
Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah bukan nama asing dalam dunia hiburan tempatan. Dikenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, dan personaliti media sosial, Bella juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata.
Namun, di sebalik kesibukan dengan dunia seni, Bella sebenarnya seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kekuatan luar biasa, terutama dalam membesarkan anak-anaknya sendiri sebagai ibu tunggal.
Baru-baru ini, Bella berkongsi satu momen yang sangat menyentuh hati di laman Instagram miliknya, melibatkan anak sulungnya, Ayden.
Katanya walaupun hanya berlatih selama tujuh hari, Ayden memberanikan diri berenang sejauh 400 meter di laut terbuka, sesuatu yang cukup mendebarkan buat seorang ibu yang pernah mengalami trauma berkaitan air.
“My son’s first ever swimming competition 400 meters in the sea with just over a week of training.”
“Memang sangat takut sampai tak terkeluar suara (air mata yang keluar). I didn’t know if he could do it… but he did. He swam with all his heart and made it to the finish “
Bagi Bella, menyaksikan detik tersebut cukup menggetarkan jiwa. Sebagai seorang yang tidak tahu berenang kerana pernah melalui trauma dan memori silam yang gelap, perasaannya bercampur baur melihat anaknya berenang di laut lepas.
“As someone who can’t even swim (sebab trauma and dark memory), watching my baby in the sea felt like my heart was outside my body. But he was brave, strong, and determined. And he finished it!!”
Kejayaan kecil Ayden ini membawa tangisan kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga mereka. Ia bukan sekadar perlumbaan renang, tapi simbol ketabahan, keberanian dan semangat yang luar biasa dari seorang anak kecil.
“I cried, dan satu keluarga pun nangis because he made it, my strong baby Ayden.”
Dalam nukilan jujurnya, Bella turut meluahkan betapa dia sentiasa berada di sisi Ayden, menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam satu masa.
“You are my firstborn, my pride, my everything. As your mom and dad in one, I will protect you, guide you, cheer for you, and love you endlessly. InshaAllah:)”
Kasih seorang ibu tiada batasnya, dan mesej terakhir dari Bella ini cukup menggambarkan cinta yang tak terucap dengan kata-kata:
“Mommy loves you so so much. More than words will ever be able to say”
View this post on Instagram
Momen ini bukan sahaja inspirasi kepada para ibu bapa, malah satu pengingat bahawa kasih sayang, doa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi mampu melahirkan keberanian dan kejayaan dalam diri anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI