Apa Ibu Ayah Boleh Buat?
1. Jadi Contoh Terbaik
Anak belajar paling banyak daripada apa yang mereka lihat. Tunjukkan sikap sabar dan suka berkongsi dalam kehidupan harian – contohnya berkongsi makanan dengan pasangan, atau menunggu giliran di kaunter dengan tenang.
2. Gunakan Permainan Sebagai Latihan
Aktiviti seperti board game, main blok atau permainan kumpulan membantu anak faham konsep menunggu giliran. Ibu ayah boleh tekankan bahawa setiap orang akan mendapat peluang sama.
3. Berikan Pujian Bila Mereka Berkongsi
Setiap kali anak menunjukkan sikap positif seperti memberi mainan kepada adik atau menunggu giliran, beri pujian spesifik seperti, “Ibu suka tengok abang tunggu giliran, itu sangat baik.”
4. Beri Pilihan, Bukan Arahan Kasar
Daripada berkata “Jangan kedekut!”, cuba gunakan ayat positif seperti, “Kalau adik main sekejap, nanti abang boleh main semula.” Ini membantu anak rasa lebih dihargai dan kurang rasa kehilangan.
5. Gunakan Timer
Jika anak berebut mainan, tetapkan masa bermain menggunakan jam randik atau timer. Apabila masa habis, giliran bertukar. Cara ini melatih anak menerima peraturan dan sabar menunggu.
6. Ajar Empati
Cerita kepada anak bagaimana perasaan orang lain bila tidak diberi peluang. Gunakan situasi harian, seperti, “Macam mana rasa kalau abang nak main, tapi tak dibagi?
Perangai kedekut, cepat marah dan tidak sabar ini bukan tanda anak nakal, tetapi petunjuk bahawa mereka masih memerlukan bimbingan untuk mengurus emosi dan memahami konsep berkongsi. Dengan kesabaran, contoh yang baik dan latihan konsisten, anak akan membesar menjadi individu yang lebih penyayang, bertimbang rasa dan tahu menghormati hak orang lain.

