Anak-anak kita yang sedang membesar sememangnya mempunyai pelbagai ragamnya. Ketika usia membesar inilah anak menunjukkan pelbagai aksi lasak, seiring usia mereka.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

Anak ketiga usahawan berjaya, Datin Vivy Yusof turut membuatkan wargamaya kecut perut melihat aksi lincahnya ketika berada di dapur.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

Mana tidaknya, walaupun baru berusia tiga tahun, namun si kecil, Sarah Ilham Shah ternyata anak yang cukup lasak dan berani. Aksi Sarah yang melompat dari dapur kepada ayahnya pada jarak yang agak jauh jelas menunjukkan Sarah seorang anak yang berani.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

“And we thought the third child would be calm and graceful #sarahilhamshah,” tulis Vivy ringkas di kapsyennya.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

Video yang dimuat naik Vivy di Instagramnya membuatkan wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi. Kata mereka, Sarah bukan hanya berani bahkan dia berkeyakinan tinggi ketika melompat kepada ayahnya.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

Dalam pada itu, rata-rata para pengikut Vivy di Instagram meninggalkan pelbagai komen yang turut kecut perut melihat aksi Sarah.

“Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut! “Beraninya Dia” Lompat Dari Jarak Jauh, Aksi Anak Vivy Yusof Buat Wargamaya Kecut Perut!

” Aaa jantungku berhenti seketika haih. Sarah..Sarah”

” Beraninya Sarah”

” Sarah percayakan daddy dia”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Vivy dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @vivyyusof

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI