Bayi lelaki yang tular kerana dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia pada Ahad lalu, dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil.
Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya yang berasal dari Sabah. Pasangan ini difahamkan sudah hampir setahun menetap di Johor Bahru.
Gambar ketika kejadian.
Dalam perkongsiannya, si ibu yang enggan dikenali itu berkata bayinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menerima rawatan antibiotik bagi mengelak jangkitan kuman.
Ads
“Bayi seberat 2.63 kilogram itu masih di HSI. Saya dan suami belum memberi nama kepadanya,” katanya ketika dihubungi.
Ibu yang kini masih belum stabil emosinya itu juga wanita itu keberatan ditemubual lanjut kerana belum stabil dari segi emosi.
Ads
Ahad lalu, wanita berkenaan dilaporkan sakit untuk bersalin ketika menunggang motosikal bersama suaminya, lalu dibantu oleh pengguna jalan raya di tepi jalan.
Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas video kejadian dikongsi pengguna jalan raya, yang memuji keberanian insan-insan yang tampil menyambut kelahiran bayi berkenaan di tepi jalan.
Paling menarik, dikhabarkan seramai tujuh orang individu berbilang bangsa yang membantu wanita itu tidak memiliki latar belakang perubatan namun tetap berani melalui pengalaman manis itu. Satu pujian harus diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari pertama persekolahan anak darjah 1 selalunya penuh drama kecil. Ada yang menangis, ada yang takut, ada juga ibu bapa yang terlalu risau sampai sanggup tunggu anak di sekolah siap duduk di meja kantin waktu rehat.
Isu ni bukan benda baru. Malah, menurut perkongsian seorang ibu di therads, sekolah anaknya telah mengunakan sistem cashless. Ikuti perkongsiannya:
Hari pertama sekolah memang penuh drama kecil yang manis. Dari bangun awal pagi, siapkan uniform, sarapan ringkas, sampai lah moment hantar anak ke pintu pagar sekolah. Yang buat ibu-ibu paling “stress manja” selalunya bab duit belanja.
Sekali balik rumah, duit lesap entah ke mana beli pemadam, jajan luar sekolah, atau benda tak berfaedah Penat dah bebel.
Tapi sekarang semuanya berubah bila sistem cashless sekolah mula diperkenalkan.
Tahun ini, pihak sekolah anak-anak telah melaksanakan sistem 100% tanpa tunai menggunakan BSN ORIJIN Card. Setiap murid dibekalkan kad sendiri, dan setiap kali membeli makanan di kantin, mereka hanya perlu ‘tap tap’ sahaja.
Tak perlu lagi bawa duit kertas ke sekolah. Tak perlu risau duit tercicir atau hilang.
Dan paling melegakan, tak perlu risau anak beli jajan bukan-bukan
Melalui sistem cashless sekolah ini, ibu bapa juga boleh memantau perbelanjaan harian anak menggunakan ORIJIN School App. Semua transaksi direkod dan boleh dilihat terus melalui telefon.
Contohnya hari ini: Anak sulung belanja RM3. Anak kedua belanja RM2. Semuanya jelas, telus, dan terkawal. Tiada lagi teka-teki duit ke mana.
Hujung bulan pula, baki duit yang tak digunakan akan ibu berikan secara tunai untuk mereka masukkan dalam tabung simpanan. Secara tak langsung, anak-anak belajar nilai menyimpan dan merancang perbelanjaan.
Menariknya, melalui sistem cashless sekolah ini, anak-anak jadi lebih peka dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.
Menerusi perkongsiannya juga, ibu ini memberi tahu setiap hujung bulan bakinya akan diserahkan kepada anaknya untuk diletakkan dalam tabung.
A’pa yang pasti walaupun cashless, apabila anak faham konsep belanja dan simpan sejak kecil, ia akan jadi tabiat baik sampai dewasa.
Meninjau ruangan komen, ramai ibu bapa lain turut bersetuju bahawa pelaksanaan sistem cashless sekolah sangat membantu antara komen adalah
“Tak payah pening tukar duit kecil tiap minggu.”
“Baru tahu ada sistem macam ni, bagusnya.”
“Kurang risiko kes buli dan paw duit murid.”
Hakikatnya, bila murid tidak membawa wang tunai, risiko duit hilang, dipaksa memberi wang, atau berbelanja secara berlebihan dapat dikurangkan.
Sebagai ibu bapa, kita bukan mahu mengawal anak secara berlebihan. Kita cuma mahu membimbing mereka supaya tahu mengurus wang dengan betul dari usia muda.
Sistem cashless sekolah bukan sekadar kemudahan teknologi, tetapi satu langkah bijak membentuk anak yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Hari pertama sekolah kini terasa lebih tenang. Kurang drama duit belanja. Dan lebih fokus kepada pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap tangisan bayi yang lahir ke dunia biasanya disambut dengan tawa, syukur dan air mata bahagia. Namun, bagi pasangan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 40, dan Sabrina Hakiem Zaini, 40, kegembiraan itu turut diselubungi rasa cemas dan debar apabila salah seorang daripada bayi kembar tiga mereka kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Pasangan ini menyambut kelahiran tiga puteri comel pada 24 Oktober lalu, selepas melalui kehamilan penuh cabaran apabila doktor mengesahkan bayi kembar tiga itu perlu dilahirkan lebih awal pada usia 31 minggu kandungan. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan ibu dan anak-anak yang dikandung.
Menurut laporan Kosmo!, ketiga-tiga bayi dilahirkan secara pramatang dan kini berada di bawah pengawasan pakar perubatan. Namun, seorang daripada mereka, Maryam Al Khawla, ditempatkan di NICU kerana memerlukan bantuan ubat dan pemantauan rapi daripada doktor.
Dua lagi kembar, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif di Wad Rawatan Khas Bayi. Walaupun masih kecil dan memerlukan perhatian, kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda semakin kuat dari hari ke hari.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat, dan dua bayi kami menunjukkan perkembangan baik. Namun, seorang lagi, Al Khawla, masih dalam pemantauan rapi dan bergantung kepada ubat yang diberikan oleh doktor,” ujar Mohd Fikry dengan penuh kesyukuran dan harapan.
Mohd Fikry yang kini bertugas di Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD CBRNe) turut menjelaskan, keputusan untuk melahirkan bayi lebih awal dibuat selepas berbincang dengan doktor bagi mengelakkan risiko kepada isteri dan anak-anak mereka.
“Bayi kami dilahirkan pada usia 31 minggu kerana keadaan kandungan kembar tiga menyebabkan ruang rahim menjadi terlalu padat dan berisiko kepada ibu serta anak-anak,” katanya.
Menurutnya lagi, Maryam Al Khawla merupakan bayi paling kecil antara tiga beradik itu dengan berat hanya 1.78 kilogram ketika dilahirkan. Meskipun kecil dan masih bergantung kepada rawatan, semangat juang bayi ini menjadi kekuatan buat kedua ibu bapanya.
“Sebagai ibu bapa, sudah tentu kami risau. Tapi emosi isteri saya stabil, dan kami reda dengan ketentuan Allah. Kami berterima kasih atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, dan memohon agar semua terus mendoakan anak-anak kami supaya membesar sihat dan kuat,” ujarnya penuh harapan.
Bagi ramai yang mungkin tertanya-tanya, kehamilan kembar tiga bukanlah sesuatu yang biasa. Ia merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dengan anggaran hanya sekitar 1 dalam 8,000 kelahiran secara semula jadi di seluruh dunia.
Dalam banyak kes, kehamilan triplet berlaku hasil rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilization (IVF) atau ubat rangsangan ovulasi. Namun bagi yang hamil secara semula jadi, ia dianggap rezeki luar biasa – penuh keajaiban dan dalam masa sama, penuh risiko.
Antara risiko utama kehamilan triplet termasuk:
Dalam situasi sebegini, setiap hari di NICU adalah perjuangan — bukan hanya bagi bayi kecil yang sedang bertarung untuk hidup, tetapi juga bagi ibu bapa yang menunggu dengan penuh sabar dan doa di luar bilik rawatan.
Ini bukan kali pertama pasangan ini diuji. Sebelum ini, mereka pernah kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri, yang meninggal dunia pada usia lapan bulan selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Kehilangan itu meninggalkan luka mendalam, namun pasangan ini kekal kuat dan tidak pernah berhenti berharap. Kini, Allah sekali lagi menguji mereka – kali ini dengan tiga nyawa kecil yang memerlukan kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.
“Kami reda dengan apa pun yang Allah tentukan. Yang penting, kami nak lihat anak-anak kami kuat dan membesar dalam kasih sayang,” kata Mohd Fikry dalam nada tenang namun sarat emosi.
Sejak kisah ini tular di media sosial, ramai warga maya menzahirkan rasa simpati dan menitipkan doa agar ketiga-tiga bayi comel ini terus diberi kekuatan serta kesihatan yang baik. Ramai yang tersentuh melihat ketabahan pasangan ini menghadapi ujian demi ujian dengan hati terbuka.
Di sebalik setiap senyuman yang ditunjukkan, tersimpan getar hati seorang ayah dan tangisan tertahan seorang ibu yang setiap hari menunggu perkembangan anak kecil mereka di NICU. Setiap denyutan jantung, setiap nafas, setiap hari adalah perjuangan yang luar biasa.
Ramai netizen juga memuji ketabahan Sabrina yang kekal positif walaupun masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pramatang. Ujian ini mungkin berat, namun semangat dan doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penguat buat mereka berdua.
Moga Maryam Al Khawla, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa terus membesar sebagai anak-anak yang sihat, solehah dan menjadi kebanggaan ibu ayah mereka. Setiap langkah kecil di NICU adalah bukti bahawa keajaiban Allah itu sentiasa ada – cuma datang dalam bentuk yang berbeza.
Kisah pasangan ini mengingatkan kita semua bahawa setiap nyawa yang lahir ke dunia adalah anugerah. Walaupun diuji dengan tangisan dan kesakitan, di penghujungnya pasti terselit cahaya kasih dan rahmat yang tidak ternilai.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga ini, mengurniakan kesembuhan kepada Maryam Al Khawla dan memberi kekuatan kepada kedua ibu bapa yang tabah ini untuk terus melangkah dengan penuh keimanan dan harapan.
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.