Berbakti dan membahagiakan keluarga, nyata itulah yang dilakukan oleh Selebriti terkenal, Bella Astillah.
Menerusi hantaran terbaru menerusi instagramnya Bella dilihat membawa keluarga bercuti ke Paris tempoh hari dan meluahkan rasa syukur diatas rezeki diberikan.
Menurut Bella, dia sepatutnya pergi ke sana atas tujuan bekerja, namun memandangkan ketika itu adalah cuti sekolah, pelakon terbabit mengambil keputusan membawa ahli keluarganya sekali.
“Akhirnya dapat juga saya kongsikan tentang perjalanan kami ke Perancis. Pada mulanya, saya ke sana hanya untuk urusan kerja (Prima Valet).
“Namun apabila menyedari ia jatuh pada cuti sekolah, saya tidak sampai hati menikmatinya seorang diri, lebih-lebih lagi kerana Ayden dan Ara sudah lama mengimpikan untuk ke Paris.
Ads
“Alhamdulillah, saya berpeluang membawa bukan sahaja mereka berdua, malah ibu bapa serta adik bersama,” tulisnya.
Luah Syukur Dapat Bawa Keluarga Bercuti
Ujarnya, perbelanjaan keluarganya ditanggung sendiri agar mereka dapat sama-sama ke Paris walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum berangkat.
“Walaupun tiket penerbangan dan hotel hanya dapat ditempah sehari sebelum berangkat.
Ads
“Semua ini ditanggung sendiri, syukur alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Terlalu gembira dapat membahagiakan keluarga, terutamanya anak-anak.
“Benar-benar satu kenangan yang akan sentiasa saya hargai. Terima kasih, September,” katanya lagi.
Gambar Kedua Terakhir Raih Perhatian
Ads
Namun dalam perkongsiannya terdapat gambar seseorang ‘terselit’ sama.
Dia juga berkongsi beberapa gambar kenangan bersama keluarga sewaktu di sana termasuklah sempat menyelitkan gambar Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdull Rahman.
Difahamkan, Syed Saddiq turut bersama keluarganya berangkat ke sana bagi menyertai Ironman 2025 disamping bekerja menjayakan pengambaran bagi jenama pakaian raya terkenal.
Perkongsian Bella telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meluahkan rasa syukur melihat selebriti itu kembali bahagia dan tersenyum dengan kehidupan yang sedang dilalui kini.
Sumber: Bellaastillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.
Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.
Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.
Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.
Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung. Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.
Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!
Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.
“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Namun bermula 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.
Sesetengah ibu ayah gemar membawa anak-anak untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya. Salah satu kebaikan aktiviti begini adalah anak-anak dapat diperkenalkan dengan alam sekitar.
Biarpun begitu, aspek keselamatan harus dititikberatkan kerana aktiviti luar terutamanya di hutan mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anak yang masih kecil.
Artikel yang dikongsikan di Detik.com melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara dilaporkan mengalami hiportemia. Kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Muhamad Gifari dikatakan telah sesat selama dua hari selepas mengikut ibu ayahnya mendaki gunung.
Kredit foto: Detik.com
Mangsa yang sesat ini telah ditemui bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam ekspedisi tersebut. Menurut Ketua Basarnas Manado Monce Brury, kanak-kanak tersebut ditemui oleh pasukan SAR gabungan ketika mangsa berehat.
“Dia ditemui sedang berehat di tepi jalan dan apabila diperiksa didapai mengalami gejala hipotermia.”
Tambah Monce lagi, mangsa dan tujuh lagi pendaki dewasa yang lain didapati hilang pada hari Ahad 25 September yang lalu. Pasukan SAR telah dikerahkan untuk operasi menyelamat dalam kadar segera memandangkan salah seorang mangsa adalah kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat SAR hanya menjumpai kesemua pendaki yang tersesat itu sekitar jam 8.00 pagi semalam. Monce turut mengesahkan kesemua pendaki gunung yang tersesat itu ditemui dalam keadaan yang baik.
“Pasukan SAR telah memindahkan kesemua mangsa dan kanak-kanak itu dibawa turun dengan motorsikal memandangkan dia mengalami gejala hipotermia. kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat.”
Kesemua mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan 18 – 27 tahun termasuk kanak-kanak tiga tahun tersebut.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.