Dalam dunia yang serba laju ini, ramai antara kita terjebak dalam perlumbaan tak berpenghujung. Kerjaya, keluarga, sosial media semuanya datang dengan tekanan dan harapan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar definisi โbahagiaโ yang dicipta oleh orang lain, sampai kita lupaโฆ bahagia itu sebenarnya berbeza untuk setiap orang.
Bahagia Tak Perlu Sama
Ada orang rasa bahagia bila melancong jauh. Tapi ada juga yang cukup tenang hanya dengan secawan kopi panas dan bunyi hujan di tingkap. Jangan bandingkan jalan hidup kita dengan orang lain. Kalau kita asyik tengok hidup orang, kita akan lupa menghargai yang kita ada.
Kecil Tapi Bermakna
Bahagia bukan tentang kereta besar atau rumah mewah semata-mata. Kadang-kadang, ia tersembunyi dalam perkara kecil:
Ads
Bila anak peluk kita tanpa sebab.
Bila mak ayah sihat dan masih boleh telefon kita.
Bila kita berjaya tidur lena tanpa gangguan fikiran.
Semua itu juga bahagia, cuma kita jarang sedar.
Belajar Letak Had
Ads
Salah satu kunci bahagia ialah belajar kata โtidakโ. Tak semua jemputan kita perlu hadir. Tak semua komen perlu kita balas. Hidup lebih ringan bila kita tahu jaga sempadan diri sendiri.
Ads
Bahagia Itu Latihan
Jangan tunggu sempurna baru nak bahagia. Belajar raikan proses. Hari ini mungkin tak sebaik semalam, tapi kita masih di sini, masih bernafas, masih mencuba dan itu pun sudah cukup.
Bahagia itu bukan destinasi. Ia cara kita melihat hidup. Bila kita berhenti mengejar versi orang lain, kita mula cipta bahagia versi kita sendiri. ๐
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak menjadi insan yang lebih baik, mengenal Allah dan mengenal kehidupan ini bukanlah satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan mak ayah.
Jangan putus asa dalam mendidik anak. Teruslah bersabar dan tabah dalam setiap ujian ketika mendidik anak kita berjaya. Ganjaran pahala yang menanti mak ayah cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agarย istiqomah mendidik anak-anak.
โDan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!โ (Surah Maryam: 55)
ย
2. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
โJika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. โ (HR Muslim).
ย
3. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
โDan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.โ (HR al-Tabrani)
4. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
โBarangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.โ (HR Ahmad)
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Bagi personaliti serba boleh, Alif Satar, momen manis ketika kecil dan dibesarkan di pangsapuri sentiasa menggamit memorinya.
Atas dasar itulah, Alif turut membawa ketiga-tiga anaknya, Alisha, Ariana dan Ali untuk sama melihat dan meninjau sambil mengabadikan kenangan di tempat dia pernah dibesarkan.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkongsi kisah kehidupan di flat yang didiami Alif dan keluarga yang terletak di Wangsa Maju. Malah Alif juga turut bergambar kenangan bersama anak-anak.
โBaru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam @studiosembang dengan @ameliath yang Alif adalah salah seorang โbudak flatโ.
โNi haa.. Blok E1, Wangsa Maju, Seksyen 2. Kami tinggal di sini dari 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.
โBalik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru la pindah ke Hartamas,โ kongsi Alif.
Bahkan kata Alif lagi, disinilah dia mengumpul pelbagai memori di waktu kecilnya bersama keluarga dan kawan-kawan.
โBeb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu, macam-macam memori Alif kumpul kat sini.
โPaling best, bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini! Kind loving people they all are, and I wish them all the bestโฅ๏ธ,โ ujar Alif bercerita.
Bahkan Alif turut menitipkan pesanan dan nasihat buat ketiga-tiga anaknya agar tidak pernah melupakan siapa dan dimana kita berada.
โp/s: Tidak kira setinggi mana anda melangkah, jangan pernah lupa akar umbi. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.
โHargai dan ingat orang yang membawa anda ke sana sepanjang perjalanan,โ kata Alif menitipkan pesanannya buat anak-anak.
Terdahulu, Alif dan isterinya, Shadila Halid dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.
Rentetan daripada pendedahan yang dikongsi oleh Mohd Fadhli Salleh semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil mengeluarkan kenyataan tegas bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan keselamatan murid dan akan memastikan kanak-kanak terbabit terus dilindungi.
Menurut beliau, kes tersebut kini telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, selain tindakan segera turut diambil oleh kementerian.
Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan bahawa tindakan pantas telah diambil bagi memastikan keselamatan mangsa terus terjamin selain memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Masyarakat diseru agar terus tampil ke hadapan untuk melaporkan kes terkait dakwaan kesalahan seksual kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera menyiasat apabila aduan melibatkan mangsa kanak-kanak.
Ambil tanggungjawab bersama sebagai ahli masyarakat untuk terus mengingatkan tanggungjawab semua pihak untuk terus melindungi kanak-kanak,โ katanya lagi.
Kenyataan Fadhlina Sidek itu mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan isu berkenaan sejak ia mula didedahkan di media sosial.
Ramai menyifatkan tindakan segera kementerian sebagai langkah penting dalam memastikan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan. Selain itu, tindakan merehatkan guru yang terlibat sementara siasatan dijalankan juga dilihat sebagai pendekatan tegas bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan.
Dalam masa sama, masyarakat turut berharap agar kes seperti ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya lebih peka terhadap isu keselamatan kanak-kanak di sekolah dan persekitaran seharian.
Beberapa pengguna media sosial turut menzahirkan rasa lega selepas pihak kementerian dan agensi berkaitan bertindak pantas dalam melindungi mangsa. Mereka berharap siasatan dijalankan secara telus dan adil supaya individu yang terlibat dapat dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
Dalam isu melibatkan gangguan seksual murid, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kes dapat ditangani dengan segera. Selain pihak sekolah dan kementerian, ibu bapa serta masyarakat juga memainkan peranan besar dalam memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat.
Orang ramai disarankan supaya tidak takut untuk tampil membuat laporan sekiranya terdapat sebarang perlakuan mencurigakan melibatkan keselamatan kanak-kanak. Tindakan pantas mampu membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lebih awal selain mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Fadhlina Sidek turut mengingatkan bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen bersama seluruh masyarakat.
Kenyataan tegas yang dikeluarkan itu secara tidak langsung memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa KPM tidak akan berkompromi dalam isu gangguan seksual murid dan akan terus memastikan tindakan sewajarnya diambil demi keselamatan semua pelajar.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.