Tidak mampu menyembunyikan keterujaan memiliki anak perempuan, Datin Seri Umie Aida tidak menafikan perasaan dan semangat keibuannya kali ini sedikit lain.
Memandangkan hampir 10 tahun menunggu rezeki untuk memiliki anak perempuan kehadiran Aisya Humaira yang kini berusia 4 bulan dianggap penyeri buat keluarganya.
Bila ada baby girl lain rasanya. Kita akan melaramkan dia. Kena pulak ku menunggu rezeki ni hampir 10 tahun. Semacam punya semangat keibuan yang muncul dalam diriku ini.
Umie akui dia berpuas hati dapat pakaikan anaknya pakaian yang cantik-cantik dan bila tengok senyuman tu rasa bahagianya.
Ads
Mula rasa lenguh dan sakit badan
Dalam posting yang sama di instagramnya, Umie turut bertanya soalan adakah normal ibu akan sakit dan lenguh-lenguh belakang sebab dukung bayi?
Ads
Ini kerana sejak mempunyai bayi ni dan berat Aisya pun dah cecah 7 kilogram, boleh dikatakan Umie rasa lenguh badan setiap malam dan dia cukup kagum dengan ibu yang ada anak-anak kecil yang sentiasa berdukung.
Kiranya pengorbanan ibu ini tiada tandingannya kerana ini hanya setakat lenguh badan saja belum masuk lagi hal yang lain untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira masa.
Ads
Patutlah orang kata syurga di bawah telapak kaki ibu dan selagi ada hargailah jasa ibu selamanya.
Kehadiran Aisya Humaira ni satu anugerah buat Umie selepas sebelum ini sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Umie mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: ig Umie Aida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi berjaga malam, tak cukup tidur perkara biasa apabila dah bergelar ibu. Hinggakan ada yang menyatakan ibu kena jadi burung hantu dan pergi kerja pun dalam keadaan yang tak bersemangat.
Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sesetengah wanita bila ada bayi. Keadaan ini boleh berlarutan hingga umur anak dah menjangkau 3 atau 4 tahun. Lagi teruk mungkin sampai ke besar jika tak disiplinkan waktu tidur anak dari awal.
Bagi Memey Suhaiza ibu kepada tiga cahaya mata dan baru melahirkan anak perempuan 4 bulan lalu, dia mengakui rutin tidur Mikayla Delisha Hakim sangat mudah.
Sejak dari awal kelahiran hinggalah sekarang, Mikayla tak pernah berjaga malam dan langsung tak meragam.
“Mikayla anak yang cukup menyenangkan saya. Kalau dah tidur waktu malam, alamaknya esoklah baru bangun kalau tak dikejutkan untuk menyusu.
“Kadang tu bila saya bagi susu pun, matanya tetap tertutup rapat sambil mengempeng dan boleh lena jika tak berhati-hati.
“Setakat ini mummy sangat senang dan boleh cukup rehat walaupun uruskan dua lagi abang,” katanya berkongsi di instagramnya.
Mikayla Anak Baik
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat mummynya memuji Mikayla seorang anak yang baik dan tak banyak ragam.
‘Baguslah dari awal dah macam ni, insya-Allah besar nanti tak banyak ragamnya.’
‘Mummy seorang ibu yang baik hati, tu Mikayla faham, tak nak ganggu mummy tidur.’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak anda memanggil si kecil namun tiada sahutan. Padahal di usia mereka sepatutnya mereka sudah boleh menoleh dan menyahut apabila dipanggil.
Perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli tentang kerisauan ibu ayah bila anak tidak menyahut bakal menjawab persoalan anda. Menurutnya sebagai terapis, dia bakal mencadangkan 2 perkara jika keadaan tersebut berlaku kepada si kecil anda.
Dia juga turut senaraikan aktiviti yang boleh dibuat untuk anak-anak yang mempunyai masalah sedemikian.
Ikuti perkongsian Siti ‘Aisyah:
RISAU SUNGGUH BILA KITA PANGGIL, ANAK TAK MENYAHUT KAN?
Anak 8 – 10 bulan, sebenarnya dah boleh menyahut panggilan, atau menoleh bila nama dipanggil tau.
Biasanya kalau kita panggil je nama dia…
“Husam….”
Anak akan terus menoleh.
Tapi, macam mana pula kalau anak kita BUAT TAK TAHU BILA KITA PANGGIL?
Kalau tanya saya, sebagai terapis, saya akan cadangkan 2 PERKARA PENTING:
Yang ni memang penting. Terapis kanak-kanak akan tengok samada anak anda ada kelewatan perkembangan tak.
Nanti, terapis akan cadangkan jumpa doktor untuk lakukan diagnosis. Biasanya nak jumpa doktor ni, kena tunggu appointment. So, jangan lengah terus jumpa terapis berdekatan dulu.
Yang ni yang TERPALING PENTING.
Sementara nak tunggu appointment dengan terapis, (biasanya jumpa terapis selang seminggu ke selang sebulan).
Buat aktiviti rangsangan 15 – 30 minit setiap hari dengan anak.
Nak buat aktiviti apa?
Ha… ni yang ibu ayah kena belajar.
❗Anak yang tak menyahut bila panggil ni, kita khuatir ada masalah sensori.
Sensori tu apa?
❗Sensori tu deria.
❗Anak ni susah nak adjust deria dia untuk dengar, untuk pandang apa yang orang sekeliling dia cakap dan buat.
❗Ibu ayah kena belajar buat aktiviti multisensori.
Senang sebenarnya.
Ni saya share 10 aktiviti yang boleh bantu anak lebih peka dengan panggilan kita.
Penerangan lanjut tentang aktiviti, ada di ruang gambar.
Aktiviti ni semua akan bantu anak peka dengan kita yang sedang main dengan dia.
Bila anak lebih peka, baru lah anak lebih senang nak BELAJAR BERCAKAP.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Apabila bayi kerap menangis selepas menyusu, cepat lapar semula atau berat badan sukar naik, ramai ibu mula tertanya-tanya sama ada susu badan mereka mencukupi atau tidak. Malah ada yang berasa bersalah dan menganggap diri mereka gagal memenuhi keperluan si kecil.
Hakikatnya, bukan semua masalah penyusuan berpunca daripada penghasilan susu yang kurang. Ada satu keadaan yang sering tidak disedari oleh ibu bapa, iaitu tongue-tie bayi atau ankyloglossia, yang boleh menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menyusu dengan berkesan.
Tongue-tie berlaku apabila tisu kecil yang menghubungkan bahagian bawah lidah kepada dasar mulut, dikenali sebagai lingual frenulum, terlalu pendek, tebal atau ketat.
Keadaan ini menyebabkan lidah bayi tidak dapat bergerak dengan bebas seperti biasa. Sedangkan pergerakan lidah sangat penting untuk membantu bayi melekap pada payudara, menghisap susu dan menelannya dengan baik.
Akibatnya, bayi mungkin kelihatan menyusu dalam tempoh yang lama tetapi masih tidak mendapat susu yang mencukupi.
Masalah ini tidak semestinya mudah dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk lidah bayi. Sebaliknya, ibu bapa perlu peka terhadap beberapa petanda berikut.
Bayi mungkin menghabiskan masa yang panjang di payudara tetapi masih tidak kenyang kerana proses pemindahan susu tidak berlaku dengan efektif.
Bunyi klik yang berulang ketika penyusuan boleh menjadi petunjuk bahawa bayi kehilangan lekapan akibat pergerakan lidah yang terhad.
Bayi yang mengalami tongue-tie kadangkala sukar mengawal susu di dalam mulut sehingga menyebabkan susu mudah terkeluar ketika menyusu.
Disebabkan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan susu, bayi mungkin mudah letih, tertidur ketika menyusu atau kelihatan tidak puas selepas penyusuan.
Jika bayi tidak memperoleh susu yang mencukupi secara konsisten, pertumbuhan dan kenaikan berat badan boleh terjejas.
Puting yang sakit, pedih atau luka walaupun posisi penyusuan sudah diperbetulkan juga boleh menjadi salah satu petanda masalah lidah terikat pada bayi.
Untuk menyusu dengan berkesan, bayi perlu menggunakan lidah bagi membantu menghasilkan vakum yang sesuai ketika menghisap susu. Apabila pergerakan lidah menjadi terhad, lekapan pada payudara mungkin tidak berlaku dengan sempurna.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi menelan lebih banyak udara, mudah meragam selepas menyusu dan memerlukan sesi penyusuan yang lebih kerap. Dalam sesetengah keadaan, ibu juga mungkin berdepan masalah saluran susu tersumbat atau pengeluaran susu yang terjejas kerana payudara tidak dikosongkan dengan baik.
Walaupun sering dikaitkan dengan bayi yang menyusu, keadaan ini juga boleh memberi kesan apabila anak semakin membesar.
Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami kesukaran menggerakkan lidah dengan baik, menyebut sesetengah perkataan, mengunyah makanan atau menjaga kebersihan mulut dengan sempurna.
Namun, tahap kesan yang dialami adalah berbeza bagi setiap individu. Ada kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang gangguan ketara, manakala ada yang memerlukan pemantauan atau rawatan lanjut bergantung kepada fungsi lidah mereka.
Ramai ibu bapa beranggapan setiap kes memerlukan prosedur pemotongan. Sebenarnya, perkara yang paling penting bukanlah rupa lidah semata-mata tetapi fungsi lidah tersebut.
Doktor biasanya akan menilai beberapa perkara seperti:
Sekiranya tiada gangguan fungsi yang ketara, pemantauan berkala mungkin sudah mencukupi tanpa sebarang rawatan.
Jika tongue-tie menyebabkan masalah penyusuan yang serius atau menjejaskan fungsi lidah, doktor mungkin akan mencadangkan prosedur yang dikenali sebagai frenotomy.
Prosedur ini bertujuan melepaskan tisu frenulum yang terlalu ketat supaya lidah dapat bergerak dengan lebih bebas. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menjalani rawatan hanya dibuat selepas penilaian menyeluruh oleh pakar yang berkelayakan.
Setiap kes adalah berbeza. Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan membuat keputusan berdasarkan pengalaman orang lain tanpa mendapatkan nasihat profesional terlebih dahulu.
Sebagai ibu, adalah normal untuk berasa risau apabila bayi tidak menyusu dengan baik. Namun, penting untuk diingat bahawa masalah tersebut tidak semestinya berpunca daripada susu badan yang tidak mencukupi.
Jika bayi menunjukkan tanda-tanda seperti sukar menyusu, cepat lapar, berat badan tidak naik atau anda mengalami kesakitan berterusan ketika menyusukan anak, dapatkan pemeriksaan daripada anggota kesihatan, kaunselor laktasi, pakar kanak-kanak, doktor gigi kanak-kanak atau pakar ENT.
Pengesanan awal membantu mengenal pasti punca sebenar masalah penyusuan dan memastikan bayi menerima nutrisi yang mencukupi. Dengan penilaian yang tepat, pengalaman penyusuan boleh menjadi lebih selesa serta memberi manfaat yang optimum kepada ibu dan anak.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar dalam hidup dan berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap kesihatan mental.