Tak semua orang mampu buktikan kata-kata dengan hasil yang nyata. Tapi buat figura Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, kejayaannya bukan sekadar sensasi ia lahir daripada keberanian, kerja keras, dan semangat luar biasa dalam dunia perniagaan.
Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, usahawan ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar jet peribadi mewah miliknya dipercayai hasil daripada kejayaan menjual produk jeruk yang semakin laris sejak kebelakangan ini.
Kapsyen ringkas yang ditulis beliau cukup menyentuh perasaan:
“Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin”
Tindakan itu bukan sekadar mencetuskan keterujaan, tetapi turut membuka mata ramai bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan dan usaha yang konsisten.
Ads
Jeruk Bukan Sekadar Jeruk – Tapi Tanda Usaha Tanpa Henti
Ramai sedia maklum bagaimana beliau bersama isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, dan anak sulung lelaki mereka, Ammar Ahyan, 17 tahun, gigih mempromosikan produk jeruk.
Ads
Bukan sehari dua, tapi berbulan-bulan mereka tampil di media sosial buat live, rakam video lucu, berkongsi review dan testimoni tanpa jemu. Jeruk yang asalnya biasa-biasa, kini jadi antara produk paling disebut-sebut rakyat Malaysia.
Bagi sesetengah orang, mungkin kelihatan seperti riak. Tapi bagi yang faham perjalanan Datuk Aliff Syukri, ini adalah momen simbolik. Cara dia menayangkan kejayaan bukanlah untuk bermegah sebaliknya sebagai bentuk motivasi.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak kecil yang dahulu ceria, berlari dan memanggil namanya, kini hanya mampu terlantar tanpa daya. Itulah ujian berat yang dilalui oleh Siti Nur Shafiqa Suraini, 31 tahun, seorang suri rumah, apabila anak sulungnya Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, 3 tahun, disahkan mengalami Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC) sejenis kerosakan otak teruk akibat jangkitan Influenza A.
Menurut Sinar Harian, sebelum jatuh sakit, Aish merupakan kanak-kanak yang aktif, bijak dan petah. Menurut ibunya, anak kecil itu sudah mampu menyebut huruf A hingga Z serta mengenal warna walaupun baru berusia tiga tahun.
“Malam itu dia masih bermain dan minum susu seperti biasa. Tapi kira-kira jam 4.30 pagi, dia tiba-tiba menangis kuat, muntah dan suhu badannya naik mendadak hingga 39.8 darjah Celsius. Kami terus bawa ke Hospital Melaka sebab dia dah lemah dan tak respon bila saya panggil,” cerita ibu ini penuh sebak.
Setibanya di Jabatan Kecemasan, suhu badan Aish mencecah 41 darjah Celsius dan bacaan oksigen pula menurun mendadak. Keadaannya semakin kritikal hingga doktor menempatkannya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
“Hari pertama di PICU, oksigen masih tak stabil dan kaki dia tiba-tiba lemah. Selepas imbasan CT dan MRI, doktor sahkan otaknya rosak akibat Influenza A. Hari kedua, dia ditidurkan dan doktor minta kami bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya lagi.
Selepas sebulan bertarung nyawa di PICU, keadaan Aish akhirnya stabil. Namun ujian itu meninggalkan kesan besar pada dirinya. Kini, Aish tidak lagi mampu bercakap atau bergerak seperti dulu. Dia hanya mampu menunjukkan reaksi melalui mimik muka sedih, gembira atau letih.
“Sekarang Aish cuma boleh tunjuk reaksi sedih atau gembira. Setiap dua jam saya beri susu dan ubat ikut masa. Ayahnya pula yang dukung dan mandikan setiap hari,” jelas Siti Nur Shafiqa.
Anak kecil yang dahulunya riang kini memerlukan bantuan sepenuhnya untuk makan, mandi dan bergerak. Doktor juga mengesahkan Aish sebagai OKU fizikal, dan perlu menjalani rawatan susulan dengan lima pakar termasuk neurologi, pediatrik, kulit dan penyakit berjangkit. Selain itu, Aish menjalani empat jenis terapi penting — fisioterapi, terapi bahasa, cara kerja dan rehabilitasi.
Menurut ibunya lagi, kos terapi agak tinggi dan menjadi cabaran utama keluarga kecil ini. “Terapi luar mencecah RM150 untuk 20 minit setiap sesi. Di hospital kerajaan, hanya dapat dua atau tiga bulan sekali. Kami ada dapat bantuan JKM RM500 untuk OKU terlantar, tetapi masih belum cukup menampung semua kos rawatan dan pemulihan,” katanya.
Namun di sebalik segala kepayahan, kasih dan doa ibu ini tidak pernah terputus. Setiap hari beliau terus berharap agar Aish dapat kembali merasai nikmat berjalan, bercakap dan ketawa seperti dahulu. “Semoga Muhammad Aish Irfan kembali pulih dan dapat merasa semula nikmat berjalan, bercakap dan ketawa seperti dulu,” titipnya penuh pengharapan.
Bagi yang ingin membantu keluarga kecil ini, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun TikTok ‘IbuAish’ milik Siti Nur Shafiqa. Setiap doa, setiap huluran walau kecil nilainya amat besar ertinya buat perjuangan kecil Aish untuk kembali sihat. Kisah ini mengingatkan kita bahawa penyakit seperti Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC) bukan sekadar cabaran kesihatan, tetapi perjuangan kasih antara ibu dan anak yang tidak pernah berakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi setiap ibu yang baru melahirkan, salah satu perkara yang paling merisaukan ialah bila susu badan terasa “tak keluar” atau “tak cukup”. Walhal, hampir semua ibu sebenarnya mampu menyusukan bayi sepenuhnya cuma perlu tahu cara yang betul untuk merangsang penghasilan susu, dan yang paling penting, kekal tenang serta konsisten.
Ramai ibu mula panik bila bayi asyik menangis selepas menyusu, lalu terus fikir susu tak cukup. Sedangkan, pada minggu-minggu pertama, bayi memang akan menyusu dengan kerap sebab saiz perut mereka kecil dan susu ibu cepat dihadam. Jadi, menyusu kerap bukan tanda susu tak cukup, tapi tanda bayi sedang bantu badan ibu hasilkan lebih banyak susu!
Berikut lima tip penting yang boleh bantu ramai ibu tingkatkan penghasilan susu secara semula jadi, tanpa perlu bergantung penuh pada milk booster.
Salah satu kunci utama untuk banyakkan susu ibu ialah frekuensi. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak signal otak akan hantar kepada hormon prolaktin dan oksitosin untuk hasilkan susu baharu.
Jadi, tak perlu terlalu ikut jam atau jadual. Bila bayi merengek atau tunjuk tanda lapar — terus susukan. Menyusu ikut kehendak bayi ini dipanggil on demand feeding, dan ia sebenarnya cara paling berkesan untuk menstabilkan supply dan demand susu.
Kalau bayi tidur lama, cuba kejut lembut setiap dua hingga tiga jam untuk sesi penyusuan. Jangan tunggu payudara rasa “penuh” baru nak bagi — sebab semakin lama susu disimpan, semakin lambat signal penghasilan baharu.
Ramai ibu tak sedar, masalah “susu tak keluar” atau “puting luka” sebenarnya berpunca daripada lekapan yang tak betul. Bila bayi tak lekap dengan sempurna, dia tak dapat hisap susu dengan efektif — dan akhirnya payudara tak dikosongkan sepenuhnya.
Lekapan yang betul bermaksud:
Kalau masih tak pasti, jangan segan jumpa kaunselor laktasi. Kadang-kadang, satu sesi pembetulan latching boleh ubah seluruh pengalaman penyusuan ibu.
Ramai ibu sanggup berjaga malam, tak sempat makan, dan minum air pun kadang terlupa — sebab terlalu fokus pada bayi. Tapi sebenarnya, badan ibu yang penat dan kurang nutrisi boleh ganggu hormon penghasilan susu.
Susu ibu 80% terdiri daripada air. Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari, termasuk sup atau jus buah. Air yang cukup memastikan sistem badan lancar dan hormon penyusuan aktif.
Antara makanan yang bantu banyakkan susu:
Dan yang paling penting — rehat. Bila stres dan kurang tidur, hormon oksitosin menurun, lalu susu pun jadi perlahan. Jadi, kalau boleh, curi masa tidur sekejap bila bayi tidur.
Urutan payudara atau breast massage boleh bantu melancarkan aliran susu dan elak saluran tersumbat. Sebelum menyusu atau pam, urut lembut kawasan sekeliling payudara dalam gerakan membulat ke arah puting. Ini bantu “aktifkan” refleks let-down supaya susu keluar lebih mudah.
Selain itu, skin-to-skin contact dengan bayi juga sangat berkesan. Letakkan bayi di dada ibu tanpa pakaian (kecuali lampin) — cara ini bantu stabilkan suhu badan bayi, kuatkan bonding dan secara semula jadi merangsang hormon oksitosin (hormon cinta) yang penting untuk pengeluaran susu.
Kalau ibu bekerja dan perlu pam, buat power pumping — teknik pam berselang (contohnya 20 minit pam, 10 minit rehat, ulang selama sejam). Ia bantu hantar signal pada otak bahawa “badan perlu hasilkan lebih susu”.
Ramai tak tahu, emosi ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu. Bila ibu stres, cemas, atau sedih, hormon kortisol akan menekan pengeluaran oksitosin — dan refleks susu jadi perlahan.
Jadi, penting untuk jaga mental dan emosi:
Ingat, ibu yang tenang = susu yang lancar.
Perjalanan menyusu memang tak mudah. Ada hari susu banyak, ada hari kurang — itu normal. Apa yang penting ialah konsistensi, doa, dan kepercayaan bahawa badan ibu memang dicipta sempurna untuk bayi sendiri.
Tak perlu rasa gagal kalau perlu top up dengan susu perahan atau bantu dengan formula seketika. Setiap titik susu ibu tetap berharga. Setiap pelukan waktu menyusu tetap membentuk ikatan kasih sayang yang tak terganti.
Menyusu bukan sekadar beri makan — ia satu bentuk cinta yang tak terucap. 🌷
Semoga lima cara ini membantu ibu-ibu di luar sana lebih yakin, tenang dan bersemangat untuk teruskan perjalanan penyusuan penuh kasih dan keberkatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Chryseis Tan, atau lebih dikenali sebagai Chrystan_x, kembali mencuri perhatian peminat media sosial apabila berkongsi momen manis kehamilan anak ketiga. Chryseis Tan hamil kali ini benar-benar membuat ramai terpaku melihat keanggunannya.
Anak jutawan terkenal Dato’ Vincent Tan ini kini sedang menanti kehadiran bayi lelaki ketiganya bersama suami, Faliq Nasimuddin, pewaris empayar NAZA. Kehidupan pasangan ini sering menjadi tumpuan kerana gabungan dua keluarga korporat terkenal, namun Chryseis membuktikan bahawa di sebalik kemewahan, kasih sayang sebagai ibu tetap menjadi fokus utama.
Momen terbaru itu dikongsi menerusi video behind the scenes photoshoot ketika usia kandungannya sudah 37 minggu. Dalam video tersebut, terserlah wajah Chryseis yang berseri-seri wajah seorang ibu yang penuh pengharapan, cinta, dan kesabaran menanti kelahiran cahaya mata mereka.
Setiap senyuman, setiap gerak-gerinya, memancarkan kehangatan seorang ibu yang menghargai setiap detik terakhir kehamilan sebelum bertemu bayi ketiganya. Tidak hairanlah ramai mengatakan aura Chryseis Tan hamil kali ini lebih tenang dan penuh kelembutan.
Konsep photoshoot ini pula membawa penonton seolah-olah memasuki fairy garden penuh bunga-bungaan dan dekorasi lembut yang memukau mata. Chryseis mengenakan gaun berona pastel yang ringan dan feminin, menyerlahkan seri keibuan dan aura magis seorang ibu hamil. Latar belakang taman bunga itu membuatkan visual seperti babak dari kisah dongeng, menghidupkan perasaan romantik, damai, dan sedikit ajaib, seolah-olah masa berhenti seketika hanya untuk meraikan momen istimewa ini.
Momen ini bukan sahaja memaparkan keindahan fizikal, tetapi juga sisi keibuan Chryseis sentuhan lembut pada perutnya, pandangan penuh kasih sayang kepada bayi yang bakal lahir, dan senyuman yang seakan sudah membayangkan masa depan kecil yang bakal hadir. Bahkan, ibu cantik ini sendiri tidak sabar untuk melihat hasil rakaman foto itu, menambah lagi keterujaan dalam setiap detik photoshoot.
Jantina bayi ketiga ini sudah pun didedahkan dalam posting sebelum ini dan rupanya mereka bakal menyambut seorang bayi lelaki. Khabar gembira ini menambahkan lagi keterujaan para pengikut yang tidak sabar untuk melihat kehadiran ahli keluarga terbaru.
“Did a last minute 🤰🏻📸 at 37 weeks. Can’t wait to see the pics! ”
Walaupun ringkas, perkongsian ini menyentuh hati ramai, terutama ibu-ibu yang memahami keindahan dan kesakitan menunggu kelahiran. Ruang komen dipenuhi ucapan doa, pujian, dan kata-kata manis daripada pengikut yang kagum melihat keanggunan seorang ibu bukan sahaja pewaris jutawan, tetapi juga wanita yang menonjolkan sisi kemanusiaan, kelembutan, dan cinta seorang ibu yang sebenar.
Momen ini menjadi bukti bahawa di sebalik kemewahan dan glamour dunia selebriti, Chryseis tetap menghargai detik paling tulus dalam hidup seorang wanita detik sebagai seorang ibu yang menanti kelahiran anak ketiga. Dan melihat bagaimana Chryseis Tan hamil sambil tetap mengekalkan kelembutan dan personaliti rendah diri, ramai peminat merasakan mereka turut berkongsi kegembiraan itu bersama-sama.
Sebelum menutup perkongsian tersebut, ramai juga memuji bagaimana setiap kali Chryseis berkongsi momen keluarga, ia bukan sekadar paparan gaya hidup mewah, tetapi lebih kepada cerita seorang wanita yang menghargai perjalanan keibuan. Dengan kehadiran bayi lelaki ketiganya nanti, pasti kehidupan pasangan ini akan bertambah seri. Para peminat juga tidak sabar menantikan wajah si kecil yang bakal melengkapi keluarga kecil mereka.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.