Beraya Dengan Muzik, Keluarga Ajai Dan Irin Putri Raikan Aidilfitri Bersama Di Pa&Ma Playdate!

Share

Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.

Untuk episod keenam yang telah bersiaran pada 29 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga komposer terkenal, Ajai dan keluarga meluangkan masa bersama Irin Putri serta anak lelakinya, Raees Aryan Ezmir.

Pada awal episod, memaparkan Ajai bersama isteri dan anak perempuan mereka di sebuah studio muzik. Seronoknya kerana kita berpeluang melihat gandingan ayah dan anak mendendangkan lagu raya.

Mereka juga ‘bonding’ bersama dengan bermain alat muzik. Ternyata Ajai dan Danisha berkongsi minat yang sama. Berkongsi tentang cara didikan dia dan isteri, mereka menitikberatkan agama serta adab.

Berkunjung ke rumah Irin Putri, mereka sangat terhibur dan kagum dnegan akat semula jadi Raees yang pandai bermain keyboard. Menurut Irin, bakat anaknya itu mula terserlah ketika dia membelikan keyboard mainan untuk Raees.

Dengan hanya mendengarkan sesebuah lagu, Raees boleh mencari melodi tanpa gagal. Sememangnya Raees dilahirkan dengan bakat yang sangat besar!

Yang menariknya, mereka turut bermain teka lagu dan dengan mudah dapat diteka kerana Raees dapat bermain tiga buah lagu dengan begitu mudah.

Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan keselesaan interior dalaman yang luas dan mesra famili.

Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!

IKLAN