Permulaan sebuah keluarga yang bahagia adalah dua insan lelaki dan wanita yang saling menyayangi. Tidak sekadar itu, kedua-duanya perlu mempunyai misi yang sama dan saling memperbaiki diri. Barulah beroleh kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.
Menarik sekali perkongsian daripada bapa ini. Kisah percintaannya dengan isteri boleh dijadikan dorongan buat semua pasangan yang ingin memperbaiki hubungan. Pentingnya untuk kembali taat kepada jalan Allah dan meminta dariNya agar hubungan yang dijalin diberkati.
LEBIH 1,600 RETWEET
Hilal Asyraf berkongsi detik awal hubungannya dengan isteri, Masyitah. Bebenang ini menjadi tular dan mendapat 1,600 retweet di Twitter. Manis sekali bila mengikuti bebenang ini tentang bagaimana hubungan Hilal & isteri yang direstui ibu bapa membawa ke jinjang pelamin dengan usia perkahwinan bakal mencecah 7 tahun. Kebahagiaan berganda apabila pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata.
KEBAHAGIAAN IBU BAPA ANAK-ANAK AKAN MERASAINYA
Tidak semua kisah bercinta selepas bernikah itu janggal, menjaga hubungan yang baik berdasarkan syariat membawa kemanisan yang berkekalan dan menjadi momentum terbaik untuk menguatkan semangat menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat pasangan lain.
Bosan2 buat kerja malam ini(ya, kadang jadual penulisan saya ialah malam. haha), saya selak gambar2 lama. Terjumpa momen ini. Pertama kali bagi hadiah by hand kpd Masyitah. Masa ini kami sudah bertunang. Tahun 2010. Saya mahu pulang ke Jordan.
Saya beri buku @hlovatesays_ , lupa dah tajuk apa. Masyitah pula masa tu balas dengan keychain ini. Haha. Allah, kenangan sungguh. Masa tu punya lah jaga hadiah ni sungguh-sungguh. Yalah, kita bukannya couple kan. Kami ada peraturan yang kami akan beremail sebulan sekali aja.
HANYA SEMPAT EMEL SEBULAN DUA
Kami beremail itu pun, akhirnya lepas sebulan dua, dah tak beremail dah. haha. Sebab dah takde benda penting nak cakap. Saya sibuk habiskan studi, masa lapang habis dengan menulis buku, manakala Masyitah sibuk belajar. Lagipun Masyitah pemalu. *Gambar pertunangan kami 2010.
PANGGIL ENCIK HILAL SAHAJA SAMPAI KAHWIN
Masa awal2 email dulu, saya cuba panggil dia sayang. Dia tegur jangan melebih2 sebab belum sah kahwin. Dia panggil saya ‘Encik Hilal’ aja, sampai kami kahwin.
Ads
Saya pernah pergi UK tahun 2011, ada jemputan program. Masa tu saya beli hadiah untuk Masyitah. Saya kena tegur…
…supaya jangan membazir2 untuk dia. Sebab belum kahwin lagi. ???
Jadi kemudian, saya dah tak bagi apa-apa hadiah. haha. Jimat.
Saya bertentang mata dengan Masyitah ni sebelum kahwin tak sampai 5 kali. Semuanya ada bersama keluarga. ?
BERCINTA SEBELUM NIKAH JANGAN SAMPAI TAK BERSUA
Saya sentiasa percaya lah, nak kahwin ni jangan sampai x bersua, x bercakap langsung sebelum kahwin. Kadang orang cerita fasal bercinta selepas nikah ni, macam power sangat la kalau x berkomunikasi langsung sebelum bernikah. Tapi hakikatnya, ramai kecundang selepas berumahtangga.
Ads
MASA BERTUNANG AMBIL MASA KENAL MENGENALI
Saya dan Masyitah ni masa bertunang pun ada beberapa cabaran. Saya bersyukur kepada Allah atas cabaran2 tersebut sebab itu peluang kami saling kenal mengenali. Kemudian, alhamdulillah atas suai kenal sepanjang fasa pertunangan selama 2 tahun, di situ ada base untuk kami…
PALING MUSTAHAK CUBA KENALI PASANGAN
…teruskan semasa berumahtangga. Dalam email kami, antara perkara penting kami bincangkan juga ialah kesukaan, x suka, kami masing-masing. Jadi masa berumahtangga, dah boleh dpt expect lah. Ada kami lapang dada, ada kami usaha perbaiki sama2. Ia satu perjalanan, alhamdulillah.
BERCINTA SERONOK, TAPI PERLU FAHAM REALITINYA
Ads
7hb Julai 2019 ini, maka sempurnalah 7 tahun perkahwinan kami. Sekelip mata. Anak dah empat, alhamdulillah. Tetapi perjalanan belum berakhir. Bercinta memang seronok, sampai ke hari ini masih bercinta. Tetapi realitinya, cinta tak bayar bil, minyak kereta, pendidikan anak2, dll
PERLU ADA WAWASAN DUNIA & AKHIRAT. SELALU POSITIF
Tetapi jika kita benar2 cintakan seseorang, kita akan ada sikap bertanggungjawab. Kita akan hidup ada wawasan, dunia dan akhirat. Maka antara perkara awal kita kena buat masa kita rasa kita cintakan seseorang ialah perbaiki diri. Lengkapkan diri dengan sikap2 positif dan baik.
MINTA DARI ALLAH AGAR DIBERKATI HUBUNGAN
Jauhi maksiat, jauhi keingkaran kepada Allah SWT, baik yang diri sendiri buat, atau sesama pasangan. Jangan ajak pasangan ke arah apa yang Allah murkai. Minta sungguh2 kepada Allah agar bantu & berkati hubungan yang dibina. Sambil itu usaha jadi insan rajin, kerja keras, jujur.
TIDAK BERLAKU SEPERTI MAGIC, MESTI BERUSAHA KERAS
Sebab hanya dgn bantuan Allah SWT, dan kesedaran diri sendiri untuk berusaha keras – mencari sara hidup, bersabar dan lapang dada dengan pasangan serta anak2 – barulah kita akan mampu mengharungi alam rumahtangga. Semua tu xkan magically ada dalam diri kita selepas akad nikah.
Semoga Allah rahmati Masyitah, Ummi dan Abah yang banyak mendidik saya akan disiplin dan tanggungjawab, serta Ibu dan Ayah yang sentiasa memberikan sokongan atas hubungan ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami yang seterusnya.
Akibat mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Ketika ditanya Mahyon alasan tertuduh mencubit telinga bayi berkenaan, Noor Aziana menjawab “Saya berasa geram kerana mangsa sentiasa menangis dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,”.
Ibu tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.
“Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.
“Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.
Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.
Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.
Pelakon, Elfira Loy mengimbau kenangan membesarkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf selama tiga tahun dan pengalaman tersebut di kongsi bersama peminat di laman Instagramnya.
Menurutnya, dia seakan tidak percaya bahawa dia mampu menjaga sendiri Rayyan tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
“Rayyan sekarang 3 tahun, kejap je dah besar. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni kami berjaya hidup tanpa pembantu rumah.”
“Saya tak tahu macam mana saya hadapi tapi kami berjaya tempuhi.”
Tambahnya lagi, perkara yang paling utama untuk membesarkan anak adalah pengurusan masa. Dia mengakui dengan adanya rutin setiap hari akan lebih memudahkan urusan seharianya.
“Bila ada anak, perkara paling penting yang anda perlu lakukan ialah mengetahui cara menguruskan masa.”
“Rutin akan menjadikan hidup anda lebih mudah.”
Rata-rata memuji kecomelan Rayyan, tak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat supaya Elfira terus tabah membesarkan anak walaupun tanpa bantuan pembantu rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki kita dengan orang lain tak sama. Kadang keluarga kita meriah dengan kehadiran anak-anak, tapi bagi orang lain berkahwin dah lama pun Allah belum bagi rezeki padanya. Tapi rezeki duit sentiasa tak putus.
Hanya Allah yang tahu semua ini. Sebagai hambanya kita sentiasalah berdoa kerana doa dan usaha yang dilakukan ini pasti akan ada sinar kegembiraan dipenghujungnya jika kita yakin dan percaya.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, beliau berkongsi kisah pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat sendiri. Kisah ini sangat menyentuh hati kerana nampak usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.
Apa yang membuatkan saya cukup terkesan, mereka sanggup memberi sedekah dengan niat moga Allah memberi ganjaran anak padanya. Ini benar-benar menyentuh hati saya.
Tengok FB terbaca kisah yang dikongsikan oleh abang Food Panda. Melalui apa yang dikongsikan abang Food Panda dia mendapati terdapat sekeping kertas bertulis dekat bakul motornya berserta nota ringkas yang ditinggalkan.
Nota tersebut di tulis:
“Ada sedikit Bantuan Dari Kami, Doakan Kami Di Kurniakan Anak Yaa… Seorang Pun Jadilah
Saya terbaca kisah ini sebab ada orang tag saya. Dalam rumah tangga semua orang inginkan cahaya mata. Cahaya mata ini lah pelengkap dalam hidup bagi yang dah berumahtangga. Itu sebab orang sanggup buat apa sahaja untuk ikhtiar dapatkan anak.
Hanya orang yang rasa, mengalami sahaja yang tahu bagaimana rasanya tidak ada anak. Rasa sunyi, rasa sedih, rasa takut kehilangan pasangan, rasa cemburu pada orang ada anak dan macam-macam rasa lagi.
Saya doakan agar si penulis nota ini dan semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata yang membaca status saya ini, dipermudahkan Allah dikurniakan cahaya mata yang pertama, cahaya mata yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, diberi kebahagiaan dalam rumah tangga dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.