Dalam dunia yang serba laju ini, ramai antara kita terjebak dalam perlumbaan tak berpenghujung. Kerjaya, keluarga, sosial media semuanya datang dengan tekanan dan harapan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar definisi โbahagiaโ yang dicipta oleh orang lain, sampai kita lupaโฆ bahagia itu sebenarnya berbeza untuk setiap orang.
Bahagia Tak Perlu Sama
Ada orang rasa bahagia bila melancong jauh. Tapi ada juga yang cukup tenang hanya dengan secawan kopi panas dan bunyi hujan di tingkap. Jangan bandingkan jalan hidup kita dengan orang lain. Kalau kita asyik tengok hidup orang, kita akan lupa menghargai yang kita ada.
Kecil Tapi Bermakna
Bahagia bukan tentang kereta besar atau rumah mewah semata-mata. Kadang-kadang, ia tersembunyi dalam perkara kecil:
Ads
Bila anak peluk kita tanpa sebab.
Bila mak ayah sihat dan masih boleh telefon kita.
Bila kita berjaya tidur lena tanpa gangguan fikiran.
Semua itu juga bahagia, cuma kita jarang sedar.
Belajar Letak Had
Ads
Salah satu kunci bahagia ialah belajar kata โtidakโ. Tak semua jemputan kita perlu hadir. Tak semua komen perlu kita balas. Hidup lebih ringan bila kita tahu jaga sempadan diri sendiri.
Ads
Bahagia Itu Latihan
Jangan tunggu sempurna baru nak bahagia. Belajar raikan proses. Hari ini mungkin tak sebaik semalam, tapi kita masih di sini, masih bernafas, masih mencuba dan itu pun sudah cukup.
Bahagia itu bukan destinasi. Ia cara kita melihat hidup. Bila kita berhenti mengejar versi orang lain, kita mula cipta bahagia versi kita sendiri. ๐
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang memuat naik gambar mereka sekeluarga menarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson di laman Instagramnya, potret keluarga ini dilihat cukup sempurna.
Apa lagi dengan kehadiran dua cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa yang baru dilahirkan pada Jun lalu.
โOur first family photo,โ ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zahirah dan Aiman kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.
Malah penampilan Zahirah dengan status ibu anak dua dipuji wargamaya. Ibu cantik manis ini dilihat cukup cantik berseri, terserlah aura keibuannya lebih-lebih lagi selepas menimang anak perempuannya pada Jun lalu.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Namun, di zaman serba moden ini, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi, termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar.
Dengan teknologi dan internet yang mudah diakses, kanak-kanak kini lebih cepat terdedah kepada dunia maya berbanding generasi terdahulu.
Ini membuatkan ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memantau perkembangan anak-anak, terutama dari segi kesihatan mental dan kemampuan kognitif mereka.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kelemahan memori anak-anak, namun ramai ibu bapa tidak menyedari kesannya sehingga terlambat.
Pendedahan berlebihan kepada permainan video, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, dan gaya hidup yang kurang aktif boleh mengganggu perkembangan otak anak, sekali gus mempengaruhi prestasi mereka di sekolah dan kehidupan seharian.
Di samping itu, tabiat seperti tidur tidak mencukupi atau tonton TV secara berlebihan turut menjadi faktor yang perlu diberi perhatian.
Bagi ibu bapa yang mahu memahami dengan lebih mendalam mengenai punca memori anak-anak lemah, anda boleh ikuti perkongsian dari Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, yang sering membincangkan topik ini di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian beliau, banyak tip berguna yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan mereka dan memastikan mereka berkembang dengan sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.
Mari kita ikuti nasihat beliau untuk lebih faham bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak.
1. Main Game
Tak salah nak main game, tapi jangan berlebihan. Game boleh jadi punca gangguan, belajar pun tak fokus apabila terlalu asyik bermain game.
2. Tidur Pastikan tidur tepat pada waktunya. Jika tidur lambat, ia akan mengganggu kualiti tidur. Perkembangan otak paling banyak berlaku ketika tidur.
3. Kurang Aktiviti Luar
Jangan lupa buat aktiviti luar seperti melompat, berlari, dan menikmati alam sekitar. Ini sangat penting untuk perkembangan otak anak. Kalau terlalu terperap di rumah, kecergasan mental tidak akan berkembang dengan baik.
4. Terlalu Asyik dengan Media Sosial Anak-anak di bawah 18 tahun, terutama yang masih bersekolah, tak sepatutnya terlibat dengan media sosial secara berlebihan. Media sosial boleh jadi punca stres dan ketagihan dopamine, yang tak elok untuk perkembangan mental.
5. Tonton TV Berlebihan Pantau masa anak-anak tengok TV. Jika dibiarkan berlebihan, ia boleh melemahkan memori mereka.
Dia juga berharap para ibu bapa mengambil serius mengenai lima perkara ini untuk kebaikan anak-anak.
Tak ada benda yang lebih buat jantung ibu ayah berdebar daripada tengok anak tiba-tiba demam tinggi. Lagi-lagi kalau tiba-tiba mereka kena sawanย memang boleh hilang arah.
Ramai sebenarnya tak tahu, 2โ5% kanak-kanak boleh mengalami sawan demam, dan ia adalah antara sawan yang paling lazim berlaku pada anak kecil.
Sawan demam ni biasanya menyerang kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun, terutama golongan toddler yang baru bertatih. Statistik pun tunjuk, 1 daripada 25 kanak-kanak akan kena sawan demam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Dan dalam kumpulan ini, lebih kurang 30% mungkin akan mengalami sawan yang berulang terutamanya jika mereka ada faktor risiko tertentu.
Sawan demam ialah sawan yang berlaku disebabkan demam panas pada bayi atau kanak-kanak yang sebelumnya normal dan sihat.
Doktor hanya akan mengesahkan sawan demam selepas memastikan tiada punca lain yang mencetuskan sawan selain suhu badan yang tinggi (lebih 38ยฐC).
-Anak tiba-tiba tak sedar diri atau tak respon bila dipanggil.
-Kejang atau tersentak pada kedua-dua kaki dan tangan.
-Mata mungkin terbelalak ke atas.
-Ada kes kekejangan hanya berlaku pada sebahagian tubuh, contohnya satu tangan atau satu kaki.
-Sawan selalunya berhenti sendiri dalam masa 2โ3 minit, jarang lebih daripada 10 minit.
-Jika sawan lebih 5 minit, bawa anak ke klinik atau hospital segera.
-Semasa sawan, anak boleh tercedera jika jatuh atau boleh tercekik air liur/makanan.
-Kebanyakan kanak-kanak ada demam tinggi melebihi 38.5ยฐC.
-Anak yang kena sawan demam tidak semestinya ada epilepsi.
-Selalunya sawan berlaku pada hari pertama demam.
-Anak yang masih terlalu kecil (kurang 15 bulan) masa serangan pertama.
-Sawan berlaku sejurus selepas demam bermula atau masa suhu masih normal.
-Ada sejarah keluarga yang pernah kena sawan demam.
-Ada ahli keluarga yang menghidap epilepsi.
Majoriti besar kes sawan demam tidak membahayakan.ย Kajian menunjukkan:
Sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak.ย Kanak-kanak yang pernah kena sawan demam mempunyai prestasi akademik normal dan kecerdasan setanding adik-beradik lain.
Walaupun dalam kes yang sangat jarang, sawan berlarutan lebih sejamย kanak-kanak ini biasanya pulih sepenuhnya.
Dalam kalangan kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam, kira-kira 3% akan mendapat epilepsi. Risiko ini lebih tinggi jika:
-Sawan demam panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
-Ada perkembangan lambat.
-Ada ahli keluarga yang mengidap epilepsi.
-Bagi kanak-kanak yang tiada faktor risikoโhanya 1% akan menghidap epilepsi, sama macam populasi umum.
1. Tindakan Kecemasan
Ikut langkah dalam protokol โRawatan Kecemasan Semasa Sawanโ (biasa diajar oleh doktor).
2. Kawal Sawan
Kebanyakan anak tak perlukan ubat.ย Tapi jika sawan lebih 5 minit, doktor biasanya akan bekalkan diazepam (Valium) rectal untuk digunakan di rumah.
3. Kawal Demam
Beri paracetamol atau ibuprofen.ย Lap badan anak dengan air suam untuk bantu turunkan suhu.ย Elakkan pakaian atau selimut yang terlalu tebal.
Doktor mungkin bagi rectal diazepam untuk anak yang pernah mengalami sawan berulang.
Tapi setakat ini tiada kaedah yang benar-benar berkesan untuk mencegah sawan demam daripada berulang.
Yang lega sikit: bila umur anak makin meningkat (5โ6 tahun), kekerapan sawan biasanya akan berkurang sendiri.
Shaken Baby Syndrome ialah kecederaan otak serius akibat menggoncang bayi. Ketahui bahaya, tanda-tanda serta cara selamat menenangkan bayi tanpa menggoncangnya.