Belajar Sambil Main, Gaya Azwan Kombos & Irma Hasmie Didik Anak. Perkongsian Menarik Di Pa&Ma Playdate!

Share

Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.

Untuk episod kedua yang telah bersiaran pada 125 Mac 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah meluangkan masa bersama Irma Hasmie serta anak-anak. Memang seronok tengok anak-anak Azwan dan Irma explore pelbagai aktiviti di Super Park @ Next Gen. Siap ada cabaran istimewa yang mereka lakukan bersama-sama!

Sambil mencuba pelbagai jenis aktiviti yang ada, mereka telah berbincang tentang topik keibubapaan. Azwan dan isteri sempat berkongsi tentang cara mereka berdua dalam memastikan anak sulung belajar sambil bermain.

Juga berborak tentang topik Playing Is Life bersama Irma, selebriti itu juga bersetuju untuk memastikan anak-anak dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Menurut Azwan, dia lebih santai tetapi berbeza dengan isterinya yang teratur dan mempunyai jadual untuk anak mereka bagi memastikan setip masa yang ada dimanfaatkan dengan baik.

Turut berkongsi gaya parenting dia dan isteri, Azwan juga tidak menafikan kepentingan pendidikan demi masa depan anak-anak. Dalam episod ini juga dapat dilihat bagaimana pembelajaran dalam suasana seronok dapat menarik minat anak untuk mencuba pelbagai perkara baharu.

Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga yang lengkap dengan LCD Display bagi membolehkan pemandu memantau keadaan kereta dengan lebih baik berpandukan meter yang ada. Memang ngam!

Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!

IKLAN