Berapa lama bayi saya nak kenyang bila menyusu badan? Bila dilepaskan menangis. Ini persoalan yang sering ditanya.
Sebenarnya pada awal-awal kelahiran bayi, ibu mesti selalu tertanya-tanya berapa lama masa untuk menyusukan bayi supaya rasa kenyang. Adakah bayi perlu menghisap kedua-dua belah payudara? Jadi berapa lama pula untuk bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja?
Salah satu cara yang ibu boleh buat ialah susukan bayi mengikut selama mana yang bayi mahu sehingga bayi mendapat susu akhir(hindmilk) dan melepaskan sendiri payudara.
Ads
Biasanya bayi akan menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Tetapi ada bayi yang menghisap sebelah payudara sahaja. Biarkan bayi menyusu sebelah payudara sehingga kenyang terlebih dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelahnya.
Bagi first time mommies yang tiada pengalaman dan tak pasti berapa lama bayi perlu menyusu, digalakkan menyusu sebelah payudara selama 20 minit hingga 30 minit atau sehingga bayi melepaskan sendiri sebelum beralih ke payudara sebelahnya.
Pastikan bayi melekap pada payudara dengan betul untuk memastikan bayi mendapat susu.
Ads
Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Mulakan dengan payudara yang belum dihisap oleh bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
Ads
Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan mommies rasa tidak selesa, mommies disarankan untuk memerah susu itu dan disimpan.
Ada sesetengah bayi yang akan menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Untuk situasi seperti ini, mommies perlu membuatkan bayi sendawa terlebih dahulu dan kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama sehingga bayi rasa kenyang.
Pemberian vaksin kepada semua rakyat disambut baik oleh rakyat negara ini walau pun pada permulaannya pelbagai perdebatan tidak kurang juga pelbagai persoalan yang membuatkan kita sedikit merasa gusar.
Namun hasil dari perkongsian dan pengalaman pakar dan doktor-doktor, vaksin semakin diterima baik malah viral gara-gara berebut vaksin di talian. Pun begitu, pelbagai persoalan yang pastinya menjadi keraguan semua ibu-ibu terutama mengenai pemberian vaksin ketika hamil dan waktu menyusu.
Salah satu perkara yang menjadikan wanita bimbang adakah vaksin mengganggu kitaran haid mereka malah adakah ketika haid dibolehkan untuk menerima suntikan vaksin ini.
Ada beberapa wanita yang mengadu berlakunya perubahan pada kitaran haid masing-masing selepas menerima vaksin Covid-19.
Saya difahamkan haid menjadi heavy dan panjang. Secara teori, vaksin Covid mungkin akan mempengaruhi kitaran haid atas tindakan ke atas sistem imun badan, tapi perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan.
Lebih banyak data diperlukan untuk menyokong kenyataan ini -sebagai salah satu kesan sampingan vaksin.
Walau bagaimanapun, kesan ini adalah kesan ringan, sepatutnya tidak menghalang wanita daripada menerima vaksin pada tarikh yang ditetapkan.
Perubahan kitaran haid selepas vaksinasi tidak menjejaskan kesuburan wanita. Vaksin Covid-19 itu sendiri juga tidak mengganggu kesuburan wanita.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak yang sihat dan aktif kini terbaring dan bergantung dengan menggunakan alat bantuan pernafasan selepas mulanya demam dan mengalami sawan.
Menurut ibu adik Muhammad Sayyid Anaqi, Puan Nurli binti Isnin Nuli di Facebooknya, keadaan Anaqi masih belum stabil sepenuhnya sebab doktor belum tahu jenis jangkitan kuman di otaknya.
Keputusan makmal dan doktor pakar sahkan Anaqi negatif virus Influenza. Ada virus lain yang serang Anaqi. Perlu ambil air tulang belakang untuk kenal pasti virus yang menyerangnya.
Doktor juga dah standby untuk supply darah sekiranya bacaan darah Anaqi drop. Kemungkinan mengambil masa beberapa minggu atau sebulan untuk sembuh bergantung pada recovery pesakit dan semangat pesakit.
Keadaan Anaqi 13/7 dan 14/7
Saya dan suami tawakkal sepenuhnya pada Allah, berserah sepenuh hati. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan. Hari Rabu doktor dah ambik air tulang belakang.
Keputusan air tulang belakang perlu tunggu 10 hari waktu bekerja, doktor bagitahu sample air tulang belakang akan di hantar ke makmal Hospital Kuala Lumpur, untuk tahu virus apa yang menyerang otaknya.
Doktor masih tidurkan dia.. dan masih on antibiotik. Bacaan darah merah dah mula stabil..Bacaan tekanan darah juga dah menunjukkan stabil tapi ada ubat support jantung lagi cuma dosnya di rendahkan..
“Ada pegang dan main anak kucing sakit..”
Ramai yang bertanya macam mana boleh jadi macam nie..Anaqi mula demam selepas main tanah di depan rumah. Dia guna peralatan ceduk dan masukkan tanah di botol dan saya perasan ada najis kucing di situ. Saya melarangnya terus dia masuk ke rumah..
Deman on off dalam beberapa hari, dia sihat lepas makan ubat demam. Aktif dan ceria. Selepas baik demam dia ada pegang anak kucing yang sakit, yang berair mata, yang berlendir mulut dan kucing kurus tue tidak bermaya. Dia pegang dan main kucing tue di belakang rumah, saya melarangnya.. dan dia masuk rumah semula.
Start dari itu dia demam lagi dalam beberapa hari. Bagi ubat demam ok, dan kembali demam semula, sampailah muntah, tak lalu makan. Balik ke kampung dia nampak ok..panas badan pun dah kurang.
Badan makin lemah, reaksi badan tak normal
Start jumaat pagi badan dia dah mula lemah, tidur sahaja, jalan tak betul, tak nak makan tak nak minum, bercakap pun tidak. Hantar ke klinik swasta 2 tempat. Doktor tak dapat detect sakit apa..doktor bagitahu suhu badan tak panas sangat dan ada tonsil serta kurang minum air. Dan doktor klinik swasta suruh terus ke Hospital Baling..
Sepanjang di situ, Anaqi menunjukkan reaksi badan yang pelik, muka terherot, kaki dia terangkat, tangan terherot-herot.. air liur meleleh, kancing gigi, check suhu tak demam tinggi sangat.
Nurse yang melawat bagitahu yang Anaqi kena sawan.. terus doktor bergegas masukkan ubat sawan.. tapi kejadian sawan tue berulang lagi.. dan bacaan oksigen dah mula tak stabil dan semakin menurun.
Terpaksa ditidurkan
Doktor decide untuk tidurkan dia, sebab ada 2 risiko akan berlaku jika dia tidak di tidurkan..
Bila oksigen tak sampai ke otak dia boleh lumpuh seumur hidup..Bila oksigen tak sampai ke jantung dia boleh pergi buat selama-lamanya..
Allah Maha Baik, Allah mudahkan semuanya.. alhamdulilah urusan Anaqi di mudahkan, doktor berjaya pasang tiup pernafasan dan tidurkan dia dan transfer Anaqi dari Hospital Baling ke Hospital Alor Star.
Sebab di Hospital Alor Star ramai pakar dan mesin …ummi teman Anaqi..Sampai Alor Star dalam jam 8 lebih terus masuk ke PiCU. Doktor pakar berkumpul untuk bantu selamatkan Anaqi..
Ummi menunggu setia di luar dengan bertemankan air mata, sambil mendengar alunan takbir hari Raya. Ummi jadi fobia bila nampak kucing sakit sekarang ini.
Alhamdulilah Allah datangkan kekuatan luar biasa, walaupun hati ummi umpama tisu.. ummi yakin Anaqi ummi akan sihat seperti dulu. Berserah sepenuhnya kepadaMu Ya Allah.
Cara betul nasal swab yang dilakukan sendiri membantu anda mendapatkan sampel mukus untuk melakukan ujian kendiri Covid-19.
Ujian pengesanan virus Covid-19 sudah menjadi rutin biasa dalam norma baharu kehidupan kita hari ini. Penggunaan Rapid Test Kit (RTK-AG) boleh dikatakan kerap dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Dengan kata lain asal sahaja kita jadi kontak rapat mereka yang positif Covid-19 atau ada gejala, kita akan melakukan ujian kendiri sendiri di rumah.
Biasanya RTK-AG menyediakan dua pilihan untuk kita mengambil sampel sama ada saliva/air liru dan calitan hidung untuk mengesan sama ada kita dijangkiti atau tidak.
Ada orang lebih selesa memilih cara pengambilan saliva tetapi ada yang geli kaedah tersebut dan memilih untuk menggunakan kaedah calitan hidung.
Namun, ada sesetengah orang tidak berani untuk melakukan ujian calitan hidung kerana mereka beranggapan kaedah tersebut kalau dilakukakan sendiri lebih mengerikan atau bimbang tidak mendapat sampel yang betul.
Maklumlah bila kapas kesat yang panjang hendak dijolok sedalam-dalamnya ke dalam lubang hidung kita sudah tentu agar ‘menyeramkan’ dan sudah tentu tak selesa.
Jadi, apa kata kita tengok satu video yang ditunjukkan oleh seorang doctor pakar bedah Hidung, Mulut & Tekak di Australia, Dr Eric Levi tentang cara penggunaan kit ujian calitan hidung dengan betul dan berkesan di laman Instagramnya.
Menurut Dr Eric sekiranya kita melakukan ujian calitan hidung dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian atas hidung. Selain itu kalau kita sekadar mengambil sampel dari bahagian hadapan sahaja ia juga salah kerana itu sebenarnya sampel dari bulu hidung dan bukannya mucus daripada saluran pernafasan.
Dr Eric menjelaskan cara sebenar perlu dilakukan iaitu perlu menolak kapas kesat ke bawah secara perlahan-lahan dan kembalikan dalam kedudukan serta dan fokus ke belakang secara perlahan.
Ambil masa lebih kurang 12 ke 15 saat sebelum mengeluarkan kit calitan tersebut. Apa kata tengok sendiri video ditunjukkan oleh Dr Eric sendiri.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.