Kita rasa dengan membelikan mainan, belikan makanan kesukaan dan bawa anak-anak bercuti setiap musim cuti sudah memadai. Hakikatnya ini semua luaran semata. Berbanding bonding fizikal, anak lebih memerlukan bonding emosi kerana inilah bekalan yang dibawa mereka besar kelak.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Aisyah Razali, Ahli Terapi Cara Kerja. Memahatkan pemikiran anak-anak dengan bonding berbentuk emosi adalah sewajarnya dilakukan mak ayah. Barulah anak makin rapat dengan kita malah kesemua adik beradiknya.

Belikan Mainan Saja Tak Cukup, Bonding Emosi Lagi Penting, Anak Ingat Sampai Besar!


AWAS! KESANNYA SEHINGGA ANAK DEWASA

Kadang, kita rasa kita ni dah cukup sangat “bonding” dengan anak. Kita luangkan masa bawa jalan. Luangkan masa bawa cuti. Beli makanan sedap-sedap untuk anak. Beli baju. Beli permainan…

Tapi, anak-anak kita tak rapat pun dengan kita. Ada beza tau antara “bonding” yang hanya LUARAN dengan “bonding” HATI & PERASAAN ni.

APA RAPAT LUARAN (BONDING FIZIKAL) NI?
Rapat luaran ni, bila keluarga tu dimaksudkan dengan “events”. Berkumpul hanya bila ada majlis. Birthday. Raya. Di rumah, anak dididik dengan makan sama-sama di meja. Tapi, terlupa didik kongsi sama-sama cerita. Di rumah, anak dididik kongsi sama-sama permainan. Tapi, terlupa didik rasa cinta dan sayang semasa bermain.

Di rumah, segala peraturan ditetapkan oleh kita, dan anak di”define” dengan peraturan. Sesama adik-beradik, kita tak jaga maruah anak.  Tegur anak depan-depan adik-beradik yang lain. Keputusan anak, kita kondem.

IKLAN

Anak-anak hanya ikut apa yang kita sediakan dan putuskan. Kita MENIDAKKAN anak kita sebagai individu yang boleh berfikir. Beli baju, tak pernah tanya pendapat anak samada anak suka atau tidak.Beli permainan, tak pernah tanya anak mahu atau tidak.

Belikan Mainan Saja Tak Cukup, Bonding Emosi Lagi Penting, Anak Ingat Sampai Besar!

APA JADI NANTI?
Anak tak kenal potensi diri!!!
Anak tak kenal potensi sesama adik-beradik!!!
Sesama adik-beradik, tidak wujud bonding hati ke hati.
Sesama keluarga tak kenal personaliti dan kesukaan masing-masing.

Maka, sukarlah untuk rapat. Bila dewasa, makin jauh jaraknya. Hanya bertemu bila pulang ke kampung, tanpa bertukar rasa dan kongsi bahagia. Keras. Masing-masing dengan hal masing-masing. Tak mahu pun raikan kegembiraan bersama. Sedihkan kalau jadi macam ni kat anak-anak kita? Jadi, nak buat macam mana?

AMALKAN BONDING EMOSI.
RAPAT HATI & PERASAAN.

IKLAN

Tak perlu beli-beli sangat pun.Duduk main bersama sambil perhati potensi anak. Faham kesukaan anak. Faham kelebihan anak. Bukan samakan semua anak tu.

Dari anak masuk umur 3 tahun, ajak anak duduk berbincang semasa nak buat keputusan simple melibatkan dia. “Adik nak baju merah ke hijau?” “Adik nak pergi Legoland ke Kidzania?”

Belikan Mainan Saja Tak Cukup, Bonding Emosi Lagi Penting, Anak Ingat Sampai Besar!

Memang anak-anak akan bergaduh sesama mereka masa kita nak buat keputusan ni. Tapi, pada masa yang sama, mereka akan belajar untuk KENAL KESUKAAN & PERSONALITI adik-beradiknya.

IKLAN

Mereka akan belajar untuk saling menyokong. Kebersamaan tu, perlu dengan kasih-sayang. Biasakan “berusrah” dan berbincang dari anak kecil. Bicara hati ke hati. Bukan sekadar tanya “apa yang dah habis? Berapa ringgit nak?”

Semoga Allah mudahkan kita semua didik anak-anak kita dengan kebersamaan hati & perasaan.


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Belikan Mainan Saja Tak Cukup, Bonding Emosi Lagi Penting, Anak Ingat Sampai Besar!

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI