Penampilan sopan dan lebih manis isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia yang dilihat mula bertudung ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Video mereka sekeluarga itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan Datuk Fizz Fairuz ketika membawa anak-anak makan angin sempena minggu cuti persekolahan.
Dalam rakaman tersebut memaparkan ibu kepada empat cahaya mata perempuan ini bersama suami sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.
Apa yang mencuri tumpuan, Almy kelihatan cantik dan ayu sekali memakai tudung bawal berwarna biru gelap sambil mendukung anak keempatnya.
Menerusi ruangan komen, kebanyakannya memberi pujian terhadap penampilan terbaru Almy yang nampak semakin berseri-seri.
Ads
“Datin memang dah cantik, pakai tudung lagi bertambah ayuu❤️❤️❤️”
Sementara itu, dalam satu posting di Instagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai tudung ketika pergi mengambil anak sekolah sewaktu melakukan panggilan video bersama anaknya yang kecil.
Bagaimanapun, setakat ini Almy Nadia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan terbarunya namun ramai mendoakan semoga Almy terus istiqamah.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bukan sahaja bapanya yang begitu menggemari Dikir Barat, kini minat yang satu itu turut digemari buah hati pertama Issey, Faeeq Fathian yang kini berusia hampir satu tahun.
Menerusi Instagram, Issey memuat naik video pendek anaknya yang begitu teruja malah menggerak-gerakkan badannya setiap kali mendengar alunan Dikir Barat.
“Alkisahnya anok daddy yang minat sungguh Dikir Barat. Faeeq Fathian Bin Fazlisham (Iyyen Issey).
“Anak daddy ni minat sungguh Dikir Barat. Dia minat lagu ni jer, derita seorang ‘Megat Nordin’,” tulis Issey.
Menurut kata Issey lagi, dia pada mulanya tidak perasaan minat anaknya itu sehinggalah dia terniat untuk memasangnya semula dan melihat reaksi anaknya.
“Sebab daddy kan kat rumah selalu bukak lagu ni. Satu hari kita test, masa Iyyen baru bangun tidur.
“Dengar je lagu ni terus menjerit happy. Inilah dia anok daddy, Iyyen Issey,” kongsi Issey lagi.
Paling menarik, Iyyen bukan sahaja berlenggok sebaik mendengar muzik bahkan turut menjerit keriangan biarpun baru bangun dari tidur. Memang teruja macam daddy.
Terdahulu, Issey pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.
Makin aktif dan tak duduk diam
Menurut kata Issey, anaknya Iyyen yang kini berusia hampir satu tahun itu cukup aktif dan paling sukar untuk diajak bergambar.
“Susah betul nak bergambar dengan dia. Sedar tak sedar, nak dekat setahun dah anak merdeka daddy. Aishh. Sudah betul nak duduk diam. – iyyen issey,” kongsi Issey melalui entri berlainan.
Dalam pada itu, gaya comel Iyyen turut mendapat perhatian wargamaya. Malah ramai menyifatkan bakat seni itu turut bakal diwarisi anak kecilnya.
Terdahulu, Faeeq Fathian Bin Fazlisham atau Iyyen Issey dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu dan kini berusia hampir setahun.
Kes penderaan bayi yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah meninggalkan kesan emosi mendalam kepada ramai ibu bapa. Rakaman yang tersebar luas itu mengundang kemarahan serta kebimbangan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa mengamanahkan anak kecil mereka kepada pengasuh demi kelangsungan hidup.
Turut terkesan dengan kejadian tersebut, pelakon Datin Intan Najuwa tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai tanggungjawab dan tahap kesihatan mental individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh, khususnya mereka yang menjaga bayi dan kanak-kanak kecil.
Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegaskan bahawa setiap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh perlu memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum memikul amanah besar menjaga anak-anak orang lain.
Menurutnya, bayi adalah golongan paling lemah kerana belum mampu bersuara atau mempertahankan diri, sekali gus menjadikan empati dan kawalan emosi sebagai keperluan asas dalam profesion tersebut.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menasihatkan individu yang tidak mampu mengawal emosi agar mencari pekerjaan lain demi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.
Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya.
Kenyataan tersebut jelas mencerminkan kebimbangan terhadap keselamatan bayi-bayi kecil yang sepenuhnya bergantung kepada ihsan dan tanggungjawab orang dewasa.
Intan turut meluahkan kemarahan terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mengasari bayi berkenaan. Walaupun kes penderaan bayi ini tidak melibatkan anaknya sendiri, Intan mengakui emosinya sangat terganggu sebagai seorang wanita dan bakal ibu.
“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.
Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini,” luahnya dengan penuh emosi.
Kemarahan itu menggambarkan perasaan ramai ibu bapa yang merasakan bayi tidak sepatutnya menjadi mangsa kegagalan emosi dan sikap tidak berperikemanusiaan individu dewasa.
Dalam masa sama, Intan berharap pihak berkuasa tidak memandang ringan isu ini dan memastikan pelaku kes penderaan bayi menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.
“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” tambahnya lagi.
Lebih menyentuh hati, Intan turut mempertahankan golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja dan kehidupan.
“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.
Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.
Luahan ini mencerminkan realiti ramai ibu dan bapa di luar sana yang terpaksa membuat keputusan berat demi kelangsungan hidup keluarga.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Suspek, seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Kes penderaan bayi ini sekali lagi menjadi peringatan besar bahawa keselamatan anak-anak bukan perkara remeh dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila melihat anak kecil terbaring tidak berdaya di katil hospital, bertarung nyawa selepas insiden tragis. Begitulah perasaan pasangan suami isteri, Muhammad Badrul Remli, 31, dan Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, apabila anak sulung mereka, Muhammad Ammar, 7, masih dalam keadaan kritikal selepas dipukul dengan tukul dalam kejadian menyayat hati di Pasar Jelawat, minggu lalu.
Lebih meruntun jiwa, jantung Ammar terhenti selama 14 minit pada pagi Selasa sebelum berjaya dihidupkan semula oleh pasukan perubatan. “Saya hilang kata-kata, jantung ‘Abe’ terhenti selama 14 minit pagi tadi,” luah Badrul yang mesra memanggil anaknya dengan gelaran Abe.
Dalam keadaan sebak, Badrul merayu orang ramai agar mendoakan kesembuhan Ammar serta mengadakan solat hajat. “Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi media.
Ibu Ammar, Nur Ayuni, pula mengakui setiap hari yang dilalui amat perit. Sejak enam hari lalu, Ammar masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Saya masih menunggu keputusan doktor yang merawat dan buat masa ini keadaan anak masih kritikal,” katanya sambil menitipkan harapan agar anaknya kuat melawan ujian ini.
Akibat kejadian itu, Ammar menerima lebih 50 jahitan, retak di beberapa bahagian tempurung kepala, otak bengkak dan luka serius lain. Insiden dipercayai berpunca daripada serangan oleh bapa saudaranya sendiri yang kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Kini, keluarga kecil ini benar-benar memerlukan doa seluruh masyarakat agar Ammar kembali pulih. Pihak keluarga juga memohon ruang peribadi untuk mereka menghadapi detik getir ini tanpa tekanan daripada luar.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ammar, memberi kekuatan kepada ibu bapanya, dan meringankan ujian berat yang sedang ditanggung. Ayuh sama-sama kita titipkan doa agar adik kecil ini bangkit semula dengan penuh kekuatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Intan Najuwa hamil hampir 36 minggu dan berkongsi cabaran trimester ketiga termasuk Braxton Hicks yang semakin kuat serta kesukaran tidur menjelang kelahiran anak kedua.