Lazimnya selepas bersalin terdapat pelbagai amalan dilakukan untuk kembali sihat dan cantik sepenuhnya. Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri  selepas melahirkan bayi. Tempoh ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri luar dan dalaman. Ada amalan orang lama dahulu yang bagus untuk diamalkan untuk kesihatan si ibu selepas bersalin.

Ketika berpantang, semangat perlu kuat. Disiplin pun kena tinggi. Tidak boleh malas dan beralasan selalu. Setiap amalan yang disarankan untuk diikut dan selagi ia tidak memberi kesan kepada si ibu mahupun bayi, eloklah dibuat. Pa&Ma berkongsi senarai perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpantang.

Pantang Larang Ketika Berpantang Selepas Bersalin:

  1. Tidur beralas bantal

Apabila tidur tidak menggunakan bantal, akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ia mungkin berlaku disebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Manakala tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang.

Artikel Menarik: [Nak Mengandung Anak Pertama Mudah, Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak ‘Lekat’]

  1. Pelindung kaki (stoking)

Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

  1. Baju tebal

Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Elok memakai baju tebal dan berstoking serta tidur dengan udara yang cukup nyaman.  Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin.

  1. Elak duduk mencangkung

Jika ada bersalin secara normal atau pembedahan, pastikan kedudukan tubuh anda berada dalam posisi yang selama. Ia termasuk duduk, berdiri dan  cara berjalan. Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

  1. Mandi secara duduk

Mandi adalah untuk kesegaran badan. Semasa berpantang anda tetap perlu mandi. Semasa mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

IKLAN

6.Kaki rapat semasa tidur

Untuk memastikan peranakan sembuh semula, jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika anda mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Anda boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

7.Elak makan ubi-ubian

Tahukah anda bahawa makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu boleh mengganggu pencernaan dan mungkin terasa kembung dan sakit perut.  Bagi anda yang menyusukan anak tidak digalakkan menjamah hidangan ini kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

  1. Ibu jari tidak boleh terhantuk

Semasa dalam pantang, anda perlu berjalan secara perlahan. Bimbang jika ada ibu-ibu yang pantang ibu jarinya terhantuk. Ada sesetengah tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan, tambahan pula badan anda masih lemah.

IKLAN

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

  1. Pantang 100 hari

Bagi memastikan peranakan anda kembali normal anda perlu berpantang semalam 100 hari. Anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini tidak boleh  mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan anda.

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

  1. Mandi herba

Cara mandi semasa pantang juga perlu diberi perhatian. Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan mandian  ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi adalah antara bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Mandi daun herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

IKLAN
  1. Air rebusan daun sirih

Kesihatan Miss V tetap perlu dijaga semasa dalam tempoh berpantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Ia digunakan untuk  menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.

Artikel Menarik: [Lepas 60 Hari Bersalin, Masih ‘Berdarah’. Jangan Anggap Itu Nifas, Ia Mungkin Masalah Lain]

  1. Duduk bersimpuh

Tidak mengira anda bersalin secara normal atau pembedahan,  anda perlu duduk bersimpuh dan merapatkan dua belah lutut adalah baik bagi yang dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

  1. Ikan

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ikan berbisa boleh menyebabkan turun darah dan bentan. Ikan haruan pula, jika anda bersalin normal atau pembedahan, ikan haruan adalah terbaik untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Ia dapat menyembuhkan luka luar dan dalam.

  1. Sayuran

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi. Sayur pegaga ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Sayuran yang tidak dibenarkan makan ialah kangkung, petola, terung dan cili. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

  1. Bertungku

Ia adalah amalan yang baik semasa dalam pantang. Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

Berpantang Tu Untuk Rehatkan Satu Badan. Jangan Main ‘Taram’, Langgar Semua Benda!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI