“Baru lima minit main, dah tarik mainan dari tangan adik sambil muncung panjang. Lepas tu menangis sebab tak nak tunggu giliran. Situasi ini mungkin nampak kecil… tapi hati ibu ayah kadang-kadang rasa geram!”
Sebagai ibu bapa, pasti ada masanya kita rasa pening bila melihat anak suka berebut, enggan berkongsi mainan, cepat marah bila menunggu giliran atau asyik nak jadi orang pertama. Perangai ini sebenarnya biasa muncul di kalangan kanak-kanak kecil, terutama yang sedang belajar memahami konsep empati, kesabaran dan perkongsian. Namun, jika dibiarkan tanpa bimbingan, ia boleh terbawa hingga ke usia lebih besar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


