Ramai yang sedia maklum buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang pernah mendapat perhatian sebelum ini kerana ketumbuhan di mulut sudah pulang ke rumahnya minggu lalu.
Bagaimanapun, menerusi IG Story bapa Ainul semalam, Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital kembali apabila mengalami jangkitan kuman.
Disebabkan tidak mahu mengambil risiko kerana kesihatannya sedikit terjejas, pihak hospital membuat keputusan untuk Ainul ditahan di wad buat sementara waktu sehingga kesihatannya betul-betul stabil. Walau bagaimanapun, Safiuddin memaklumkan bahawa anak kesayangannya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sebelum ini, selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England, dari sehari ke sehari perkembangan si comel ini semakin bertambah baik.
Ads
Menurut Ahmad Safiuddin, sejak pembedahan itu berjalan lancar, anaknya menunjukkan perkembangan positif termasuk berat badan bertambah dari 2.3 kilogram (kg) kepada 3.8kg selain memberikan tindak balas terutama apabila namanya dipanggil dan mula pandai bermain.
Katanya, apa yang berlaku segalanya dengan keizinan ALLAH SWT yang memanjangkan usia permata hatinya dan yakin segala perkembangan anaknya termasuk meniarap dan sebagainya akan berlaku namun ia memerlukan masa.
Berdasarkan laporan media Ahmad Safiuddin ada berkongsi, memandangkan anaknya belum pulih sepenuhnya, dia dan isteri perlu menitikberatkan aspek kebersihan dengan kerap kali mencuci tangan dan mandi.
Menurutnya, dia juga memohon maaf dan meminta orang ramai memahami dengan tidak mendukung anaknya sekiranya bersua atas faktor kesihatan.
“KAMI TAHU RAMAI YANG MENGAMBIL BERAT TENTANG AINUL MARDHIAH DAN MAHU MENDUKUNGNYA NAMUN KAMI HARAP MASYARAKAT FAHAM, BUKAN KAMI MENGHALANG ATAU SOMBONG TAPI KESIHATAN AINUL MARDHIAH PERLU MENJADI KEUTAMAAN.
Terdahulu ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Pembedahan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pakar bedah dan bius diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Penderitaan Ainul Mardhiah juga mendapat perhatian orang ramai yang menyumbang sehingga RM4 juta bagi membolehkan bayi itu diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan.
Sumber : IG Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat yang lalu pengacara dan pelakon Nadzmi Adhwa melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan bahawa isteri tercinta, Ardell Aryana yang juga seorang pelakon telah selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 16 jam, namun akhirnya semuanya selamat. Walaupun begitu, menurut salah satu posting di Instagram Babyadhwardell, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan puteri mereka.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie . Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” tulisnya
Dalam satu posting yang lain di akaun miliknya sendiri, Nadzmi berkongsi video menunjukkan wajah puteri sulung mereka.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi berkongsi gerangan nama yang diberi kepada cahaya mata pertama mereka itu.
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa menjadi pilihan yang diambil sempena nama dua orang srikandi Islam yang terkenal.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi mengucapkan rasa syukurnya dengan kurniaan dari Ilahi untuk dia dan isterinya Ardell.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini . Salam Jumaat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Ardell juga turut memuat naik gambar puterinya di akaun Instagram memperkenalkan nama buat bayi perempuannya yang kini sudah berusia 7 hari.
“Assalamualaikum nama saya
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa
Lahir pada pukul 2:22:22s pagi Jumaat 5/6/2020 @babyadhwardell,” tulis Ardell
Menjawab salah satu komen yang bertanyakan tentang maksud nama pilihan untuk puterinya, Ardell menjawab bahawa nama tersebut diambil sempena nama dua orang srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Sebak! Hanya itu sahaja yang dapat digambarkan saat melihat video baby Mysha Alhayaa’ Irdina binti Amir Fatihi yang tular menerusi aplikasi Tiktok apabila dia menangis setelah mendengar suara ibu dan abah buat pertama kali selepas 7 bulan lahir.
Menurut Encik Amir, baby Mysha mempunyai masalah pendengaran sejak lahir dan beberapa masalah kesihatan lain. Pada awal usia kandungan semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja, namun segalanya berubah selepas usia kandungan isterinya mencecah 35 minggu.
Tambahnya lagi, selepas anak syurga ini lahir pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga zuriat tercinta sebaik mungkin. Namun takdir tidak menyebelahi keluarga ini apabila puteri kesayangan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pertengahan tahun ini.
Ikuti kisah yang banyak memberikan inspirasi buat ibu bapa lain yang dikongsi oleh Encik Amir ini.
Mysha Alhayaa’ Irdina merupakan penantian kami selepas 7 tahun menunggu. Namun pada usia kandungan 35minggu arwah lahir secara Emergency Czer kerana masalah perkembangan bayi tidak sama dengan usia kandungan (IUGR). Anak saya perlu dirawat di wad ‘special care nursery’ (SCN) selama 30 hari.
Bayi pramatang sangat sinonim dan terdedah dengan pelbagai komplikasi. Oleh yang demikian, doktor menasihati kami untuk menjalankan banyak ujian klinikal. Doktor mengesahkan anak saya menghidapi kondisi ‘Laryngomalacia’. Irdina perlu menggunakan tiub pemakanan (feeding tube) sehingga ke satu masa yang ditetapkan. Agak bahaya untuk dia minum susu melalui botol susu kerana risiko tersedak susu dan memasuki saluran pernafasan. Ini kira pertama kali saya menjaga anak yang memerlukan tube pemakanan.
info: (Larymgomalacia adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi. Dan kebiasaannya masalah ini akan menjadi semakin baik mengikut perkembangan bayi)
Alhamdullilah kami suami isteri mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan. Kami juga meluangkan masa membaca info-info kesihatan. Kesedaran ini penting dalam membantu proses pemulihan Irdina. Saya merasakan penglibatan ibu bapa dalam proses penyembuhan atau pemulihan anak-anak berkeperluan khas ini sangat digalakkan. Ibu bapa jangan pernah mengalah, InsyaALLAH akan ditunjukkan jalan penyelesaiannya.
Sayangnya Irdina juga gagal dalam ujian pendengaran. Semasa ujian saringan audiometer, pesakit perlu ditidurkan dan dengan menggunakan alat khas Audiometer untuk memeriksa tahap kehilangan pendengaran. Dan pegawai audiologi mengesahkan Irdina mempunyai masalah “Severe Sensory Neural Hearing Loss”. InsyaALLAH, kami percaya dengan intervansi yang sesuai Irdina mampu mendengar dan bertutur.
Namun sebagai bapa, saya percaya usaha tanpa lelah pasti membuahkan hasil. Pelbagai usaha diteruskan sehinggalah dia mampu untuk berinteraksi. Rangsangan audio-visual-sensori sangat penting di dalam memastikan perkembangan fizikal, sesori dan kognitif. Di antara intervensi yang kami lakukan adalah terapi fizikal dan carakerja secara berkala setiap 2minggu. Irdina juga menjalani terapi air (hydrotherapy) agar dapat memberi ransangan kepada sensori dan otot agar dia dapat berjalan. Kami juga melakukan aktiviti bersama seperti “shadow play”, “star gazing” dan “story telling” sebelum tidur.
Agak sukar pada mulanya urusan perubatan dan pemulihan Irdina disebabkan PKP. Untuk dapatkan alat pendengaran itu sahaja, saya terpaksa menunggu 4 bulan. Alat bantuan pendengaran membantu dia boleh mendengar beberapa tahap bunyi. Jika ingin melihatnya bertutur, Irdina perlu menjalani implan koklea.
Pastinya detik teristimewa bila dia mampu mengekspresikan dirinya buat pertama kali. Saya kongikan momen itu di tiktok hanya untuk berkongsi rasa dengan semua.
Saya percaya ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerja atas banyak faktor selain sifat perkerjaan saya yang memerlukan saya bekerja di luar kawasan. Pengorbanan meninggalkan kerjaya pastinya demi memastikan Irdina memiliki kehidupan yang lebih berkualiti.
Banyak masa dihabiskan bersamanya, dibantu oleh isteri dan anak sulung. Bagai diberi kekuatan untuk berjuang bersama-sama apabila saya memandang wajah comel Irdina. Saya tak jemu dalam memenuhi tuntuan temujanji anak malah lebih bersemangat bila melihat perubahannya. Saya terapkan dalam hati, sekecil-kecil manapun perkembagan Irdina, ia tetap perkembangan, patut dirai dan disyukuri.
Nasihat pegawai audiologi, kami guna-pakai. Irdina perlu memakai alat itu sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk merangsang saraf pendengarannya. Jangan pernah mengalah walau anak tidak memberi respon apabila kita bercakap dengannya. Alhamdulillah bila terbiasa dengan menggunaan alat pendengaran dia mudah menunjukkan respon pada terapi.
Saya sangat bahagia bila mengenang momen Irdina bersama abangnya membaca buku cerita. Alhamdulliah dia juga boleh mengekpresikan emosinya dengan lebih baik.
Setiap orang ada ujiannya. Redha itu penting supaya tahap emosi kita dalam keadaan baik. Kita juga perlu bijak dalam menyalurkan tekanan bila menjaga anak-anak bekeperluan khas. Setiap orang mungkin lain caranya, dan saya suka meluangkan banyak masa dgn anak-anak dan isteri untuk kekal positif seperti berjalan-jalan di pantai. Sepanjang 2 tahun ini, saya berjumpa dengan ramai ibu bapa yang hebat-hebat. Saya memahami perjuangan mereka.
Banyak lagi perancangan untuknya seperti implan koklea. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik perancang. Tanggal 17 Jun 2022, Irdina pulang ke Negeri Abadi pada Jumaat hari yang mulia dalam dakapan saya asbab jangkitan kuman.
Semoga pengorbanan kecil saya ini dipandang Allah. Saya pasti merinduinya, segala-galanya tentang dia. Semangatnya akan selalu bersama saya. Bermainlah wahai anakku, sehingga bertemu kembali di Syurga Allah.….
Siapa sangka hanya dengan memberi anak makan buah tembikai boleh menyebabkan anak tercekik dan hampir meragut nyawa.
Saya kan.. Nak cerita something. Buat pengajaran. Salah saya.
Haritu saya keluar dengan baby jalan-jalan. Lupa nak bawak makan dia. Saya pun beli lah buah tembikai yang potong-potong tu.
Sedap Nampak Baby Nyonyot Buah Tembikai
Saya bagi baby nyonyot. Sedap nampak dia nyonyot. Suka bebenor. Lepas tu dia tak nak lagi dah. Saya ada nampak macam sisa buah tembikai kat tepi2 mulut dia. Saya lap pastu saya sambung berjalan.
Nampak Muka Baby Tak Bermaya
Saya nampak muka dia memang tak bermaya. Tapi dia diam je. Dia mmg jenis kurang menangis. Saya tak pikir apa. Tiba-tiba dia muntah air banyak sangat. Entah lah memang tak fikir. Lepas tu dia muntah lagi. Saya pelik, ada pehal dengan tembikai tu ke?
Apply First Aid Untuk Budak Tercekik
Lepas tu saya tergerak hati nak korek mulut dia. Turned out ada sikit sisa buah tembikai dalam mulut dia besar satu ruas jari kelingking. Saya cepat2 buang. Then saya apply first aid untuk budak2 tercekik. Alhamdulillah lepas tu semua okay. Dia pun okay sambung gelak balik. Tapi mama abah tak da mood nak berjalan. Terus balik.
Tak Perasan Masa Tengah Nyonyot, Dia Tergigit Tembikai Guna Gusi Dia
Rupanya masa dia tgh nyonyot saya tak perasan dia ada tergigit guna gusi dia. Saya patut perasan bila saiz tembikai tu mengecil. Sebab kalau dia nyonyot mestilah saiz lebih kurang je cuma isi je da kene sedut kan? Entahlah.. bengap betul. Apa lah saya pikir.
Rasa Bersalah, Rasa Useless Sangat
Memang terkesan sangat. Sampai sekarang terkesan. Benda dah jadi dekat dua minggu tapi sampai skrg masih terasa. Terdiam. Rasa bersalah sangat. Rasa useless sangat. Rasa kecewa dengam diri sendiri. Kadang kalau teringat saya menangis sebab saya ada terbaca kes macam ni tapi saya tak alert. Tak hati-hati. Allahu..
Bersyukur Pernah Terbaca Artikel Cara Handle Anak Tercekik
Satu yang saya bersyukur, hari sebelum tu saya share artikel tentang apa perlu kita lakukan kalau budak tercekik pada suami saya, saya bgtau dia, “Nauzubillah.. tapi sebagai panduan..”Tak sangka the next day dah kene apply kat anak.
Ada org suggest sebelum bg anak kita kene kunyah/gigit sikit bagi hancur baru suap pada anak, tapi actually bende tu tak boleh kan? Huhu. Entahlah..
So, sampai situ je cerita saya untuk dijadikan pengajaran semua. Terima kasih.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.