“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu”. Begitu kata pelakon, Datuk Adi Putra kala melihat kesungguhan anaknya untuk membacakan doa di hari lahirnya.
Hati bapa mana yang tidak tersentuh kala melihat kesungguhan anak kecilnya yang begitu ingin meraikan hari istimewa bapanya walaupun tidak boleh mendengar dan bercakap seperti orang lain.
Menerusi Instagramnya, pelakon hebat ini memuat naik sepotong video pendek sempena hari lahirnya ke-40. Namun kata Adi Putra dia tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharunya kala melalui momen bermakna itu.
“Saya sangat sebak bila putri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu,”luahnya.
Ads
Kata Adi Putra lagi, inilah hadiah paling istimewa yang tidak dapat dibeli di mana-mana sambil meluahkan rasa terima kasih pada isteri tersayang di atas sambutan bermakna itu.
“Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana.
“Terima kasih isteriku, az-zahra, nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin,” kongsinya lagi.
Ads
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada yang melahirkan rasa sebak melihat video yang dikongsikan olehnya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan olehnya itu menerima hampir 307,000 tontonan daripada pengikutnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @adpadiputra & @adpaidaoutra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Telefon pintar asalnya hanya alat komunikasi yang menghubungkan manusia lama-kelamaan merampas kehidupan. Asalnya nak guna sebentar tapi terbabas pula hingga berjam-jam.
Tentu ia pernah berlaku kepada anda kan? Seorang ibu yang juga seorang penulis, Puan Adlil Rajiah Mohd Nasir berkongsi tentang perkara ini di Instagram beliau;
Petang tadi, saya plan nak take a nap.
So saya capai phone untuk set alarm clock.
Tiba2–
“Eh ada new email.”
Settle baca email–
“Eh ada orang whatsapp.”
Settle check whatsapp–
“Eh ada 2 orang DM kat instagram.”
Settle reply DM–
Tanpa sedar tangan automatik pergi scroll down news feed, visit people’s profile, like post orang.
Tiba2–
“Eh tadi aku ambik phone ni sebab apa eh?”
*trying to recall*
“OHHH NAK SET ALARM CLOCK!”
*baru ingat*
Plan asal nak nap pukul 2 dan bangun pukul 2:20.
Tapi tiba2 jam dah tunjuk pukul 3:30.
Mangkuk hayun betul.
Terus tak dapat nap.
That is how this so called “smartphone” perlahan-lahan merampas nikmat masa 24 jam yang Allah beri pada kita setiap hari.
So kepada yang bertanya soalan ni,
ketahuilah–
smartphone distraction ni bukan masalah kau sorang je.
Tapi masalahmu, masalahku jua.
It’s a global issue.
4 TIPS ELAK TERBABAS LAMA DENGAN TELEFON PINTAR/ GAJET
#1SIAP SEDIA DENGAN JADUAL HARIAN
The only way untuk selamatkan diri dari getting distracted lebih lama, ialah by being prepared with daily schedule. 80% pencapaian harian bergantung kepada persediaan yang dibuat sehari sebelumnya.
#2BUAT SENARAI MALAM SEBELUMNYA
Setiap malam before bedtime,
buat to-do-list untuk keesokan hari.
Susun mengikut urgency level dan masa.
Dan kalau rasa iman tak kuat, jangan simpan to-do-list tu dalam phone.
Kang lagi sekali kena sabotaj dengan phone sendiri ?
#3IKUTI SENARAI YANG DIBUAT
Dan yang paling penting–
stick to your list.
Pastikan semua tugasan selesai seperti yang dirancang.
Benda ni memang nampak remeh.
Tapi sebenarnya sangat membantu.
#4 JANGAN INGAT KITA BANYAK MASA
Sebab kesilapan terbesar manusia adalah–kita selalu sangka kita ada banyak masa.
Asal ada masa lapang sikit, mula lah capai phone, acah-acah tengok waktu solat, pastu entah kemana-mana perginya dan terus hanyut.
Sedar2, masa dah banyak terbuang, kerja dah banyak tertangguh.
Pastu mula lah stress tak tentu hala, kelam kabut, marah2, baling pinggan, maki isteri/ suami, maki anak. Padahal kau sendiri yang cari pasal.
Didik anak belajar hidup susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
“I’m proud of you, anak!” – itulah luahan penuh kasih daripada selebriti dan pelakon terkenal, Erra Fazira, apabila anak gadis kesayangannya, Engku Aleesya, cemerlang dalam peperiksaan IGCSE baru-baru ini.
Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Bagi Erra, kejayaan Aleesya bukan sahaja tentang keputusan peperiksaan, tetapi lebih kepada usaha keras, disiplin, dan semangat yang ditunjukkan oleh anaknya sepanjang tempoh pembelajaran.
Dalam perkongsian di media sosial, Erra Fazira meluahkan rasa syukur apabila Aleesya berjaya melakar keputusan cemerlang IGCSE. Kata Erra, pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan dan ketabahan anaknya, selain doa yang tidak pernah putus daripada seorang ibu.
Erra turut menzahirkan rasa bangga dengan menulis ucapan ringkas tetapi penuh makna: “I’m proud of you, anak!” Kata-kata ini nyata menyentuh hati ramai, kerana ia menggambarkan kebahagiaan seorang ibu melihat anaknya berjaya.
Selepas menamatkan IGCSE dengan keputusan yang membanggakan, Aleesya kini bakal menyambung pengajian di peringkat A-Level. Fasa ini menjadi langkah penting sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti kelak. Pastinya, Erra akan terus menjadi pendorong utama di belakang kejayaan anaknya.
Kejayaan Aleesya boleh dijadikan inspirasi buat ibu bapa lain. Walaupun Erra sibuk dengan kerjaya seni, beliau tetap memastikan anak mendapat sokongan penuh dalam pelajaran. Inilah bukti bahawa peranan ibu bapa amat besar dalam membentuk keyakinan dan semangat anak-anak.
Sebagai seorang ibu, Erra Fazira pastinya berharap Aleesya terus cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam membina sahsiah dan jati diri. Bagi Erra, kejayaan sebenar anak adalah apabila mereka membesar menjadi insan yang berakhlak, berilmu, dan berbakti kepada masyarakat.
Kejayaan Aleesya hari ini adalah bukti kasih sayang dan doa seorang ibu yang tidak pernah putus. Sesungguhnya, bila anak berjaya, hati ibu jugalah yang paling bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!