Iainya bagaikan satu keajaiban. Apa yang berlaku kepada seorang bayi di Leicester, United Kingdom memang menakjubkan. Bagaikan kata pepatah berpantang maut sebelum ajal. Seorang bayi lelaki membuka matanya buat pertama kali hanya beberapa minit sebelum mesin bantuan hayatnya dimatikan.
Tidak Bernafas dan Kebiruan, Pelbagai Usaha Untuk Selamatkan Oscar
Ketika dilahirkan, Oscar Bedford tidak bernafas dan kebiruan menyebabkan doktor melakukan pelbagai usaha bagi menyelamatkannya. Bagaimanapun usaha menyelamatkannya menemui jalan buntu hingga menyebabkan bayi itu terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Namun sewaktu ibu bapa Oscar, Greg dan Chealsea membawanya ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir, satu keajaiban berlaku.
Buka Mata Sebelum Mesin Bantuan Dimatikan
Sebelum itu, Chelsea mahukan ibunya, Sally-Ann bertemu dengan Oscar lalu membuat panggilan Facetime.
“Ketika panggilan itu, ibunya melihat Oscar membuka matanya dan dia hanya menjerit. Matanya terbuka untuk kali pertama dan ia sangat nyata, ia berasa seperti mimpi. Ia luar biasa dan ia perasaan terbaik di dunia,” kata Chealse.
Ads
Greg dan Chealsea membawa bayi mereka ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.
Oscar kemudiannya dipindahkan ke Hospital Rainbows di Loughborough dan akhirnya kembali ke rumahnya di Hamilton, Leicester.
Ads
Perkembangan Oscar Seperti Kanak-Kanak Lain, Namun Menghidap Epilepsi
“Dia kini berusia 18 bulan dan dia seperti bayi yang berusia tiga bulan, suka tersenyum, ketawa dan suka lampu walaupun separa buta,” kata Chelsea.
Oscar juga mempunyai epilepsi dan tidak pasti berapa lama mampu bertahan. Chelsea berkata, Oscar berada dalam penjagaan intensif sebulan yang lalu dan mereka fikir akan kehilangannya.
Ads
“Saya tidak tahu berapa lama saya akan bersamanya tetapi ketika dia berada di sini, saya rasa dia sepatutnya mempunyai segala-galanya terutamanya selepas apa yang dilaluinya,” katanya.
Chelsea dan Greg mengumpul dana di GoFundMe untuk mendapatkan wang untuk fisioterapi, dengan sasaran sebanyak £1,000 (RM5,300).
Tahniah diucapkan buat pelakon Syima Anuar yang selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada Rabu lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami Syima, Mohd Solih Toha.
Syima yang melahirkan bayi lelaki dikhabarkan kini berada dalam keadaan baik dan sihat bersama bayinya.
“Alhamdulillah Shima telah selamat melahirkan bayi lelaki kami pada hari Rabu, pukul 4 petang secara pembedahan.
“Bayi dan Shima berada dalam keadaan sihat dan inshallah kedua-duanya boleh keluar wad hari ini,” kongsinya.
Berkongsi kisah kelahiran itu, anak pertama mereka, Sophea antara insan yang paling gembira dan teruja menerima adik lelaki kerana mahu menjadi puteri tunggal dalam keluarga mereka.
“Sebenarnya seluruh keluarga memang mahukan bayi lelaki. Anak pertama dan kedua pun nakkan adik lelaki.
“Si kakak pula nak bayi lelaki sebab kata dia mahu jadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” kongsinya.
Terdahulu, Syima mendirikan rumah tangga bersama suaminya Mohd Solih Toha pada April 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Bisphenol A ataupun BPA adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat dan resin epoksi sejak lebih 40 tahun yang lalu. Plastik polikarbonat digunakan dalam pembuatan bekas makanan termasuk botol susu agar ia keras dan lutsinar manakala resin pula digunakan untuk menyalut bekas besi seperti tin makanan termasuk tin susu formula, penutup botol dan paip air, bagi mengelakkan karat dan meningkatkan jangka hayat makanan di dalam tin itu.
Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya ke atas haiwan, ia telah mendapati bahawa pendedahan kepada BPA dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan-terutamanya pada perkembangan otak, sistem reproduktif dan juga menyebabkan barah. Kesannya bukan setakat kepada kanak-kanak kecil, malah kepada bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
Susulan daripada penerbitan kajian-kajian itu, pada tahun 2012, Food and Drug Administration (FDA) telah mengharamkan penggunaan BPA di dalam pengeluaran botol susu bayi. Pada bulan Julai 2013, FDA pula mengharamkan penggunaan BPA pada tin susu formula. Sejak daripada itu, banyak syarikat-syarikat pengeluaran barangan bayi juga telah memberhentikan penggunaan BPA di dalam pengeluaran produk mereka seperti cawan minuman ataupun sippy cup.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat (PC) yang mengandung BPA mulai 1 Mac 2012.
Maksud ‘BPA free’
Botol susu ‘BPA free’ adalah botol susu yang bebas dari BPA dan diperbuat daripada bahan plastik selain dari PC seperti Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), Polyphenylsulfone (PPSU) dan juga kaca.
Botol susu bebas BPA biasanya boleh dikenalpasti melalui:
Botol susu kaca adalah yang terbaik kerana ia dapat menahan suhu yang panas, lutsinar dan tidak akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan walaupun dipanaskan. Walaupun botol susu kaca tidak praktikal kerana berat dan mudah pecah, ia boleh bertahan seumur hidup sekiranya dijaga, disimpan dan dibasuh dengan rapi.
Jenis produk yang sering mengandungi BPA selain botol susu bayi.
Selain daripada botol susu bayi, BPA juga boleh terkandung di dalam produk lain seperti peralatan sukan (topi keledar, goggle), botol air plastik, peralatan perubatan (kateter, tiub, pengedap gigi ataupun dental sealant) dan juga lapisan dalam tin makanan dan minuman. Peralatan bayi dan kanak-kanak seperti cawan minuman (sippy cup), tin susu formula, plastik pemegang pada puting tiruan dan permainan pun boleh mengandungi BPA.
Penggunaan BPA pada botol susu telah diharamkan pada tahun 2012, jadi, botol susu lama yang dikeluarkan sebelum tahun 2012 juga mungkin mengandungi BPA.
Bagaimana BPA boleh masuk ke dalam tubuh manusia, apakah kesannya?
Punca utama pendedahan kepada BPA adalah melalui pemakanan and minuman.
Kadar BPA yang larut keluar dari plastik adalah lebih tinggi jika suhu adalah panas, contohnya apabila makanan dalam bekas plastik atau susu di dalam botol susu dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Kajian yang dijalankan di University of Cincinnati menunjukkan BPA boleh larut keluar sebanyak 55 kali ganda lebih cepat apabila bekas dipanaskan. Kandungan BPA yang larut keluar juga bergantung kepada jenis makanan (lebih pada makanan berlemak, masin atau berasid) dan jangkamasa kontak makanan kepada bekas itu.
Apa yang mengejutkan adalah berdasarkan kajian oleh CDC, pengambilan BPA yang tertinggi adalah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ini adalah membimbangkan kerana di peringkat awal usia, organ kanak-kanak sedang berkembang dan kesan yang buruk boleh memberi komplikasi jangka masa panjang kepada mereka. Badan kanak-kanak juga kurang efisien untuk menghapuskan bahan-bahan merbahaya dari sistem badan mereka.
Apakah kesan BPA terhadap tubuh manusia?
Cara kurangkan pendedahan pada BPA
Mungkin kita rasa sukar atau tidak mampu untuk mengelak dari pengambilan BPA secara sepenuhnya kerana banyak produk yang mengandungi BPA. Akan tetapi, kita boleh mempraktikkan beberapa langkah yang disyorkan oleh FDA bagi mengurangkan pendedahan sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil, ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu badan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 perkara suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin supaya tidak timbul salah faham terutama yang baru pertama kali mendapat cahayamata.
Fasa kehamilan dan kelahiran merupakan satu pengalaman baru dan berbeza antara setiap individu. Jadi, bagi pasangan yang bakal bergelar ibu bapa, bukan wanita sahaja yang perlu belajar persediaan bergelar ibu tetapi bakal ayah juga kena memahami perubahan fisiologi isteri yang bakal bergelar ibu.
Dr Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik yang suka tulis ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak-kanak di twitternya ada berkongsi tentang beberapa perkara yang akan dilalui oleh wanita selepas bersalin dan perlu difahami betul-betul oleh lelaki bergelar suami dan ayah.
Saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).
• Rahim akan ambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Rahim tak terus kempis dalam masa sehari.
4. Ada darah nifas atau dipanggil Lochia.
• Berwarna merah selama 1-4 hari yang pertama.
• Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau dah ada jangkitan kuman.
5. Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis.
• Perkara ni boleh terjadi dalam masa 1-2 minggu selepas bersalin.
• Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression.
Masa berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri kita tu.
Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan lain. Pada yang bakal menimang cahaya mata, saya doakan dimudahkan urusan kalian.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.