“Bella Ajar Saya Bagaimana Menjadi Ibu.” Anak Sulung Membesar, Dr Halina Sebak Cepatnya Masa Berlalu

Share

Anak sulung peranannya sangat besar, mengajar seorang wanita bagaimana menjadi seorang  ibu buat kali pertama. Kadangkala tidak sangka pantasnya masa berjalan, si kecil makin membesar.

Datin Dr Halina sebak melihat anak sulungnya, Sophea Isabella makin membesar. Betapa cepatnya masa berlalu, tanpa disedari anak semakin menginjak ke usia remaja  tidak lama lagi.

Isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini dalam posting Instagram menyatakan perasaannya terhadap anak sulung.

Ibu kepada 4 orang anak ini mengakui Bella anak yang patuh dan rajin, tidak banyak drama dan konflik sama sepertinya sewaktu kecil. Paling menyentuh hati ialah Bella berjanji untuk menjadikan ibu sebagai teman rapatnya.

Follower Dr Halina tersentuh dan mengakui apa yang diutarakan iaitu jarang berkongsi gambar dengan anak sulung dan anak sulung ialah anak yang paling menyenangkan. Malah mengatakan anak perempuan adalah teman rapat terbaik ibu-ibu.

Sebak, jarang kongsi perihal anak sulung

Ibu akui Dr Halina anak yang taat & tidak banyak cakap

Anak perempuan selamanya akan menjadi teman rapat ibu

Anak cepat membesar

Lebihkan penghargaan buat si sulung

Sumber: drhalina

Artikel berkaitan: Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar


Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod ke-5 minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Komplikasi Awal Kehamilan. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 9 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.

IKLAN