Bercerita menggunakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara mudah untuk mendidik anak-anak. Perlu tahu bahawa melalui penceritaan anak-anak akan berimaginasi dan bertanya dengan pelbagai soalan.
Jika anak sejak kecil, ibu bapa membiasakan dengan membacakan buku cerita, tanpa disedari ia membantu anak mengenal huruf dan nombor. Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi melalui membacakan buku cerita kepada anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini diharap menjadi panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang.
Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak
Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak. Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan. Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya.
IKLAN
Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak.
Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Melalui bercerita semakin cepat anak-anak menyerap masuk ilmu dan informasi kerana ia disampaikan dengan gaya dan bersahaja. Anak-anak akan mudah faham berbanding membaca.
Bercerita bagi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, amat membantu mereka memahami sesuatu. Dalam umur begini kebanyakannya masih lemah atau tidak tahu membaca. Jadi dengan bercerita, mereka akan tahu dan faham.
Bercerita dapat menambah kosa atau perbendaharaan kata anak. Kadang-kadang kita terkejut bagaimana seseorang anak itu boleh bercakap dengan perkataan yang tidak pernah dia jumpa di dalam buku. Apabila kosa kata bertambah, maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.
Bercerita dalam melatih skil pendengaran mereka dengan lebih baik lagi.
Bercerita dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita dan anak-anak.
Pengalaman saya, bercerita memudahkan saya untuk mengawal mereka. Mengapa saya katakan begitu? Sebagai contohnya, jika saya mahu pergi membeli belah bersama anak-anak, saya mahu mereka berkelakuan baik ketika di kompleks membeli belah nanti. Bagaimana saya ingin sampaikan mesej tersebut? Tentulah dengan bercerita. Saya sudah praktikkan dan ianya sangat berkesan.
IKLAN
Lapangkan waktu anda untuk duduk bersama mereka. Usah biarkan gajet mengambil alih tugas anda sebagai ibu dan bapa. Waktu muda mereka ini hanya datang sekali sahaja. Maka manfaatkan sebaiknya.
Mesti ramai ibu bapa berhadapan dengan situasi anak suka memukul kawan-kawannya. Sebagai ibu bapa sudah tentu anda buntu apa patut nak buat.
Kadangkala orang sekeliling akan memandang serong pada anak kita yang kerap memukul orang lain ketika bermain.
Adakah memang perangai semula jadi seorang kanak-kanak atau anak yang suka memukul orang lain ni mempunyai masalah tingkah laku?
Tentu persoalan tersebut sering bermain di fikiran ibu ayah. Jadi apa yang patut anda lakukan?
Mungkin perkongsian dari Dr Anayasmin Azmi dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang suka memukul.
10 CARA BANTU ANAK SUKA PUKUL!
(USIA 18bln-24bln)
Soalan macam ni banyak ditanya.
“Saya nampak dia pukul lepas tu dia senyum..kadang-kadang tu dia geram je dia gigit kawan dia. “
“Sedih bila cikgu di nurseri kata anak saya ganas! Kami tak pernah pun pukul-pukul kat rumah.”
IKLAN
Faham dulu kenapa..
Ada beberapa sebab sebenarnya anak kita begitu:
– nak explore sensation
-nak tengok cause and effect (kalau buat ni apa jadi)
-dia dapat ‘extra attention’ bila buat begitu
-ada limitation cth ramai belum faham apa yang dia cuba katakan..
– mencari solusi melepaskan emosi
Jadi, apa nak buat?
NI 10 LANGKAH BOLEH CUBA:
Kenal pasti tanda anak akan bertindak kasar-cth bila nampak anak berlari nak capai sesuatu untuk memukul, segera pegang kedua tangannya kesisi tubuhnya.
2. Sambil tu cakap, “Kita main baik-baik.”
3. Jangan membebel!-Cukup cakap ringkas dan tegas (bukan menengking atau naik suara tapi tegas) seperti di atas.
4. Step 1-3 ulang dengan konsisten. Kalau buat 1-2x sahaja, anak tak faham ia serius untuk tidak boleh dilakukan.
5. Beri alternatif, cth nya kalau anak geram nak menumbuk, beri dia cushion untuk lepaskan rasa.
6. Sentiasa berikan rasa selamat kepada anak. Cth Persekitaran luas untuk eksplorasi.
7. Banyakkan puji perbuatan baik nya.Cth, ibu suka tengok Nina main sama-sama.
8. Tanam rasa empati, cth bila nampak kawan sedih, galakkan anak peluk dan bantu rakan tu.
9. Guna perkataan yang gambarkan perasaan nya dan ‘validate’ emosi itu. Cth: “Ibu nampak Nina sedih. Nina nangis sebab Nina sedih.” Anak belajar nangis itu normal bila sedih.
Bersabarlah, ini kunci utama. Setiap anak berbeza. Mungkin ia satu cara Allah swt nak latih kita bersabar dan menjadi matang!
Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai mintak, tak pandai tanya dan jawab soalan, tak pandai ikut arahan dan macam-macam lagi. Kenapa ini terjadi?
Ini adalah kerana, bertanya dan menjawab soalan, meminta, berbual dan mengikut arahan, semua itu adalah merupakan komunikasi dua hala. Menamakan objek dan berkomunikasi adalah dua kemahiran yang berbeza.
Berdasarkan perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim diterangkan bagaimana untuk mengetahui perbezaannya.
Sama ada kita sedar atau tidak, apabila kita berkomunikasi contohnya seperti ketika berbual, kita sebenarnya sedang mengambil giliran untuk bercakap. Contohnya seperti:
Seorang bercakap dan yang lain akan mendengar
Seorang bertanya soalan dan seorang menjawab soalan
Seorang tunjuk dan seorang melihat
Jadi samalah juga seperti kita, kemahiran mengambil giliran adalah penting untuk kanak-kanak berkomunikasi. Tapi bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar perkara asas dalam kemahiran mengambil giliran. Antara contoh-contoh kemahiran mengambil giliran adalah seperti berikut:
Semasa bermain bola, kita membaling bola pada kanak-kanak dan mereka membalingnya kembali pada kita
Beratur dan menunggu giliran untuk membasuh tangan
Bergilir-gilir meletakkan barang di dalam bekas
Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir-gilir
Berkongsi mainan seperti puzzle dan memasukkannya secara bergilir
Dan macam-macam perkara atau aktiviti yang mereka boleh lakukan secara bergilir.
Kemahiran mengambil giliran ini boleh melatih kanak-kanak untuk menunggu dan memberi respon pada sesuatu (situasi, perbualan dan aktiviti) dan juga penting untuk mereka belajar berkongsi.
Bagaimana Mengajar Kanak-Kanak Mengambil Giliran
Lakukan aktiviti yang melibatkan giliran seperti:
– Bermain bola – membaling dan menangkap bola secara bergilir. Bantu kanak-kanak jika mereka tidak tahu membaling semula bola kepada anda.
– Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir
– Meletakkan puzzle secara bergilir
– Memasukkan manik pada tali secara bergilir
– Memasukkan duit ke dalam tabung secara bergilir
Bantu anak anda sekiranya mereka tidak tahu untuk melakukannya
Sebut nama mengikut giliran seperti “giliran mama, giliran adik”
Lakukan aktiviti sehingga kanak-kanak tahu yang mereka perlu menunggu giliran secara spontan
Anda juga boleh menggunakan aktiviti harian seperti mencuci tangan, menyuap makanan dan lain-lain lagi
Kemahiran untuk mengambil giliran dalam melakukan sesuatu aktiviti adalah penting untuk membentuk komunikasi dua hala di kalangan kanak-kanak. Jadi selalulah untuk melatih kanak-kanak demi mengasah kemahiran mengambil giliran mereka!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ramai ibu bapa bila dapat baby baru akan risau si abang atau kakak cemburu? Bagaimana nak atasinya?
Ok sebagai ibu bapa, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun.
Perkongsian dari Ibu Rose sangat membantu ibu bapa dalam dilema dan ada dua tahap umur yang perlu anda faham supaya mudah nak ambil hati anak yang lain.
Sediakan anak dari 4 sudut:
Fizikal:
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun. Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
Minda:
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
Emosi:
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
Jiwa:
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, ” Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, ‘ dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita sentiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.
Nota Ringkas Atasi Anak Jealous Bila Dapat Adik Baru :
1.Fizikal
-dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2.Minda
– Minda perlu ilmu
– Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut
– ajak dia pegang baby dalam perut itu.
-Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3.Emosi
-Keperluan hati ialah kasih sayang.
– Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
-selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
-Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4.Jiwa
-Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik.
-ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik.
-Selalu raikan perbuatan baiknya.
-Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
-Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.