Pasti ramai ibu yang menyangkakan tak perlu nak membersihkan mulut bayi selagi mereka belum makan kan? Tapi sebenarnya kita dah mula seawal mungkin dan tak perlu nak tunggu anak dah makan atau tumbuh gigi.
Dari awal dah mula lagi baik untuk bayi itu sendiri supaya terbiasa dan tak sukar untuk ajar berus gigi. Kadang-kadang ada anak yang susah berus gigi ni mereka langsung tak nak buka mulut sehingga buatkan ibu jadi malas nak gosok gigi dan akhir sekali biar macam tu je.
Persoalannya bila nak mula bersihkan mulut bayi? Macam mana nak mulakan?
Ads
Menurut Doktor Gigi, Dr Izaza Mohd Zan, membersihkan mulut bayi yang baru lahir boleh dimulakan dengan menggunakan kain basah.
Kain paling best guna adalah kain “GoodMorning” sebab nipis dan tak berbulu. Kalau nak best lagi, guna gauze atau kain kasa atau kain lampin yang bersih.
Ads
Kain yang dah basah tadi, balut jari telunjuk dan gunakan jari telunjuk untuk bersihkan bahagian dalam mulut perlahan-lahan.
Bersihkan mulut setiap kali lepas menyusu atau sekali sehari setiap pagi. Bersihkan atas gusi, bawah lidah, atas lidah dan sekitar lelangit serta sekitar dalam mulut.
Ads
Kenapa kena bersihkan? Untuk elak susu melekat dalam mulut dan elak jangkitan kulat atau fungus dalam mulut bayi.
Bila masuk usia 4 bulan bayi dah kurang nak menyusu, keadaan ini tentunya buatkan ibu berasa gusar. Bimbang bayi tidak cukup nutrisi untuk membesar atau mungkin keadaan kesihatan anak yang kurang baik.
Baru sahaja nak dapat rentak menyusu yang baik untuk anak, tiba-tiba anak seakan menolak untuk menyusu, pastinya persoalan seperti cukup ke susu untuk anak, kena beri susu tambahan atau tidak dan sebagainya.
Ibu sebenarnya tak perlu risau bila anak berusia 4 bulan kurang menyusu kerana menurut Pakar Pediatrik, Sunway Specialist Centre Damansara Hospital itu merupakan fasa perkembangan bayi mama.
justeru itu, mama boleh cuba apa yang Dr Tengku Puteri sarankan bila bayi mula kurang menyusu!
KENAPA BAYI MASUK 4 BULAN KURANG MENYUSU?
Ini fasa yang biasa dilalui oleh ibu.
Rasa macam baru sahaja nak dapat rentak untuk menyusu dengan baik, tiba-tiba, bayi macam kurang menyusu pulak.
Waktu ni, bayi suka tengok sekeliling ataupun senyum bila menyusu, dan menyusu sekejap sekejap saja-biasanya waktu siang.
Pasti risau adakah cukup susu untuk bayi ni?
Perlu bagi susu tambahan ke?
Perlu bagi makan ke? Air liur pun banyak meleleh ni…
Ini adalah satu fasa PERKEMBANGAn bayi.
Boleh cuba:
✅ Beri penyusuan di bilik dengan lampu yang malap untuk mengurangkan gangguan daripada sekeliling.
✅ Pasang alunan muzik atau zikir untuk menenangkan bayi.
✅ Guna nursing sling atau nursing cover apabila memberi penyusuan ibu.
✅ Fokus untuk beri penyusuan lebih pada waktu malam, dan juga apabila bayi sedang mengantuk sebelum tidur.
‼️ Jangan putus asa ya! Kita ikhtiar untuk cari jalan penyelesaian dan mudahan penyusuan dapat diteruskan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak mencuci & mensterilkan peralatan makan minum anak & pemerahan susu ibu dengan betul boleh jadi punca bayi selalu jatuh sakit. Mama papa tolong jangan skip langkah ini, ia sangat mustahak!
Tata cara mencuci memainkan peranan penting dalam tahap kebersihan perkakas penyusuan si manja. Kesilapan mencuci peralatan penyusuan boleh menyebabkan ia kurang bersih dan membiakkan pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit seperti keracunan, cirit birit sebagainya.
Pensterilan juga perlu dilakukan sebagai cara menyahkuman. Mensterilkan peralatan penyusuan boleh dilakukan menggunakan pelbagai kaedah seperti merebus, menggunakan pensteril elektrik, bekas pensteril yang menggunakan ketuhar gelombang mikro, pensteril tanpa air dan sebagainya.
Susu ibu lazimnya meninggalkan kesan berminyak manakala susu formula pula meninggalkan kesan dan bau masam sekiranya tidak dibersihkan segera. Bukan sahaja botol susu, bahagian breast shield pam payudara, milk collector, nipple shield, cawan, mangkuk, sudu dan puting (pacifier) juga perlu disterilkan.
Bagi anda yang mempunyai bayi bawah 12 bulan, steril semula peralatan jika tidak digunakan selepas 24 jam untuk mengelakkan recontamination.
LANGKAH PENSTERILAN SANGAT PENTING
Peralatan penyusuan bayi yang berusia di bawah 12 bulan perlu dinyahkuman atau disterilkan. Ini kerana sistem keimunan mereka masih lemah. Maka, langkah pencucian rapi dan pensterilan boleh merendahkan risiko jangkitan dan penyakit kepada si manja. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bakteria seperti E. sakazakii boleh berkembang biak sekiranya langkah ini diabaikan.
Permukaan peralatan penyusuan yang selalunya melibatkan puting, botol, dan gegelang. Bahagian ini perlu dipastikan bersih dan steril sebelum diberikan kepada bayi. Ibu bapa perlu mengelakkan daripada cuai dalam melakukan langkah ini untuk mengelakkan bayi daripada terkena cirit birit dan muntah akibat keracunan.
8 INFO STERIL BOTOL ANAK
Tonton video ini untuk rujukan cara betul cuci peralatan botol susu anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baby walau pun masih kecil tapi dah faham. Walau pun begitu, elakkan mengugut supaya dia ikut arahan! Buat ini kalau nak dia belajar behave.
BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN
Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.
Menurut Dr Richard Woolfson, mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain. Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!
Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’ pada reaksi negatifnya.
BUKAN MEMAKSA TETAPI MENGAJAR
Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.
Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.
5 TIP MENDISIPLINKAN BAYI DARI AWAL
#1 SABAR & TENANG
Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.
#2 TERANGKAN PERATURAN
Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.
#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL
Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.
#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF
Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.
#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL
Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.
MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA
Corak didikan demokrasi yang lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!
Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!