Rindu orang yang dah tiada adalah paling sakit. Sukar nak diungkapkan dengan kata-kata lagi-lagi kehilangan insan yang tersayang. Andai sampai ajal tak cepat atau tak lambat. Itu semua rahsia Allah.
Biarpun kita tidak bersedia untuk kehilangan orang tersayang, namun detik menyedihkan itu pasti akan tiba dan hati kena belajar untuk reda.
Baru 4 bulan bernikah
Sama seperti perkongsian seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas sempat mendirikan rumah tangga empat bulan saja.
Menerusi muat naik yang dikongsikan oleh Mohamad Haniff Azizan, isterinya telah meninggal dunia disebabkan kanser.
Ads
Isteri yang baik
Dalam posting tersebut, dia reda kehilangan isterinya Aida Afiqah dibulan penuh keberkataan ini walaupun hati agak berat melepaskannya. Dia juga sempat menulis perihal keperibadian isterinya yang sangat menyenangkan hati sejak mereka bercinta 5 tahun lalu.
Sel kanser dah merebak
Ads
Sebelum khabar duka itu dimaklumkan oleh Haniff, dia ada membuat posting di Facebook beberapa hari sebelum isterinya meninggal dengan memaklumkan bahawa allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.
Terima kasih Allah hadirkan bidadari syurga
Ads
Dalam pada itu, Haniff juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isterinya.
Sehubungan dengan itu, kenalan Hanif dan arwah turut bersimpati dan mengucapkan takziah di atas pemergian arwah Aida.
Dalam coretan hati Haniff juga dia berterima kasih pada Allah kerana menghadirkan bidadari syurga dalam hidupnya walaupun untuk sementara waktu. Moga nanti disana berjumpa semula.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Self-esteem atau keyakinan diri adalah komponen penting dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja.
Menurut Dr. Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, low self-esteem boleh membawa kepada pelbagai masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), tingkah laku mencederakan diri, masalah perhubungan, dan penyalahgunaan dadah.
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan utama dalam membentuk self-esteem anak-anak sejak kecil lagi. Berikut adalah 5 perkara yang Dr. Rozanizam cadangkan untuk membantu membina self-esteem anak-anak secara sihat dan berkesan.
5 IBU BAPA MESTI BUAT UNTUK BANTU SELF-ESTEEM ANAK
Self-esteem adalah elemen yang sangat penting dalam psikologi kanak-kanak dan remaja. Low self-esteem telah terbukti dalam kajian antara yang boleh menyumbang kepada masalah mental seperti kemurungan, anxiety, self-harming behaviour masalah perhubungan dan penyalahgunaan dadah.
5 perkara yang ibu bapa boleh buat untuk bina self-esteem anak-anak.
1. PUJI DAN BERI GALAKAN Yang ini orang selalu buat, tetapi buat dengan silap. JANGAN puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya. Gunakan ayat “Adik memang bagus SEBAB adik cuba jawab dengan baik” berbanding “Adik memang pandai”. Anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana USAHA bukan KEISTIMEWAAN. Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana ‘pandainya anak papa’, ‘anak mama memang bijak’.. mereka akan terperangkap dengan pujian ini dan takut berusaha sesuatu yang lebih sukar – kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan. Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak.
2. SET SASARAN YANG REALISTIK Jangan jadi ibubapa ‘reality show’ – maksudnya, jangan bina imej perfect son/daughter anda berdasarkan apa yang dicapai oleh orang lain. Setiap anak anda diberi anugerah dengan bakat/kelebihan masing-masing. Jangan biarkan anak anda jadi ‘tikus eksperimen’ untuk feed ego anda. Jangan paksa anak anda pandai berpidato, pandai berenang, pandai kumon, pandai 7 bahasa dan pandai tenis semata-masa rakan-rakan dalam wassap group anda share gambar anak mereka menang pertandingan tersebut minggu lepas.
3. JUJUR DENGAN ANAK ANDA Mereka perlu tahu yang anda juga sebagai orang dewasa tidak sempurna. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun sudah tahu menilai seorang dewasa menipu atau tidak bila berkongsi sesuatu dengan mereka. Jangan puji anak jika mereka tidak berjaya semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Beri kritikan, tapi yang membantu mereka untuk bangkit semula.
4. BERI MEREKA RUANG UNTUK LAKUKAN KESILAPAN Jangan cuba tutup kelemahan mereka, semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Terus terang adalah jalan terbaik. Beri mereka galakkan dan kesedaran bahawa tidak mengapa gagal/tewas dalam sesuatu, asalkan kita memperoleh sesuatu daripadanya – contohnya ‘at least you had fun with your friends’. Ketahuilah bahawa kegagalan lebih banyak memberi kita pengajaran dalam hidup berbanding kejayaan.
5. PASTIKAN MEREKA ADA IDOLA/MENTOR YANG TERBAIK Modelling Theory – Belajar dari contoh adalah kaedah belajar paling berpengaruh dikalangan kanak-kanak. Jika mereka cari idola yang salah, mereka akan kecewa. Ajar anak-anak mengenal peribadi Rasulullah seawal mungkin dan jadikan baginda contoh terbaik dalam hidup. Anda sendiri sebagai ibubapa perlu jadi antara idola mereka.
Jadi, daripada perkongsian ini bahawa self-esteem yang kukuh bukan sahaja membantu anak-anak menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin tetapi juga melindungi mereka daripada masalah mental yang serius di kemudian hari.
Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul, seperti yang disarankan oleh Dr. Rozanizam Zakaria. Ingatlah bahawa setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini akan memberi impak besar kepada kehidupan anak-anak kita di masa hadapan. Jom kita sama-sama menjadi ibu bapa yang sentiasa menyokong dan membimbing mereka ke arah yang lebih baik!
Datuk Siti Nurhaliza buat ‘live’ dalam bilik Afwa cuit hati warga maya – “Ibu bisinglah.” Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi satu insiden lucu membabitkan anak keduanya, Muhammad Afwa, yang berlaku ketika beliau sedang membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut biduanita negara itu, sesi ‘live’ tersebut dijalankan di bilik Afwa, yang kebiasaannya digunakan untuk waktu tidur tengah hari anaknya itu. Ketika sedang rancak menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah, tiba-tiba Afwa muncul dan mematikan muzik, menyebabkan mereka berdua tergelak besar. Perkara itu turut mencuit hati para penonton di TikTok.
“Dia sebenarnya tak faham. Dia cuma rasa mak dia bising. Dia kata nak tidur. Afwa ni lain macam sikit perangainya,” ujar Siti sambil ketawa.
Beliau mengakui kesalahan itu berpunca daripadanya sendiri kerana menggunakan bilik anak lelakinya sebagai lokasi siaran langsung, sedangkan waktu itu Afwa sepatutnya berehat. Disebabkan itu, anak kecil tersebut menjadi tidak selesa dan marah kerana mengantuk, bahkan keluar masuk bilik berkali-kali. Walaupun pintu dikunci, Afwa tetap mengetuk dari luar.
Siti kemudian cuba menenangkan Afwa dengan memberikan iPad untuk mengalih perhatiannya. Namun, sebaik sahaja Afwa berjaya membuka pintu, dia terus masuk dan mematikan muzik sambil bersuara, “Ibu bisinglah.”
“Sebab itulah jadi macam tu. Afwa ni memang kelakar. Di rumah pun dia selalu buat saya tergelak. Lain sangat perangainya dengan kakak dia, sebab kakak dia lebih serius dan garang sikit,” katanya sambil tersenyum.
Selain itu, Siti turut berkongsi minat mendalam Afwa terhadap kereta sejak kecil. Menurutnya, anak lelakinya itu boleh mengenali pelbagai logo dan jenama kenderaan hanya dengan melihat, seperti Porsche, Lamborghini dan Mercedes, walaupun hanya sekilas di lebuh raya. Siti menganggap minat itu mungkin diwarisi daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai.
Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan anak-anak. Tidak mewah tetapi penuh kenangan.
Dalam perkongsian milik pengguna TikTok anakjatangmak, beliau memuat naik momen bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah untuk sama-sama menikmati juadah berbuka memandangkan belum lagi tamat waktu bertugas.
Menurut Mohd Khoril, beliau tidak menyangka keluarganya akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama. Ternyata video pendek itu cukup meninggalkan kesan di hati ramai.
Malah warganet turut berkongsi rasa terharu dan bahagia melihat situasi yang cukup indah ini, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Video yang tular itu juga turut menarik perhatian ramai pempengaruh yang turut sama meninggalkan pelbagai komen diruangan komen.