Tanpa isteri yang membantu, pelakon Nadzmi Adhwa mengakui tidak mudah untuk menguruskan anaknya yang masih kecil sendirian. Isteri kesayangannya, Ardell Aryana kini berada di Sabah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan. Dan bapa penyayang inilah yang menguruskan jantung hati mereka

Tidak kekok malah semakin pandai menguruskan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa yang kini baru berusia 6 bulan.

Kata Nadzmi lagi menerusi instagramnya, pengorbanan isteri untuk membesarkan anak dan menjadi seorang ibu amatlah hebat. Bukan mudah jika dilakukan sendiri tanpa bantuan dan sokongan suami.

“Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu Anak” – Nadzmi Adhwa Akui Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri

“Berpeluh peluh macam joging nak bagi susu kat anak. Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita ja.

“Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita, tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” tulisnya di Instagram.

Malah kata Nadzmi lagi, sepanjang ketiadaan isterinya itu, anaknya amat mudah dijaga.

IKLAN

So far takde buat perangai pun” katanya lagi menjawab pertanyaan para pengikutnya di instagram.

“Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu Anak” – Nadzmi Adhwa Akui Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri

Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga sentiasa terus memberikan sokongan kepada isterinya malah menyokong kuat niat baik isteri kesayangannya itu.

Tambahnya, sebagai suami dia lebih tahu niat Ardell dan akan terus memberikan semangat.

IKLAN

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana, don’t worry about us !

“We’re fine. we always have your back! Keep helping those people in needs.

“Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda,” tulisnya lagi.

 

IKLAN

Ardell sebelum ini sememangnya diketahui sebagai insan yang cukup gemar membantu dalam misi-misi kemanusiaan dan kini Ardell berada di Sabah bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau. Semoga yang baik-baik sahaja buat Ardell di sana.

Terdahulu, Ardell mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan seorang bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa.

Artikel berkaitan:Semoga Allah Sentiasa Menjaga & Melindungimu Di Sabah, Ardell Sertai Misi Bantuan, Sebak Tinggalkan Suami & Anak!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @nadzmiadhwa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI