Perjalananya bukan sesuatu yang mudah, namun kejayaanya sangat manis untuk di simpan sebagai kenangan. Begitulah gambaran perasaan bahagia buat wanita hebat ini yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata apabila dia berjaya mengenggam Masters of Science Medical Physiology bulan lalu setelah setahun lebih berhempas pulas menuntut ilmu.
Dr Azura Abbas yang juga isteri kepada selebriti media sosial, Dr Say Shazril mengakui perjalanan ini tidak mudah tanpa bantuan, sokongan serta restu dari suami tercinta kerana ketika itu Covid-19 baru melanda pada masa yang sama sarat mengandung sehingga selamat bersalin dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa sebagai doktor.
Tambah Dr Azura atau lebih mesra dengan panggilan Dr Azu, dia bersyukur kerana anak-anaknya yang masih kecil tetap bersabar dengan kesibukan ibunya setiap hari.
Ads
“First of all thanks for all the wishes”
“All this can only happen dengan kerjasama, bantuan dan restu suami, also dengan keredhaan mama abah serta adik beradik dan ahli keluarga yang lain.”
“Thank you so much to my love, my pillar of strength, Dr Say. Also my kids yang bersabar mommy kadang-kadang absent and busy huhu. My mom sebab tolong tengokkan sef masa kita melayan tikus-tikus dekat lab.”
Ads
Sempat menitipkan ucapan tahniah kepada isteri tercinta, Dr Say mengimbau kembali detik-detik ‘struggle’ yang dilalui oleh Dr Azu dalam tempoh menuntut ilmu.
Ads
“Congratulations My Dearest Wife For your Masters of Science Medical Physiology. Setelah setahun setengah berhempas pulas amik course ni di kala Covid melanda pada masa yang sama sarat mengandung sehingga selamat bersalin & pada masa yang sama bekerja full time as permanent doctor, beliau akhirnya berjaya memegang segulung ijazah Masters.”
Tambah Dr Say lagi, tiada satu perkataan yang boleh menggambarkan tentang perasaan bangganya terhadap isteri tercinta diatas kejayaan yang digapai saat ini.
“No words could describe how proud i am of your achievements hun. Juggling in between all that and u made it look so effortlessly. You really are one of a kind and you really are my one and only. Congrats again hun.”
Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa EL menerusi hantaranya di laman instagram beberapa minit yang lepas akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.
“BismillahiMashaAllah”
“On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess”
Dalam masa yang sama, EL turut mengumumkan nama puteri keduanya disusului dengan beberapa keping gambar EL serta suami, Faris Khairol Anuar bersama puteri tersayang.
“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris”
Nama Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris menjadi pilihan pasangan ini. Namanya seindah wajahnya.
Pelakon cantik ini juga sempat menitipkan doa buat puteri tersayang agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.
“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti”
Elfira, atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 May lalu.
Dalam ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta warga maya teruja melihat kecomelan baby Aria Mikayla.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 serta seorang bayi perempuan Aria Mikayla, 20 May 2022.
Kredit: Elfira Loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan muda yang terkenal di media sosial, Asyalliee atau mesra dipanggil Asya mempunyai 3 orang cahaya mata, Haider 3 tahun, Helena 2 tahun dan Hayyan 3 bulan di usia yang sangat muda.
Wanita ini pernah mengalami hidup yang sangat susah selepas kehilangan ayahnya dan nasib malangnya berterusan sehinggalah ibunya dijemput Illahi. Namun ianya bukan pematah semangat buat Asya untuk terus bangkit dan mencipta nama di usia yang muda. Pengorbanan Asyalliee hari ini, semuanya demi anak.
Tidak hairanlah kenapa dia di beri penghargaan sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil.
Bercerita tentang kisah hidupnya kepada Dr Say, Hos Pa&Ma Gala Moms, Asya mengakui titik perubahan paling besar dalam hidup bermula sejak dia bergelar seoarang ibu.
“Setiap kehidupan masing-masing ada ‘turning point’. Sama macam Asya, Asya anak yatim piatu diusia yang sangat muda. Dan Asya memang orang susah jadi ‘turning point’ Asya masa Asya mengandungkan anak sulung Asya. Asya tak nak anak-anak jalani kehidupan yang susah macam Asya. Asya tak nak anak-anak alami apa yang Asya alami. Bila dah mengandung Asya cakap pada diri Asya, Asya kena jadikan kehidupan yang selesa buat anak.”
“Tak akan ada kejayaan yang akan khianati usaha kita. Jatuh tak bermaksud kalah tapi bila kita ‘give-up’ itu sebenarnya kegagalan kita. Teruskan berusaha dan percaya pada proses itu”
Bercerita tentang pengorbanan, sebenarnya tidak terhenti disitu. Pengorbanan seorang ibu itu sangat luas. Asya mengakui bukan mudah menjadi ibu di usia yang mudah dan perkara yang paling menyentuh hatinya adalah tentang penyusuan susu ibu. Ibu mana yang tak ingin menyusukan anak sepenuhnya. Namun sebaliknya yang berlaku kepada ibu muda ini.
“Setiap pengalaman Asya dalam menyusukan anak ni semuanya berbeza. Banyak ‘struggle’, tak cukup tidur, strees, menangis. Masa menyusukan anak pertama, Haider masa tu 1st time Asya jadi mommy banyak yang Asya tak tahu terutama macam mana nak menyusukan secara betul, cara nak susukan secara direct, cara simpan susu sampai ada susu yang basi. Lepastu bila keluar, malu nak susukan anak depan orang ramai walaupun dah tertutup macam mana sekali pun sampai nak give up pun ada. Haider dapat menyusu selama 3 bulan je. Tapi Alhamdulillah dapat juga bagi”
“Bila masuk anak yang kedua, mengandungkan Helena memang Asya letak mindset siap-siap nak susukan anak sampai 2 tahun. Kalau boleh nak dapat PhD la. Asya belajar macam-macam tentang penyusuan masa tu. Waktu malam je Helena kuat menyusu. Bila dah masuk kerja, perniagaan sendirikan memang busy kesana sini, travel jadi masa untuk pam susu dah lari. Bila nak pump dah kurang masa tulah Asya start stress.
Asya cakap dengan diri jangan stress, anak nak susu ni. The next day pergi kerja, pump tak keluar dan masa tulah depan team Asya..Asya menangis sebab Asya dah mula stress. Meeting pun batal sebab Asya stress tak dapat keluarkan susu. Meroyan tak dapat bagi anak susu. Itulah pengalaman paling pahit sebab dah 6 bulan sebenarnya bagi susu dekat Helena tiba-tiba dia stop macam tu je. Macam-macam dah buat, jaga mindset tapi tak jalan jugak. Tapi tak apalah Helena dapat juga menyusu selama 6 bulan.”
“Masa dengan Hayyan, sama juga Asya letak mind set nak susukan selama 2 tahun. Bagi direct feed je pada Hayyan. Happy sangat sampai tak cukup tidur. Setiap 2 jam bagi susu. Sanggup beli kerusi untuk breastfeed. Tapi sebabkan kerja akhirnya Asya terpaksa stopkan juga. Asya berfikiran positif, sekurang-kurangnya anak dapat merasa juga susu ibu.”
Setiap ujian yang datang sebenarnya nak jadikan kita kuat dan matang pada masa akan datang. Bermacam-macam ujian datang, tapi bila hadirnya anak-anak seorang ibu itu jadi kuat. Dan di setiap dugaan yang datang terselitnya rahmat-rahmat Allah.
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung Anugerah Pa&Ma Gala Moms bersama Asyalliee Ahmad, boleh tonton Live di atas.
________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coklat ini dikatakan cukup berhantu bagi ‘kanak-kanak’ setiap kali masuk ke kedai atau pasar raya yang meletakkannya di bahagian kaunter hadapan. Walaupun harganya diibaratkan tak masuk akal dengan apa yang dapat, ibu bapa tiada pilihan jika anak mengamuk, menangis dan siap berguling bila kemahuan dihalang.
Disebabkan nak jaga air muka, akhirnya ibu bapa terpaksa juga ikut kemahuan anak dan terpaksa rela membayarnya kan?
Baru-baru ini juga ada ibu bapa yang berkongsi pandangannya dalam Facebook yang menyatakan seelok-eloknya janganlah meletakkan coklat ni di hadapan kaunter bayaran kerana tak semestinya kemahuan anak boleh diikut oleh mak ayah, tambah lagi yang berpendapatan sederhana. Post ini telah viral dan banyak netizen yang menyokong pandangan tersebut.
Ok berbalik kepada isu ini, Public Health Malaysia telah berkongsikan beberapa sebab mengapa coklat ini sebenarnya tak sesuai untuk anak walaupun buat anak gembira.
Mengapakah Coklat Ini Diharamkan di Amerika Syarikat?
Coklat yang cukup popular di kalangan kanak-kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di Amerika Syarikat.
Mengapa?
‘Kinder Surprise’ dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.
Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang “tidak bernutrisi” diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.
Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah! Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat!
Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai “Kinder Joy”.
Risiko Tercekik
Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.
“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”
Di UK, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.
Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga. Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan UK berpihak kepada syarikat coklat.
Selain di US, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.
Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.
Mimpi Ngeri Di Kaunter Bayaran
Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak di letakkan di kaunter bayaran di pasaraya.
Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.
Produk-produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.
Menyedari akan ancaman ini, atas desakan masyarakat, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (UK) , Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.
Kesimpulan
Artikel ini BUKAN ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;
– Bahaya objek/ mainan yang diletakkan bersama makanan. – Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran
Jika di perhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.
“ala…sendiri yang pilih, tiada siapa paksa untuk makan”
Ya, memang ia merupakan satu pilihan individu untuk makan atau tidak, tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.