Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker.
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
Cara pertama:
• Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter.
• Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa.
Ads
Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan).
Walau bagaimanapun, kita kena ingat ketinggian anak kita bergantung pada faktor genetik, pemakanan dan persekitaran (terutaman aktiviti fizikal). Kanak-kanak juga membesar dengan kadar yang berbeza, ada yang cepat membesar dan ada yang lambat membesar.
Ads
Jika kita risau dengan tumbesaran anak kita, berbincanglah dengan doktor. Atau catatkan graf tumbesaran anak kita mengikut carta pertumbuhan fizikal yang standard, dan pastikan tumbesaran mereka mengikut umur anak-anak kita.
Sekejap dah besar anak lelaki Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden. Bakal menginjak usia 3 tahun September depan, nampaknya kehadiran Jebat dalam hidup Sharnaaz amat bermakna sekali.
Biarpun tak dapat melihat setiap hari perkembangan Jebat, Sharnaaz akui waktu dapat bersama dengan Jebat akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Lagi-lagi sekarang ini, Jebat makin bijak dan banyak akal.
Ada je aksinya yang comel dan mencuit hati hinggakan Sharnaaz dapat tenangkan fikiran setiap kali melayan permata hatinya. Sesekali terkeluar loghat utara buat hati jadi terhibur.
Menerusi perkongsian di instagram Sharnaaz, video pendek aksi Jebat merajuk itu mencuri tumpuan orang ramai. Ketika itu Jebat seolah-olah merajuk dan menangis ketika bermain di taman.
Saat di tanya oleh Sharnaaz “Kenapa sayang sedih”, dengan mimik muka comel tu Jebat menjelaskan yang dia sebenarnya lapar dan nak makan fries serta ayam bakar. Alahai comel sungguh gelagat Jebat ni ya.
Selepas dipujuk oleh baba, akhirnya mood Jebat dah kembali ceria setelah babanya berjanji akan tunaikan permintaan itu.
Sementara itu, sebagai seorang bapa, harapan Sharnaaz tetap mahukan yang terbaik buat anak lelakinya. Dalam posting sebelum ini, Sharnaaz sentiasa menitipkan doa agar Jebat sentiasa menjadi anak kebanggaannya.
Walaupun dari sehari ke sehari Jebat semakin meningkat usia, cinta baba buat Jebat tak pernah pudar tapi makin bertambah kuat.
Sharnaaz juga tak jemu melayan setiap keletah Jebat dan menganggap Jebat seperti seorang kawan. Apa saja yang dilakukan dua beranak ini sentiasa buatkan pengikutnya turut terhibur.
Betullah orang kata, cinta seorang ayah auranya boleh membuatkan anak itu rasa lebih dihargai dan membesar dengan bijak. Walaupun jodoh perkahwinan tak panjang, ia bukan halangan untuk cinta baba bertakhta di hati Jebat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tak ketagih gadget ni lasak dia memang luar biasa. Aduhai, letih sebenarnya jaga anak cara begini. Dari celik mata sampai dia tutup mata, tak boleh nak berehat. Ada sahaja akal dia nak improvasi segala benda kat rumah jadi mainan.
Tapi lebih baik anak lasak bermain daripada anak lasak tantrum. Ini yang sepatutnya ibu bapa kena fikirkan tanpa mengeluh.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini sangat tepat dalam keadaan hari ini.
Apa saya perasan, “self control” anak yang tak ketagih gadget ni lebih tinggi daripada anak yang dah ketagihan gadget.
Sekali cakap je anak mudah faham. Walau tak dapat pun apa yang di minta, bila kita pujuk senang masuk ke hati baik dia.
Berbeza sangat buat yang dah ketagih ni, pujuk memujuk ni tak mudah jalan. Selagi tekak tak sakit selagi itu dia akan tantrum, mengamuk dan meronta-ronta.
Bila tantrum dah mula lasak mula la “raksasa” dalam diri anak tu akan keluar.
Seboleh-bolehnya apa yang dia minta tu kena dapat. Perkataan “tak boleh” tu seolah-olah tak ada dalam kamus hidup diorang. Tak peduli la orang sekeliling, kat tengah shopping mall pun jadi dia buat perangai.
Oleh itu semuanya bermula dari rumah, dari anak masih kecil.
Jika di rumah anak tak boleh duduk diam, lasak kemain, habis semua barang di rumah dia jadikan alat permainan, maka bersyukurlah kerana anda sedang membesarkan anak yang bijak “self control” dan bijak bermain.
Jangan pandang enteng masalah ketagihan gadget ni, di negara barat ketagihan gadget ni dah di anggap sama “bahaya” dengan ketagihan arak dan dadah tau.
Sumber: Mohd Fhais
Sama-sama kita beringat demi anak-anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.
1.Nyanyian Lagu
Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak. Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.
2.Minta Bantuan
Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.
Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang dipelajari sepanjang hari. Jadi pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.
Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.
5.Soal Jawab
Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya, mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”
Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.