Anak-anak zaman ini sememangnya lain cara didikannya berbanding zaman dahulu. Kini anak-anak semakin membesar dengan bijak malah lebih handal bermain dengan emosi ibu bapa.
Jadi sebagai ibu dan bapa di zaman melinial ini, kita juga perlu menerapkan ilmu-ilmu baru dalam ilmu keibubapaan. Kaedah psikologi antara cara mudah untuk mendidik anak-anak kecil kita. Tidak terlalu berkeras sebaliknya menggunakan cara psikologi tetapi penuh kelembutan. Ini yang dikongsikan oleh Ibu Rose.
Menjaga kebersihan itu sangat penting. Ia dikatakan separuh dari iman. Dan kebersihan hati juga mendahului kebersihan fizikal. Hati yang bersih akan nampak nikmat Allah di dalam mendidik anak-anak dengan sabar dan penuh kelembutan kasih-sayang.
Marah itu juga perlu asalkan tidak memansuhkan kelembutan kasih-sayang. Cuma skilnya sahaja yang perlu dimiliki.
Ads
Salah satu caranya ialah “Sandwich Method”. 3 langkah
1- Hargai anak itu. 2- Nyatakan PERBUATAN yang hendak dibetulkan kepada anak. 3- Bersangka baik bahawa anak itu mampu membetulkan dengan lebih baik.
Ads
Contoh:- Anak malas belajar dan asyik suka bermain.
Langkah 1-(hargai anak)
Wow, anak mama ni pandai bermain mainan yang mama beli ni! Seronok mama beli sayang hargai pemberian mama macam ni.
Ads
Langkah 2- (betulkan kesilapan anak)
Hari tu sayang malas sikit bila mama suruh buat latihan dalam buku, mama rasa sedih. Sebab buku tu mama beli supaya anak mama jadi pandai. Bila pandai boleh tolong ramai orang. Nanti rasa best sangat.
Langkah 3- (Bersangka baik anak akan lakukan apa yang diminta dengan rela)
Mama tahu anak mama ni hati dia baik. Nanti dah cukup 5 minit, sayang ambik buku yang mama beli hari itu dan buat latihan 2 muka surat. Lepas tu tunjuk kat mama. I will be proud of you.
Inilah marah dengan kelembutan kasih-sayang. Sebenarnya anak itu tidak terasa pun dia dimarahi, malah sangat dikasihi. Kuasa kasih pendorong terkuat. Melalui kasih, anak akan mahu mengembirakan ibu bapanya.
Selamat berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa yang menitik beratkan soal pendidikan anak-anak, sudah tentu anda mahukan yang terbaik buat mereka.
Kanak-kanak sekarang sudah semakin maju. Mereka mempunyai cita-cita sedari kecil dan sebagai ibu bapa yang prihatin, anda seharusnya menyokong impian mereka. Bagi menunjukkan sokongan itu, anda boleh meluangkan masa untuk berbincang dengan mereka tentang bagaimana impian tersebut boleh dicapai. Lihat potensi dan minat anak-anak dan cari sumber terbaik untuk membantu mereka mengembangkan pengetahuan yang ada.
Tetapkan Pencapaian Yang Diingini
KUMON telah melancarkan sebuah kempen bertemakan: Act On Your Dreams. Bersesuaian dengan tema ini, sebuah temu ramah khas telah diadakan bersama angkasawan pertama Malaysia, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, bersama sekumpulan kanak-kanak berpotensi. Beliau juga merupakan salah seorang bapa yang mendaftarkan anak-anaknya untuk mengikuti kelas KUMON.
Dalam video temu ramah tersebut, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menekankan tentang memilih perkara yang diminati dan mencuba sebaiknya untuk memenuhi keinginan tersebut. Kenali potensi diri dan jika ada kelemahan yang perlu diatasi, cari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Ibu bapa seharusnya terus memberi galakan kepada anak-anak jika mereka tidak berjaya pada kali pertama. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Paling penting, terus bantu anak-anak untuk kekal fokus. Beri galakan untuk mereka terus berusaha keras, belajar dengan rajin serta percayakan diri sendiri.
Perkara pertama yang boleh anda lakukan bersama anak-anak adalah dengan menetapkan sasaran yang mampu mereka kecapi dalam satu tempoh masa. Sekiranya anda belum lancar berbahasa Inggeris, anda boleh tetapkan untuk mereka boleh yakin bertutur sekurang-kurangnya dalam suatu tempoh masa. Begitu juga jika anak anda kurang arif tentang ilmu hisab, letakkan satu target supaya mereka mampu mengusainya dalam jangka masa tertentu.
Sertai Perjalanan Pembelajaran KUMON
Salah satu inisiatif yang boleh anda ambil adalah dengan menyertai KUMON. Dengan melengkapkan kertas kerja yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan mereka, cara ini dapat membantu anak-anak untuk menguasai kemahiran belajar mengikut rentak mereka sendiri. Paling penting, dengan kaedah pembelajaran begini anak-anak akan lebih yakin dan berpotensi untuk meningkat maju.
Kejayaan KUMON
Menurut KUMON, tiada yang mustahil dalam hidup. Setiap anak mempunyai kebolehan dan potensi tersendiri. KUMON, francais pendidikan terbesar di dunia, telah diasaskan selama lebih 60 tahun dan mempunyai lebih empat juta pelajar dari 51 buah negara seluruh dunia. Keberkesanan kaedah pembelajaran KUMON telah terbukti dan banyak ibu bapa yang bersetuju dengan KUMON.
Pembelajaran Sendiri Kunci Kejayaan
Pembelajaran sendiri adalah fokus utama kaedah pendidikan KUMON. KUMON percaya setiap anak mempunyai bakat tetapi lebih berpotensi jika mereka belajar sendiri.
Di KUMON, tidak kiralah anak anda pelajar yang pantas atau lambat sedikit dalam pelajaran, mereka menggalakkan ibu bapa untuk terus menyokong perkembangan sepanjang perjalanan pembelajaran mereka. Yang bagusnya dengan kaedah KUMON adalah, mereka melatih anak-anak untuk lebih berdisiplin dengan menyiapkan kertas kerja KUMON setiap hari dan menjadikan ia sebagai rutin mereka.
Pada umur yang masih kecil, pelajar KUMON akan dilatih untuk menyelesaikan masalah rumit, memperbetulkan hasil kerja sendiri, menyedari kesalahan yang dilakukan serta berusaha untuk mengubahnya menjadi lebih baik. Setelah mereka berjaya mengusainya, baharulah mereka akan dibenarkan ke peringkat seterusnya.
Pelatih Bertauliah Beri Galakan Dan Tunjuk Ajar
Kaedah KUMON direka khas untuk mengajar anak-anak belajar berdikari dan tidak bergantung kepada jawapan yang betul jika mereka gagal menyelesaikan sesuatu soalan. Ini dapat membentuk jati diri mereka dan memupuk sifat tanggung jawab dan kepuasan apabila mereka berdepan dengan sesuatu masalah.
Tenaga pengajar di KUMON dilatih untuk menganalisis serta mengenal pasti kebolehan serta kelemahan para pelajar. Dengan itu, mereka dapat memberi tugasan mengikut kemampuan seseorang pelajar. Kaedah ini dapat memastikan para pelajar terus bermotivasi untuk belajar dalam zon selesa mereka. Selain itu, tugas pelatih di KUMON adalah untuk merancang tugasan mengikut kebolehan serta perkembangan setiap anak. KUMON percaya, kaedah ini dapat menggalakkan kemampuan pelajar untuk berfikir secara logik.
Berita Baik Buat Semua!
Bagi anda yang berminat untuk mendaftar anak-anak ke KUMON, rebut peluang untuk sertai program percubaan secara percuma. Pilih antara subjek Matematik atau bahasa Inggeris. Daftar bersama KUMON sebelum 16 Ogos 2019 untuk peluang mengikuti kelas percubaan secara percuma selama dua minggu.
Sama seperti tiga orang cahaya matanya sebelum ini, penyanyi Adira Suhaimi turut menamakan anak keempatnya dengan nama cukup ringkas.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi nama bayi comelnya secara tidak langsung menerusi satu entrinya.
“Botol susu favourite Ayub ni, dah la design cantik, extra soft dan large nipple close to mummy.
“Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air,” tulis Adira yang secara tidak langsung berkongsi nama bayinya.
Adira yang selamat melahirkan bayinya seberat 3.5kg itu pada 29 September lalu turut memuat naik videonya yang sedang menyusukan Ayub.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut ibu cantik manis ini turut meninggalkan pelbagai reaksi perkongsian nama Ayub malah memuji wajah comel Baby Ayub.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.
Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan kini Ayub yang selamat dilahirkan pada pada 29 September lalu.
Pisahkan tempat tidur anak bukan satu yang mudah lagi-lagi bila anak dah terbiasa tidur sebilik dengan ibu bapa. Mesti awalnya akan ada cabaran kerana anak akan menangis minta ditemankan atau perasaan kebimbangan bermain di fikiran ibu.
Ada ibu bapa bersetuju memisahkan tempat tidur anak seawal usia namun ada pula tak sampai hati membiarkan si manja tidur di bilik berasingan atas sebab usia masih terlalu kecil.
Namun, dalam kita tidak sedar terdapat pelbagai kebaikan apabila anak dipisahkan tidur ketika kecil, malah tidak keterlaluan jika bayi tidur di ruangnya sendiri. Selain mempengaruhi sikap keberanian dalam dirinya, anak dikatakan menjadi lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk berdikari sejak kecil. Bukan itu saja, hubungan suami isteri juga lebih mesra dan aurat lebih terjaga.
Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli ini mengenai caranya pisahkan tempat tidur anak yang awalnya sangat mencabar, akhirnya berjaya mendidik keberanian dalam diri dua anak perempuannya itu.
Lagi satu kesan positif yang dia dapat apabila biasakan anak tidur di bilik sendiri hubungan suami isteri jadi semakin erat dan sama-sama tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
—————————————————————————————
Sejak kami suami isteri melatih Maira dan Insyirah tidur di bilik sendiri, boleh kata kebanyakan pagi saya menjadi zombi.
Berulang alik dari bilik tidur kami ke bilik anak-anak apabila Insyirah menangis nakkan susu (breastfeeding). Selepas menidurkannya, saya akan kembali ke bilik utama. Kalau terlalu penat, mengantuk dan sudah pening kepala (kerana tidur lewat atau kerap terjaga), saya tertidurlah dengan anak-anak sampai ke pagi.
Sudah hampir setahun juga bila dicongak masanya.
Tertidur dengan anak, rasa jauh dengan suami
Pernah saya malas nak berulang alik, saya tidur terus di bilik anak-anak. Namun kesannya, saya rasa jauhh saja pula dengan suami.
Walaupun hubungan kami baik seperti biasa, tidak bergaduh dan melalui hari seperti kebiasaannya, ‘aura’ tu rasa tak best, tak seintim jika tidur di bilik yang sama.
Sebab apa?
Sebab ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, tu tak ada. ‘Intimate feeling’ tu tak ada.
Jangan salah faham, hal-hal yang saya tuliskan ini bukanlah berkisar tentang hubungan secara seksual atau mesti berakhir ke ‘situ’. Namun, sebenarnya lebih kepada ‘physical contact’ yang menghubungkan hati-hati kita, suami dan isteri.
Sebelum tidur amalkan komunikasi positif
Sebelum tidur yang ada sesi ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, berbual-bual, bergurau, kemudian bangun pagi dimulakan dengan pelukan, tentu berbeza rasanya dengan tidak berbuat demikian. Betul kan?
Hal yang nampak simple ini mengisi tangki emosi. Kalau hari dimulakan dengan happy, tenang, insyaAllah ia mempengaruhi kualiti seharian juga.
Jadi, inilah dilema kaum isteri yang bergelar mak-mak sebenarnya. Sebab itu ada ramai juga ibu bapa yang akhirnya TEWAS dan ‘redha’ sahaja anak-anak tidur sekali dengan mereka kerana ‘tak kuat’ mahu tidur berasing/bangun berulang kali sewaktu proses mengasing tidur anak-anak.
Betulkan mindset
Begitupun, ibu bapa kena sedar proses mengasingkan tidur anak-anak ini BUKAN SAJA-SAJA melainkan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak tentang adab, aurat serta ikhtilat. Inilah yang disarankan agama.
Jadi, bagaimana mahu kekal kuat? Namun dalam masa yang sama tak perlu rasa ‘jauh’ dengan pasangan?
Pertamanya, kedua pasangan suami isteri perlu betulkan mindset.
Breastfeeding/susu formula adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Mengasingkan tempat tidur anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab BERSAMA suami isteri sebagai ibu bapa.
Ini hal yang sangat penting. Mindset perlu betul kerana sekiranya diletakkan semuanya atas bahu suami atau isteri seorang, takut hilang rasa kasih sayang dan hormat dalam sesebuah perhubungan. Atau lebih perit, pasangan rasa seperti diri sendiri terkorban dan makan hati.
Suami sama-sama main peranan
Seperti saya, alhamdulillah dan insyaAllah, suami takkan abaikan ‘goodnight kiss’, baca doa sama-sama dengan anak. Atau lebih tepat, proses ‘pre-sleep’ itu dia pun ada bersama. Terutamanya jika saya ada banyak kerja bisnes yang perlu diuruskan.
Ada masa-masanya dia akan belikan atau masakkan sarapan. Atau paling tidak, sentiasa pastikan ada barang basah dan kering di dapur untuk memudahkan urusan seharian saya untuk masak dan makan. Maklumlah kalau tidur tak cukup ni, mood mudah sangat nak upside down apabila handle rumah tangga di siang hari. Tambah kalau lapar lagi mudah menjadi singa. Ye kan?
Appreciation secara verbal atau non-verbal dari pasangan juga sangat membantu. Secara verbal ni contohnya suami directly ucap terima kasih sebab susukan anak, jaga anak-anak. Yes, memang itu anak-anak si isteri juga, ada apa halnya mahu berkira. Namun, kata-kata penghargaan suami setidaknya menguatkan isteri tadi bahawa ‘I am not alone in this journey’.
Non-verbal support pula ialah apabila dia nampak saya dah zombi sangat. Bercakap kurang, monyok saja, atau mood swing, dia akan terus take over anak-anak. Dia akan bagi saya masa untuk mandi dengan tenang, solat dengan tenang, bertafakur lama sedikit selepas solat. Semua ini sangat-sangat membantu untuk stay-up (dengan tenang) di malam hari.
Berbincang dengan pasangan
Sekiranya pasangan bukan jenis memahami ‘bahasa’ reaksi muka dan tubuh kita yang penat, tak larat, bateri kong, TOLONG BERITAHU, BERTERUS TERANG DAN BERBINCANG dengan pasangan.
Macam mana nak berbincang? Ikutlah ‘cara’ pasangan masing-masing. You know your partner better than anyone else. Never forget to sit together, plan together and work as a team.
Ingat ya..
Fasa anak nak menyusu, anak nak melekap seperti koala, berjaga malam hingga mata ibu bapa pun dah seperti panda, tak mahu berenggang tidur ini bukan selamanya, ia merupakan salah satu fasa dalam perjalanan ‘parenthood’. Untuk mematangkan kita, bahkan ia adalah salah satu jalan untuk mengeratkan hubungan suami isteri jika BETUL caranya.
Maka, jangan lepas tangan biar pasangan seorang diri. Jangan buat tak faham kesusahan pasangan kita. Juga jangan memendam di dalam hati hingga jadi benci pada pasangan.
Talk to each other, berbincang, rancang tindakan selanjutnya bersama.
Okay?
(ni bertanya sambil ingatkan diri sendiri juga ni.)
Banyak kali sudah saya kongsikan, namun suka untuk saya kongsikan sekali lagi. Ingatlah pesan Imam Hassan al-Banna tentang perkahwinan;
“Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’ yang diwarnai oleh beban-beban & kewajiban, yang bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan dan juga bebanan dakwah.”
Talasemia ketika hamil boleh meningkatkan risiko anemia dan komplikasi kepada ibu serta bayi. Ketahui 4 risiko penting dan langkah penjagaan yang perlu diambil sepanjang kehamilan.