikan sebagai garis panduan berguna dalam membesarkan si manja anda.
Lagi sebulan saja lagi anak saya, Muhammad Amru Iyyadh genap 12 bulan. Kini dia 11 bulan.
Anda boleh biarkan anak membesar secara fitrahnya kanak-kanak sihat yang lain. Sememangnya kanak-kanak belajar secara spontan berdasarkan rangsangan persekitarannya.
Saya pula, selalu ajar anak orang. Takkan saya tak ajar anak sendiri pula kan?
Maka saya nak share sikit apa yang selalu saya buat dengan baby 11 bulan yang bulat ni.
Ads
1) Saya ajar tiru isyarat mudah seperti tepuk tangan, bye bye, cekur udang gamit, habis, aum cak.
2) Saya galakkan tumpuan bersama dan interaksi dua hala.
Contoh: Saya ikut suara dia. Bila dia sebut “nanana” saya pun sebut “nanana”.
Contoh: Saya pejam celik mata, pandang dia dan tunggu. Bila dia pula pejam celik, saya puji dan seterusnya giliran saya pula pejam celik.
3) Saya ajar dia tunjuk dengan jari telunjuk. Tunjuk apa saja. “Tu….bulan.” Kemudian dia tiru tunjuk apa yang saya tunjuk. Sebelum ni jika saya tunjuk, dia melihat jari saya. Bukan pada benda yang saya maksudkan. Sekarang dia dah faham.
Ads
4) Saya ajar dia kenal anggota badan. Tapi sekali ajar hanya sebut 1 bahagian saja. Contohnya kalau hari ni ajar “hidung”, maka semuanya cerita pasal hidung. Dia juga kena tunjuk dengan jari telunjuk ke arah hidung abangnya atau hidung saya.
5) Saya ajar main benda ikut fungsi seperti telefon di telinga, cawan untuk minum, sudu untuk suap makan, bola untuk baling, kereta untuk tolak dan sebagainya.
6) Saya sebut segala apa yang saya buat, “Ummi buka pintu, ummi pakai kasut, Iyyadh ikut ummi, jom!”.
7) Saya sebut segala apa yang dia sedang lihat, pegang dan lakukan.
Ads
8) Disebabkan dia dah boleh berjalan, saya ajar dia cari abang-abang dia yang menyorok. Tapi kalau saya yang menyorok, dia masih menangis ingat saya nak tinggalkan dia….
9) Saya letak benda dalam plastik, kotak tisu lama atau balang kuih, dan biar dia sibuk fikir nak keluarkan benda tu.
Banyak lagi sebenarnya. Ni yang saya terfikir buat masa ni. Saya yakin anda juga ada mengajar anak anda dengan cara masing-masing.
Saya tak ajar ABC 123 hinggalah anak saya cecah usia 4 tahun.
Saya juga tak ajar anak tengok tv walaupun program pendidikan.
Saya tak beli mainan mahal untuk anak saya. Mainan mahal saya belikan untuk kelas terapi saya saja.
Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap seperti rakan sebaya, bawalah jumpa speech therapist terdekat.
Mama papa adakalanya buntu, tidak tahu bagaimana nak tenangkan tangisan bayi. Apa kata cuba teknik yang dicadangkan ini.
Semua bayi mamalia termasuk bayi manusia menangis banyak pada beberapa bulan awal kelahiran. Bayi kecil masih belum boleh bercakap. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, pada awal kelahiran, bayi sensitif kepada persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Malah bayi mudah merasa over stimulate (letih) dengan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ia merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana dan orang asing.
Namun, bagi yang pertama kali bergelar mama dan papa, tangisan bayi pastinya menjadi sesuatu yang asing buat anda hingga ada yang buntu untuk tenangkan bayi. Tidak tahu bagaimana untuk menenteramkannya? Hakikatnya terdapat pelbagai cara untuk menenteramkan bayi termasuk teknik Cuddle Cure. Ia adalah teknik yang membuatkan bayi berasa seakan berada dalam rahim ibu.
5 LANGKAH CUDDLE CURE TENANGKAN BAYI
Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan refleks yang memberi ketenangan kepada bayi dalam masa yang amat singkat! Ia merangkumi kombinasi 5S ini iaitu:
1.Swaddle
Membalut bayi dengan kemas dan ketat. Langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk.
2.Side/Stomach Position
Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga dipanggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa dalam rahim.
3.Ssshing
Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!
4.Swing
Menghayun bayi dengan intensiti ayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
5.Sucking
Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Situasi ini memberikan rasa ketenangan kepada si manja.
ALTERNATIF MEREDAKAN TANGISAN BAYI
Menurut Uswatun, antara alternatif lain yang boleh dicuba untuk menenteramkan bayi ialah seperti berikut;
a)Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu menenteramkan.
b)Urutan; berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.
c)Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.
d)Mandikan dengan air suam; tidak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak hangat sebelum dodoi lagu tidurnya.
TANDA SAWAN TANGIS
Anda boleh mengenali jika bayi anda mengalami sawan tangis atau bayi kolik. Bayi yang mengalami sawan tangis selalunya akan mulai kerap menangis seawal usia tiga minggu iaitu tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.
Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.
Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan
Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.
Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.
Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.
Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.
Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.
Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.
Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.
Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.
Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.
Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja
Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan
Bahan-bahan:
Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat
Caranya:
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!
Bagi ibu-ibu terutamanya yang baru dapat anak pertama, masa dengan bayi paling dinantikan. Waktu ini nak tinggalkan anak untuk mula bekerja pun rasa berat hati kan?
Keadaan ini memang biasa. Cuma sebagai ibu, kita akan terlebih bimbang boleh ke anak sesuaikan diri di rumah pengasuh atau nurseri, minum susu ke tak, masa nak tidur ok atau mengamuk dan macam-macam lagi.
Tapi ada juga yang risau, kalau dah kerja nanti bayi dah tak sayangkan kita ke? Tak perlu bimbang sebab apa yang dikongsikan oleh Puan Salwa Saleh boleh buatkan ibu faham tanda bayi sayangkan anda.
1. Bayi akan memandang tepat pada mata anda Memang comel aje. Dia akan tengok macam-macam benda tapi paling dia suka adalah muka kita. Sebab ade instinct gitu. Dia tau dan dia dapat rasakan hangatnya kasih sayang dan itu juga cara dia nak dapatkan perhatian kita.
2. Bayi kenal bau anda Pernah tak masuk bilik time baby dah tidur, tiba-tiba dia terjaga walaupun kita dah berjenket-jengket jalan takut berbunyi? Haaa…sebab dia dapat bau lah! Seawal usia satu minggu pun dia akan prefer kat bau susu maknya dan bagi dia itulah bau paling sedap dalam dunia.
3. Senyum pada anda Itu tanda dia nak kata dia SAYANG kat kita. Dia senyum straight. Memang magical moment lah bila senyum tu.
4. ‘Bercakap’ dengan anda Memang la tak keluar perkataan tapi riuh habis la mulutnya. Patutnya kita kene gembira sebab itu cara dia nak berkomunikasi dan cakap yang kita ni penting bagi dia. Jadi kalau dia dok coo coo tu, kita layan la. Buat macam sembang dengan orang dewasa atau budak-budak dah besar. Dia akan faham!
5. Sentiasa nak kita di sisinya Tak kira la apa juga kita buat, dia nak kita ada dengan dia. Melipat baju ke, sidai baju ke, vakum rumah ke, mesti nak nampak kelibat maknya tu ada. Ada sesetengah baby lagi nak ngempeng je. Tak mahu langsung berenggang. Sebab dia dah sayang sangat dan ada rasa sense of belonging dan attached.
6. Berkongsi minat yang sama
Apa yang kita buat dia akan tengok dan akan cuba untuk tiru. Mungkin sekarang kita tak sedar tapi berdasarkan kajian, dalam usia beberapa bulan baby kita dah tau dah kita punya rutin, kegemaran kita dan dia akan cenderung untuk buat perkara yang sama nanti.
7. Menjadikan anda perisai utama Paling normal bila usia dia dah 6 bulan ke atas. Lepas tu ada pulak stranger anxiety makanya ibulah jadi perisai utama kena sembam muka yang tembam tu ke dada maknya. Itu maknanya dia memang jadikan kita sebagai pelindung yang dipercayai.
Jadi, kesimpulannya bayi pun pandai nak tunjuk kasih sayang dan diorang pun nak dihargai. Jadi sama-samalah kita beri perhatian pada keperluan anak-anak dan balas semua kasih sayang tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.