Bekal Hari Pertama Sekolah Anak Farah Wen Jadi Tumpuan, Siap Dengan Caviar!

Share

Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.

Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen

, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
@farahwen first day of school 😍❤️ #skintific #firstdayofschool #backtoschool #internationalschool #routine ♬ until i found you x perfect – itsokkman

Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:

“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…”

😭😭😭

Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:

“Wei kau makan apa untuk rehat?”
“Aku makan caviar.”

Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain

Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.

Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa  walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.

Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️

Published by
Noel