Buntu nak buat aktiviti dengan anak-anak di rumah? Apa kata kita DIY pasir homemade pula untuk anak-anak bermain. Barulah anak tak bosan berada lama sepanjang PKP ini.

Mama buatkan sahaja pasir homemade dari dua bahan yang dikongsikan oleh ibu Sha Za Nasir ini untuk anak-anak. Nak buat pun senang. Dapatlah anak berangan macam berada di pantai.

Menariknya, bimbang membazir menggunakan tepung , ibu ini mengolah semula menggunakan baby powder dan minyak masak sahaja. Simple tapi menarik untuk anak-anak bermain.

Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai, 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir!


Harini melayan Haarra Samiyya Diy Cloud Dough, guna bahan-bahan yang ada di rumah je. Resepi asal hanya menggunakan 2 bahan.

IKLAN

8 cawan tepung
1 cawan baby oil

Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai, 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir!

Tapi mommy dah olah ikut suka, mommy guna baby powder yang dah expired & coconut oil pun yang dah expired.

Campurkan ke dua-dua bahan (mommy agak-agak je), yang nak cuba betul-betul boleh guna resepi di atas.

IKLAN

Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai, 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir!

Gaul gaul sehingga boleh kepal & membentuk. Sekejap je siap. 5 minit sahaja. Nak letak coloring pun boleh. Boleh letak food coloring.

Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai, 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir!

Boleh guna untuk pelbagai sensori aktiviti. Aktiviti Haarra hari ni membentuk sand castle feeling-feeling tepi pantai.

IKLAN

Lepas main, boleh simpan dalam bekas bertutup @ ziplock. Nanti boleh repeat main lain.

Janji lepas main, kemas!

Menarik: Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Dimana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI