Vaksin Pneumococcal untuk baby bawah 2 tahun. Dah ramai ibu bapa yang memahami kepentingan vaksin tambahan ini.
Tapi masih ramai yang keliru nak ambil yang mana? Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Kedua-dua jenis vaksin ini adalah vaksin jenis Conjugate, ia adalah vaksin dengan teknologi yang terkini, lebih baik dari vaksin jenis Polysacharide kerana vaksin Conjugate ini mengaktifkan memory T cell manakala vaksin Polysacharide tidak. Jadi vaksin Conjugate akan memberi antibodi kekal untuk sepanjang hayat.
Prevenar
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos 7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos 12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos 24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos 24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Ads
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Ads
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Synflorix
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Ads
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Untuk pengetahuan anda, vaksin Pneumococcal ini telah dimasukkan sebagai vaksin wajib di kebanyakan negara Eropah, dan disebabkan itu kajian selepas vaksin tersebut dipasarkan dapat dilakukan dengan teliti kerana telah diberikan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Jadi nak ambil yang mana?
Prevenar lebih mahal, namun memberi perlindungan yang terbaik dari segi jumlah strain Pneumococcal yang dilindungi, manakala Synflorix lebih murah tetapi memberi perlindungan yang hampir sama.
Biasalah bila dah berkahwin pastinya setiap pasangan impikan cahaya mata. Namun cepat atau lambat bergantung pada rezeki. Mungkin ada yang teruja menerima berita gembira ini tetapi tak kurang juga yang masih belum bersedia.
Tak kisahlah apa pun, jika dah rezekinya itu waktu terbaik. Mungkin ada pasangan yang memang nak buat kejutan pada ahli keluarga dan hanya berkongsi berita ini bila kandungan masuk trimester kedua.
Bagi pasangan yang bakal menyambut kelahiran bayi, pernah tak terfikir nak buat apa dengan tali pusat bayi tu? Takkan nak buang je. Anda patut pertimbangkan keputusan untuk simpan tali pusat bayi sebab ia berguna untuk masa depan anak.
Fakta darah tali pusat bayi baru lahir
Darah tali pusat adalah darah tersisa dalam tali pusat dan uri bayi selepas bayi lahir. Ia kaya dengan sel stem, sel utama yang membentuk sel-sel lain, tisu dan organ tubuh manusia. Sel stem ni terbahagi kepada dua, iaitu sel stem Hematopoietik dan sel stem Mesenkimal.
Jangan ingat darah tali pusat ni sama macam darah biasa tau. Lain ye! Darah tali pusat bayi ni tidak matang dan tidak terdedah kepada persekitaran. Sebab tu ia dipanggil sel stem primitif. Ingat tu.
Pernah tak terfikir yang darah tali pusat ni sebenarnya boleh selamatkan nyawa seseorang? Nampak macam biasa, tapi darah tali pusat ni sebenarnya berguna bila nak digunakan dalam merawat penyakit tertentu.
Berguna merawat penyakit berbahaya
Kalau dulu, tali pusat biasanya dibuang sebagai sisa perubatan selepas bersalin. Hari ni, sel stem telah menjanjikan potensi yang besar dalam perubatan regeneratif. Kemajuan teknologi terkini dah menunjukkan keistimewaan darah tali pusat yang berupaya merawat hampir 80 jenis penyakit di seluruh dunia. Hebatkan!
Sel stem Hematopoietik boleh rawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia, anemia sel sabit, talasemia dan gangguan sistem imun. Kalau sel stem Mesenkimal pula boleh rawat penyakit berkaitan otot dan saraf seperti sakit jantung, kencing manis, alzheimer, sirosis hati, retina dan lain-lain.
Boleh lindungi keluarga di masa depan
Sekarang mungkin kita tengok anak dilahirkan sihat. Tapi cuba fikir apabila dia besar nanti? Dengan persekitaran yang dikelilingi pelbagai virus penyakit kemungkinan risiko untuk anak dapat penyakit atau masalah kesihatan lain lebih tinggi. Tiada ibu bapa nak tengok anak sakit kan?
Sekarang dengan adanya teknologi canggih, anda dah boleh menyimpan darah tali pusat bayi untuk kegunaan masa depan. Andai kata suatu hari nanti anak menghidap penyakit berbahaya, darah tali pusat ni akan tolong dalam rawatannya.
Nak tahu betapa bagusnya menyimpan darah tali pusat ni? Bukan setakat untuk bayi tu je. Kalau ada ahli keluarga yang menghidap mana-mana penyakit berbahaya, ia boleh membantu. Padanan darah tali pusat ni adalah sebanyak 50% untuk ibu bapa dan 25% untuk adik-beradiknya. Kiranya tak rugi.
Darah tali pusat ni bukan najis ke? Boleh ke guna?
Islam benarkan pemindahan darah dan pendermaan organ daripada seorang kepada seorang yang lain. Walaupun darah tali pusat ni pada asalnya najis, tapi Islam tidak menghalang penggunaannya bagi tujuan perubatan. Ia tergolong dalam perkara darurat di mana hukumnya adalah harus. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk website JAKIM. Jadi tak perlulah risau nak guna darah tali pusat lepas ni.
Peluang menyimpan darah tali pusat hanya sekali seumur hidup, guna sebaiknya
Secara umum, ada dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan tali pusat bayi baru lahir. Nak cari sel stem daripada tulang sum-sum yang sepadan sepenuhnya tu agak susah. Kena tunggu pulak tu. Sebab tu ibu bapa kena simpan darah tali pusat bayi.
Tapi nak simpan kat mana? Tak payah pening-pening. Di sini kami kongsikan satu tempat untuk anda simpan darah tali pusat bayi. Yang penting selamat dan berguna untuk masa depan.
Simpan darah tali pusat di CryoCord, bank sel stem utama di Malaysia yang terbaik!
Teknologi sains perubatan dah semakin maju. Ingat lagi apa yang kami beritahu sebelum ni? Penggunaan sel stem daripada darah tali pusat ni bagus untuk merawat penyakit berbahaya. Sekarang, kita dah ada institusi yang menyimpan darah tali pusat bayi di Malaysia, iaitu CryoCord!
Kalau nak tahu, CryoCord ada makmal yang betul-betul canggih! Lagi menarik, ia merupakan makmal pertama di Malaysia yang disahkan dengan status CGMP. Status ini dianugerahkan oleh NPRA(BPFK), sebuah badan dari Kementerian Kesihatan.
Pastinya anda akan puas hati dengan perkhidmatan di CryoCord. Berfungsi sebagai bank darah tali pusat, CryoCord menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk anda simpan darah tali pusat di sini. Cryocord turut menawarkan harga paling minimum untuk simpanan selama 21 tahun.
Bayi tak sakit ke nanti?
Haa.. Jangan tak tahu! Pengumpulan darah tali pusat adalah mudah, cepat dan tidak menyakitkan. Para profesional perubatan yang terlatih akan menjalankan proses dalam masa 5 minit. Tak ganggu proses kelahiran bayi pun.
CryoCord juga telah dinobatkan sebagai Best Stem Cell Bank oleh Baby Talk Magazine selama 8 tahun berturut-turut. Memang terbaik! Lagi menarik, ada artis yang dah simpan darah tali pusat bayi di CryoCord. Siapa? Mesti surprise kalau dapat tahu ni.
Rupanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun simpan darah tali pusat bayinya di CryoCord.
Tak sangka kan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun simpan darah tali pusat bayinya di CryoCord. Kami pun baru dapat tahu ni. Bukan tu je. Ada jugak artis lain yang menyimpan darah tali pusat bayi kat sini. Antaranya Datuk Lee Chong Wei, Sazzy Falak, dan lain-lain.
Kisah Benar: Darah Tali Pusat Adik Selamatkan Nyawa Kakak
Mungkin ramai yang nak tahu betul ke darah tali pusat ni membantu. Di sini ada satu perkongsian yang cukup menyentuh hati di mana darah tali pusat adik selamatkan nyawa kakak yang menghidap thalasemia
Hati seorang ibu, Zieti Atiyyah Zakaria, atau lebih mesra dipanggil Zieti menjadi kosong apabila doktor mengesahkan anak sulungnya, Puteri Lya Irdina menghidap penyakit thalasemia major. Melalui keputusan ujian doktor, Zieti dan suaminya, Mohd Hanis Hamdi disahkan mempunyai minor thalasemia.
Lebih tragis, Zieti sedang hamil anak kedua pada waktu tu. Dalam kesibukan menguruskan Irdina yang perlu membuat pemindahan darah setiap bulan dan menjaga kandungannya, Zieti terbaca suatu info tentang proses penyimpanan darah tali pusat yang boleh merawat penyakit serius.
Suami Zieti terus menghubungi CryoCord, syarikat yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan sel stem. Setelah berunding, Zieti yang tengah hamil ketika tu terus membuat keputusan untuk melakukan penyimpanan darah tali pusat bagi bayi yang bakal dilahirkan, iaitu Puteri Dya Eryna.
Siapa sangka? Darah tali pusat daripada adik Eryna boleh menyelamatkan nyawa kakaknya, Irdina. Zieti dan suaminya pada ketika tu berasa syukur yang teramat. Setelah Irdina berusia empat tahun, Irdina kembali sihat. Kini dia sudah boleh ke sekolah bersama adiknya, Eryna.
Tambah Zieti, keputusannya dan suami simpan darah tali pusat anak betul. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan. Duit boleh dicari, tapi kesihatan anak tiada galang ganti.
Anda yang bakal bersalin nanti, buat keputusan sebaik-baiknya. Bincang dengan suami elok-elok untuk simpan darah tali pusat di CryoCord.
Macam mana nak daftar untuk simpan darah tali pusat di CryoCord?
Sebelum nak daftar anda kena buat temu janji dengan perunding CryoCord dulu. Boleh hubungi talian hotline CryoCord 1800-88-3300. Nak mudah terus ke laman web CryoCord di www.cryocord.com.my dan tinggalkan nombor telefon. Pihak Cryocord akan hubungi pada hari bekerja seterusnya.
Masa daftar nanti kena buat pembayaran awal. Ini sebagai tanda kita bersetuju ambil pelan sel stem yang mereka sediakan. Harga pelan berbeza. Ikut bajet anda. Apa yang bestnya CryoCord ada pelan bayaran ansuran yang mudah dan berpatutan. Nak tahu lanjut layari Facebook Page dan Instagram CryoCord ya.
Jangan lupa kongsi bersama keluarga atau rakan-rakan yang bakal bersalin nanti untuk simpan darah tali pusat di CryoCord. Bukan apa, untuk masa depan anak-anak mereka juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Lagi-lagi ibu bapa, isteri atau anak sendiri. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Ia datang dengan sendiri. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum.
Tetapi kita harus ingat mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan. Nak tak nak kita tetap kena reda dan terima dengan hati terbuka. Percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kita rasa berat sangat ujian ini.
Seperti perkongsian seorang suami di Facebook yang menggunakan profil nama Muhammad Harraz, dia berkongsi kesedihan setelah kehilangan isteri tercinta ketika berjuang melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan, arwah isterinya telah dijemput ilahi pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat.
Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buat mu sayang baba akan selalu mendoakan mama. Baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rinduu mama, baba tak kuat maaa. Baba akan jaga anak baba dengan mama yang terbaik semoga anakku jadi anak yang soleh seperti mama yang solehah baba tak kuat.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, apabila lelaki ini sempat menitipkan janji buat arwah isterinya untuk menjaga dan membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa membesarkan anak tanpa seorang isteri di sisi.
Ya Allah ampuni dosa-dosa isteriku. Rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Jual baju kanak-kanak secara live di Facebook
Dalam pada itu, si suami sebelum ini turut menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak yang dijual dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live pada waktu malam.
Ramai yang terkesan dengan pemergian isteri tercintanya kerana bagi yang pernah mengikuti sesi live jualan tersebut, arwah isterinya juga pernah sama-sama membantu suaminya.
Sebagai bapa tunggal yang kini bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelakinya, semua memberikan kata-kata semangat dan turut sama menyokong serta membeli pakaian yang dijual.
Moga apabila si anak membesar nanti, dia akan rasa bangga dengan pengorbanan ibu melahirkannya walaupun tak pernah rasa setitik susu dan pelukan dari ibu tercinta.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerusi instagram Nedim, dia ada kongsikan kapsyen dengan menyatakan Ney Ney anak yang kuat. Daddy sayang Ney.
Melalui gambar yang dimuat naik itu, nampaknya Ney Ney tenang je sambil dipangku oleh Nora Danish untuk mendapatkan rawatan membantu pernafasannya.
Ramai netizen yang prihatin dan memberikan beberapa cadangan pada Nedim dan Nora supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekarang.
“Sekarang ni musim.. baik elakkan dari orang ramai yang nak cium terutama yang merokok”.
“Kalau yang merokok, pastikan basuh mulut, cuci tangan dan tukar baju sebelum sentuh anak kecil. Sebab mereka kecil dan lagi senang berjangkit”.
Ada juga yang nasihatkan pasangan ini untuk baby Ney Ney ambil suntikan pneumococal. Suntikan ini baik untuk melindungi paru-paru dari terkena jangkitan.
Nedim jangan merokok depan anak
Walaupun tak diketahui punca sebenar Ney Ney mendapatkan rawatan nebulizer, ada peminat yang syorkan Nedim untuk berhenti merokok. Kesian Ney Ney.
Sebaiknya jangan merokok di depan anak. Kadang-kadang kita tak perasan asap rokok tu dihidu si kecil.
Diharapkan kesihatan Ney Ney kembali pulih secepat mungkin dan ceria seperti biasa. Bukan mudah nak membesarkan anak-anak selagi antibodinya tak kuat. Pengorbanan ibu bapa sangat penting.
Sumber: boss_ned
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.