Bayi lelaki yang tular kerana dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia pada Ahad lalu, dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil.
Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya yang berasal dari Sabah. Pasangan ini difahamkan sudah hampir setahun menetap di Johor Bahru.
Gambar ketika kejadian.
Dalam perkongsiannya, si ibu yang enggan dikenali itu berkata bayinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menerima rawatan antibiotik bagi mengelak jangkitan kuman.
Ads
“Bayi seberat 2.63 kilogram itu masih di HSI. Saya dan suami belum memberi nama kepadanya,” katanya ketika dihubungi.
Ibu yang kini masih belum stabil emosinya itu juga wanita itu keberatan ditemubual lanjut kerana belum stabil dari segi emosi.
Ads
Ahad lalu, wanita berkenaan dilaporkan sakit untuk bersalin ketika menunggang motosikal bersama suaminya, lalu dibantu oleh pengguna jalan raya di tepi jalan.
Ads
Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas video kejadian dikongsi pengguna jalan raya, yang memuji keberanian insan-insan yang tampil menyambut kelahiran bayi berkenaan di tepi jalan.
Paling menarik, dikhabarkan seramai tujuh orang individu berbilang bangsa yang membantu wanita itu tidak memiliki latar belakang perubatan namun tetap berani melalui pengalaman manis itu. Satu pujian harus diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam perkongsian di Facebook, wanita ini berkongsi tentang kisah anaknya yang tidak dibenarkan untuk bermain bersama-sama rakannya yang lain kerana dia asyik menang main beyblade. Ketika itu, suami dan anak sulungnya ke surau untuk menyertai aktiviti gotong royong. Pada awalnya anak mereka bermain dengan rakan-rakannya tetapi usai membuat kerja, suaminya mendapat anak sulung mereka sudah tidak bermain lagi.
Sebagai ayah yang prihatin, dia bertanyakan kepada anak mereka mengapa tidak bermain dengan kawan-kawan. Anaknya memberitahu dia tidak dibenarkan untuk bermain dengan mereka kerana beybladenya kuat dan tidak pecah. Hasilnya, dia asyik menang. Memandangkan rakan-rakannya itu semuanya lebih besar darinya, anak sulung mereka hanya menurut. Untuk mengambil hati hati anaknya semula, si ayah memberitahu bahawa mereka akan membeli Beyblade baharu yang mudah pecah supaya dia tidak akan menang selalu.
Okey nak share sikit cerita last week, sehari sebelum puasa. Nazrul &Mirza turun ke surau ada gotong royong. Mirza bawak beyblade nak main dengan kawan2. And sehabis selesai gotong royong, Nazrul tgk Mirza dah tak bersama kawan2 main beyblade. Dicari mana pergi anak bertuah tu. Cari punya cari dalam surau. Sedang termenung ditangan memegang beyblade.
Nazrul tanya kenapa tak main dengan kawan2 and Mirza beritahu kawan2 tak bagi dia join main sekali sebab dia asyik menang. And beyblade dia jenis yang tak pecah. Jadi dorang tak bagi dia main sama. Mirza paling kecil dalam group tu. Yang lain smua 7 8 tahun bersekolah rendah. Mirza je masih tadika. Jadi Nazrul cakap ngn dia takpe nanti kita beli beyblade baru yg senang pecah jadi boleh main dengan kawan2.
Trust me ada sesetengah orang membesarkan anak dengan memberitahu anak dia je betul. Mungkin dengan kejadian seperti yang Mirza lalui ni ada parents yang jenis suka marah anak2 orang lain. Atau cakap ok takpe tak payah main lagi dengan kawan2 tu sebab kawan2 tu tak baik or tak bagus. Tapi memang bukan cara kami didik anak. Berkawan tetap kawan tapi ajar untuk cuba serasikan diri.
PENTINGNYA PERGAULAN
– Ajar anak2 bergaul dari kecil supaya dia dapat terima pelbagai jenis perangai manusia. Bukan merasa diri sendiri je betul.
– Bila bergaul kadang2 kita akan banyak tau cara orang keliling kita membesar macam mana. Jadi kita akan dapat tahu semua orang ada buruk baik masing2. Begitu juga kita. Bukan rasa cara family sendiri je betul.
– Bila bergaul dari kecil juga membuatkan mental fizikal kita kuat untuk terima segala masalah di kemudian hari. Bukan seribu masalah nak di adukan dengan parents. Masalah celah gigi pun nak cari backup besar. Lastly tak belajar apa2.
-Lepaskan anak2 untuk lalui semua cabaran ranjau onak duri kat dunia ni. Supaya membesar ada fizikal mental kuat. Kita pun tak selamanya ada kat dunia ni. Sampai bila pun kita nak jadi backup besar anak kita. Doakan mereka dalam doa kita je. Selebihnya serahkan kat DIA.
Cara pasangan ini mendidik anak mereka patut diberikan pujian. Tidak menyalahkan orang lain atau memberitahu bahawa anaknya sahaja yang betul, tetapi mereka memujuk anak untuk menjadi lebih fleksibel. Biasalah budak-budak berdengki atau ada rasa tidak puas hati kepada kawan-kawan, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu bijak menangani situasi begini dan terapkan nilai murni dalam diri mereka.
Satu kelegaan pastinya buat Shuib sekeluarga bila mana doktor mengesahkan bayi keempatnya yang dilahirkan ibunya, allahyarhamah Siti Sarah pada Jumaat lalu disahkan negatif Covid-19.
Kata Shuib, selepas dua kali melakukan ujian calitan, bayi keempatnya, Ayash Affan disahkan negatif. Namun kata Shuib, anak kecilnya itu perlu berdepan sekali lagi ujian calitan.
Malah kata Shuib lagi, hospital memberi tempoh sebulan bagi membenarkan Ayash dibawa pulang ke rumah.
“Sepatutnya saya melawat Ayash, hari ini (semalam). Anak-anak asyik bertanyakan mengenai adiknya. Namun, saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
“Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.
“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. Insya-Allah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” kata Shuib berkongsi ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil buat arwah isterinya.
Doktor saran bekalan susu
Selepas segalanya selesai, kata bapa empat anak ini dia sudah mula memikirkan akan tanggungjawabnya membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi menguruskan bayi kecilnya, Ayash Affan.
“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia.
“Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan.
“Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.
Sarah tinggalkan amanat jaga Ayash
Seakan tahu pemergiannya, arwah Sarah rupanya sudah meninggalkan beberapa amanat termasuklah menjaga anak keempat mereka. Shuib berkata, dia teringat permintaan arwah yang mahunya menjaga anak keempat ini.
“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam.
“Saya terfikir arwah mesti bantu jika saya tidak boleh bangun. Namun, sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak.
“Jadi, saya kena berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan,” katanya.
Hospital memberi tempoh sebulan sebelum membenarkan Shuib membawa pulang bayi pramatang, Ayyash pulang ke rumah.
Dalam pada buntu memikirkan soal menguruskan anak-anak sebagai bapa tunggal, bekas penyampai radio Hot FM itu bersyukur mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Video pendek yang dirakam oleh Mayah Ciwi atau nama sebenarnya Adyna Summayyah pada hari pertama persekolahan tular di media sosial awal tahun ini. Ringkas sahaja dialognya tapi cukup memberi kesan kepada wargamaya dengan loghat utaranya yang pekat.
Wajah yang sering dimuat turun dalam akaun Instagram yang menggunakan nama mayah_ciwi sentiasa kelihatan ceria dengan keletah Mayah yang comel. Namun pada Jumaat yang lalu, Mayah berkongsi berita duka tentang pemergian ayahanda tercinta pada penghulu segala hari itu.
Dengan kapsyen yang cukup pendek tapi memberi kesan mendalam ditambah pula dengan wajah-wajah Mayah yang sugul ekoran pemergian ayah tersayang cukup meruntun hati.
Dalam posting tersebut juga turut dimuatkan satu video pendek yang mana Mayah memohon orang ramai untuk mendoakan ayahnya yang sedang sakit di hospital sebelum ayahnya meninggal dunia.
Ramai yang mendoakan agar Mayah terus kuat dan semoga roh arwah ayah Mayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Salam takziah untuk adik Mayah sekeluarga. Didoakan agar Mayah terus kuat dan membesar jadi anak yang solehah buat arwah ayah yang dikasihinya. Semoga roh arwah ayah Mayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!
Sumber: Mayah_ciwi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!