Rezeki anak, itu semua rahsia Allah. Ada yang berkahwin terus mendapat khabar gembira, dan ada juga yang bertahun-tahun menunggu masih belum ada rezeki. Namun jika tak putus asa berusaha, pasti akan ada peluangnya jika tiada masalah kesihatan.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Dr Murizah Mohd Zain, mengenai pesakitnya yang mendapatkan rawatan dan disahkan hamil ketika usia dah 40-an sesuatu yang diluar jangkaan.

Ini kerana pesakit ini pernah melakukan rawatan IVF sebelum ini dan terhenti pada 2016. Apabila ditanya kenapa dia menghentikan rawatan untuk mendapat anak, jawapannya benar-benar buat saya terkedu dan bangga.

Cerita semalam
Pagi kelmarin, sambil membelek fail pesakit, saya berkata kepada medical officer saya.., ” very lucky patient.. to be able to get pregnant at the age of 41 by ivf. Lets see how the baby is doing..”

Kami pun memanggil pesakit, bertanya khabar dan melakukan ujian ultrasound. Janin berusia 10 minggu dengan jantung kelihatan berdenyut.

Berkat Sabar, Hamil Usia 41 Tahun! Pernah Cuba Rawatan, Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit
Gambar Hiasan

“Tahniah puan”

IKLAN

Kegembiraan mewarnai wajah beliau dan juga kami. Sebelum dia keluar bilik sempat dia memberi saya 1 beg harumanis yang ditanam sendiri. Terima kasih atas ingatannya pada kami semua.

Saya ingat pesakit ini. Dia sentiasa mengukir senyuman setiap kali hadir. Ketika saya bertanya padanya.

Berkat Sabar, Hamil Usia 41 Tahun! Pernah Cuba Rawatan, Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit

“Puan, kenapa sejak 2016 puan berhenti rawatan. Puan tahu kan bila umur puan meningkat peratus kejayaan semakin menurun.” Dia tunduk memandang lantai dan menjawab…. “saya terpaksa berhenti rawatan kerana menjaga suami yang sakit saraf dan berkerusi roda. Alhamdulillah sekarang keadaannya semakin pulih. Itu yang saya nekad mulakan balik”

IKLAN

Saya terdiam tetapi masih terngiang ucapan saya padanya ” semoga Allah membalas kebaikan puan dengan kebaikan yang lain”

Sebenarnya bukan dia seorang tetapi beberapa pesakit lain yang saya lihat Allah memudahkan dan memberi kejayaan dengan keikhlasan dan kebaikan yang mereka lakukan pada anggota keluarganya.

Berkat Sabar, Hamil Usia 41 Tahun! Pernah Cuba Rawatan, Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit
Gambar Hiasan

Sahabat saya seorang doktor pakar di bahagian kecemasan, 2 kali gagal IVF dan dalam percubaan ketiganya dihentikan kerana mengambil cuti tanpa gaji menjaga ayah yang sakit kanser. Dalam waktu tersebut hamil dengan sendirinya.

Pesakit saya yang menjaga ibu mertuanya selama 3 tahun, dimudahkan urusan IVFnya walaupun jika dilihat dari segi embrionya hanyalah gred 2.

IKLAN

Begitulah ajaibnya kebaikan yang disertai keikhlasan!!! Semoga kita terus menyebar kebaikan. Jika tidak mendapat balasan dunia, pasti ada ganjaran ukhrawi.

Kredit: Dr Murizah Mohd Zain

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Berkat Sabar, Hamil Usia 41 Tahun! Pernah Cuba Rawatan, Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI