Kelahiran bayi pramatang sememangnya banyak ujiannya. Bermacam rawatan terpaksa dilalui demi memastikan bayi stabil dan dalam keadaan yang baik. Pun begitu, bayi paling pramatang di dunia mampu berjuang untuk dirinya sendiri selepas menyambut kelahiran pertamanya pada Jun lalu.

Richard Scott William Hutchinson, bayi kelahiran Amerika Syarikat yang lahir 131 hari lebih awal iaitu kira-kira empat bulan awal sebelum dilahirkan mengatasi rintangan untuk terus sihat dan menyambut hari lahir pertamanya pada 5 Jun lalu.

Malah bayi comel itu juga turut diiktiraf Guinness World Records sebagai bayi paling pramatang yang masih hidup selepas berumur setahun.

Memetik satu laporan dari Newsweek, Richard sepatutnya lahir pada 13 Oktober 2020 tetapi ibunya, Beth Hutchinson mengalami komplikasi kesihatan dan bersalin empat bulan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Berat Hanya 338gm, Lahir 4 Bulan Awal, Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama!

Berat hanya 338gm
Bukan kekuatan yang sedikit bahkan dengan hanya seberat 338gm sahaja ketika dilahirkan, Richard terus bertahan dari hari ke hari.

IKLAN

Ketika itu, saiz Richard benar-benar kecil sehinggakan muat dalam tapak tangan ibu bapanya.

Malah doktor-doktor di di Hospital Kanak-Kanak Minnesota di Minneapolis juga tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuknya kekal bertahan di ketika itu.

Berat Hanya 338gm, Lahir 4 Bulan Awal, Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama!

“Apabila Rick dan Beth menerima kaunseling, mereka diberitahu bahawa kebarangkalian Richard dapat terus hidup adalah 0 peratus,” kata doktor yang merawat bayi tersebut, Stacy Kern kepada Guinness World Records.

IKLAN

Bangga dengan Richard
Ibu ayah mana yang tidak bangga melihat kekuatan dan perjuangan anak kecilnya. Di sebalik semua itu, Richard menyambut hari lahir pertama di rumah bersama keluarganya awal bulan lalu.

“Kami terkejut tetapi gembira. Kami berkongsi kisah Richard untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang,” kata Beth kepada Guinness.

Setelah enam bulan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Richard dibenarkan meninggalkan hospital.

“Siapa sangka bayi lelaki sihat ini dahulunya begitu lemah dan terpaksa bertarung nyawa untuk hidup.

IKLAN

” Bayi ini muat dalam tapak tangan saya dan kulitnya begitu nipis sehinggkan saya dapat melihat setiap tulang rusuk dan salur darah di dalam tubuhnya.

“Saya amat bangga dengan Richard,” kata Kern. – Agensi

Menarik: Bimbang Anak Ada Masalah Delay, Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni, Penting

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: AGENSI & Kosmo Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI