Nampaknya gayanya akan bertambah geng Aafiyah dan Azzahra nak bermain di rumah manakala Arif Jiwa sekarang ni adalah satu-satunya cucu lelaki Datuk Siti dan Datuk K.
Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.
Sumber: BH & ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Komplikasi ketika kehamilan boleh berlaku. Uri lekang antara yang boleh berlaku. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, ibu ini reda satu-satunya anak perempuan pergi saat belum dilahirkan.
Mengalami kencing manis semasa hamil, sejarah kanser semasa mengandung dan pernah mengalami kematian bayi dalam kandungan semasa anak pertama, ibu ini reda kehilangan anak ketiganya kerana uri lekang.
SEPATUTNYA BERSALIN 9 OGOS 2019
Tarikh jangkaan bersalin sepatutnya pada 9 Ogos namun Allah terlebih dahulu menjemput si kecil yang dinanti-nantikan disebabkan oleh uri lekang. Ibu ini ketika dihubungi Pa&Ma turut ekoran daripa sejarah perubatan iaitu kanser dan kematian bayi dalam kandungan, dia perlu dipantau oleh pakar di beberapa buah hospital di negerinya dan di ibu kota.
Bagaimana pun pemeriksaaan pada 3 Julai, beberapa hari sebelum tarikh uri lekang ujian imbasan tidak menunjukkan sebarang masalag. Uri juga dalam keadaan normal.
Dues date Qaseh 9.8 tapi doktor sarankan bersalin awal 37 weeks sebab ibu alami kencing manis semasa hamil dengan kawalan diet, kanser (2 tahun lepas) dan sejarah bayi meninggal dalam perut.
Tapi Allah sebaik-baik perancang. Qaseh keluar awal 6 Julai tapi Qaseh tidak dapat diselamatkan sebab uri lekang dari rahim. Ibu ingat lagui, waktu tu pukul 4.30 pagi Qaseh mengeras macam biasa. Pukul 8.30 pagi ibu rasa lagi Qaseh bergerak.
PERUT MENGERAS
9.00 pagi: Perut ibu start mengeras lagi. Ibu sempat lagi check jantung pakai Doppler yang ibu beli. Still dengar lagi jantung anak ibu.
9.30 pagi: Lepas breakfast ibu ajak ayah pergi hospital sebab Qaseh asyik mengeras tak berhenti. Dalam kereta tu sakitnya Allah saje yang tau. Sampai kat hospital 2 orang nurse check dia tak dengar jntung Qaseh.
IBU RASA TAK PERCAYA DOKTOR TAK JUMPA DEGUPAN JANTUNG QASEH
Ibu tak percaya sebab ibu baru lepas check. Then doktor pulak yg check. Lama.. Ibu tanya doktor, tak jumpa degupan jntung anak saya ke.
Doktor cakap macam tak jumpa, dia panggil doktor yang lain. Time tu ibu dah redha nak. Sikit air mata pun tak mengalir. Kali ni ibu dah semakin kuat.
RUANG ANTARA URI & DINDING RAHIM, KAMU TAK DAPAT OKSIGEN!
Sampailah doktor pakar sahkan dan cakap ada gap (ruang) antara uri dan dinding rahim yang menyebabkan baby tak mendapat oksigen.
AIR KETUBAN PENUH DARAH
Doktor terus pecahkan air ketuban, tengok dah penuh darah. Doktor terus emergency ceaser takut effect kat ibu. Rupanya uri dah pecah dalam. Masa doktor panggil ayah bagitahu benda sebenar sebelum tolak operation room, ibu senyum kat ayah.
AYAH KATA “REDA, 2 ORANG ANAK KITA DAH ADA TEMPAT DI SYURGA”
Takpe, ibu ingat lagi kata ayah masa ank first dulu, “Reda..Anak kita dah ada tempatnya di syurga.”
Esoknya baru ibu jumpa Qaseh. Ibu senyum tengok Qaseh.. Ibu dengan ayah reda sayang. Pergilah berrmain dengan abang kamu, Ammar Rizqi teman ibu dengan ayah kat sini. Qaseh tetap ank ibu ayah no 3.
Ibu tabah ini juga berkongsi pertama dan ketiganya sudah pun berada di syurga.
Anak first Muhammad Ammar Qaid meninggal dalam perut 38 weeks. Doktor tidak dapat kesan puncanya.
Anak kedua Muhammad ammar Rizqi time tu ibu disahkan kanser payudara tahap 2-3. Pada masa itu ibu lalui kimoterapi masa hamil. Dr sarankan ibu untuk gugurkn sebab nak teruskan rawatan, tapi ibu teruskan kandungan dan Alhamdullilah Ammar jadi peneman ibu ayah sampai sekarang.
Anak ketiga Qaseh Dhia Mikayla, meninggal dalam kandungan pada 35 weeks, anak yang sangat baik.
REDALAH, SEMUA INI PEMBERIAN ALLAH
Ibu ini sempat memberikan pesanan buat ibu hamil lain untuk bersangka baik dengan setiap ujian Allah.
“Pesanan saya untuk semua ibu-ibu terutama yang ada anak syurga or anak yang tidak sihat, redalah kerana tu semua pemberian dari Allah.
“Setiap apa yang brlaku ada hikmahnya. D saat kita sdih, masih ada lagi insan yang banyak ujian berbanding kita. Bersyukur dan reda, dengan tiap apa yang berlaku. In syaa Allah ada ganjarannya nanti.”
Ibu yang pernah mengalami keguguran, perit jika teringat kembali momen hamil tetapi kemudian disahkan kandungan itu tidak dapat diselamatkan. Keguguran boleh terjadi kerana pelbagai faktor. Hamil pada lewat usia adalah salah satu daripadanya.
Pun begitu, jika anda masih merancang untuk hamil pada usia-usia tertentu, dapatkan nasihat dari doktor. Jika tahap kesihatan mengizinkan, hamil bukan satu masalah.
Di dalam perkongsiannya melalui laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abd Razak ada berkongsi sedikit info berkaitan keguguran yang berulang.
15 Oktober – Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages)
Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan (10-20%)
Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan (1-2%)
Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.
Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.
Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan:
✅UMUR Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.
✅ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS) APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
✅FAKTOR GENETIK 2-5 dalam 100 pasangan (2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan warisan dari ayah ibu). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menunjukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.
✅PANGKAL RAHIM YANG LEMAH Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun
✅PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.
✅JANGKITAN KUMAN Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.
✅BENTUK RAHIM Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran
✅KENCING MANIS & MASALAH TIROID Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.
✅FAKTOR IMUN (Immune Factors) Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
✅Berat badan berlebihan
✅Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.
❗️Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.
Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :
⭐️Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.
⭐️Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman
Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.
Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes (75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.
Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.
Allah ada perancangan yg lebih baik 💪
Bagi ibu yang mungkin mahu hamil semula selepas mengalami keguguran, fahami penulisan Dr Muhammad Izzat ini. Semoga ia membantu dan dapat memberi penerangan lanjut tentang topik ini pada anda.
Sejak kebelakangan ini, ujian imbasan 3D dan 4D semakin popular di kalangan ibu hamil. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi moden yang semakin canggih, bukan sahaja jantina anak dapat diketahui dengan mudah, bahkan rupa parasnya juga dapat dilihat dengan lebih jelas. Malah, apa sahaja yang berkaitan dengan fizikal anak dapat diketahui sejak dalam kandungan lagi.
Menurut Dr Suraya Sulaiman Khan, sonografer di Pusat Ultrasound Sonoworld Centre, Ampang, ibu di zaman sekarang agak beruntung dengan adanya teknologi ujian imbasan. Menerusi imbasan 3D (tiga dimensi – gambar berwarna oren) dan 4D (empat dimensi dengan video tiga dimensi) ini, anda boleh melihat secara langsung apa yang bayi lakukan di dalam kandungan. Memang mengujakan! Lebih-lebih lagi sekiranya ia kandungan pertama anda.
Namun yang demikian, imbasan 3D dan 4D hanya boleh dilakukan ketika usia kandungan 26 minggu hingga 32 minggu. Ini kerana pada masa ini, bayi di dalam kandungan sudah matang dan besar. Jadi, pembentukan fizikal dan jantinanya boleh dilihat dengan jelas. Selain itu, pemeriksaan imbasan 3D dan 4D dipengaruhi beberapa faktor lain seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika imbasan, kandungan air ketuban dan usia kandungan.
Imbasan ultrabunyi juga dikenali sebagai imbasan ultrasound ataupun sonografiyang melibatkan pemancaran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan imej bayi dan dipantul balik. Pantulan ini kemudiannya diproses oleh mesin dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi.
Imbasan ultrabunyi dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ia berbeza dengan X-ray di mana ia menggunakan pengionan yang membahayakan manakala imbasan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Pengimejan ultrabunyi, juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrabunyi diletakkan terus pada kulit.
Pengimejan ultrabunyi merupakan ujian perubatan invasif yang membantu mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan. Ultrabunyi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Antara sebab ia penting adalah untuk:
Imbasan 2D memberi gambar dua dimensi dalam warna hitam putih. Imbasan ini juga dikenali sebagai imbasan morfologi. Paling baik dilakukan pada minggu ke-20 hingga 26 kehamilan. Ia merupakan imbasan terperinci bayi dan banyak aspek yang akan dinilai semasa proses imbasan dilakukan. Ini bagi memastikan perkembangan bayi adalah normal.
Biasanya sonografer akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma; abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing, perut, tulang belakang, anggota badan termasuk tangan dan kaki.
Imbasan ini perlu dilakukan di dalam keadaan yang baik dan memerlukan kerjasama bayi. Jika kedudukan bayi tidak menentu, anda mungkin terpaksa pulang dan datang kembali pada masa yang lain.
Setiap bayi mempunyai ciri-ciri tersendiri. Contohnya, sesetengah bayi mempunyai ukuran kepala yang lebih besar atau ukuran tulang paha yang lebih pendek. Ciri-ciri ini sering sama dengan ibu bapanya. Aspek-aspek lain yang dinilai adalah:
Imbasan 3D pula merupakan gambar statik tiga dimensi dan 4D pula merupakan rakaman video. Imbasan 3D dan 4D dianggap selamat seperti imbasan 2D kerana imej-imej yang terdiri daripada bahagian-bahagian imej dua dimensi ditukar ke dalam bentuk gambar.
Imbasan 3D dan 4D boleh memberikan lebih banyak maklumat kerana ia boleh menunjukkan lebih terperinci dari sudut yang berbeza. Pengimbasan 3D dan 4D juga berguna untuk melihat hati dan organ-organ dalaman yang lain. Sebelum 26 minggu, bayi anda mempunyai sangat sedikit lemak di bawah kulit. Jadi, tulang mukanya akan mudah dilihat dengan lebih jelas. Selepas 32 minggu, kepala bayi akan pergi jauh ke dalam pelvis dan anda mungkin tidak dapat melihat wajahnya.
Pada minggu ke-28, jika plasenta berada di hadapan rahim (anterior plasenta), anda akan melihat imej terbaik wajah bayi! Namun, kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Ia bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim. Pihak sonografer mungkin akan meminta anda untuk berjalan-jalan dahulu atau datang kembali dalam tempoh seminggu dengan harapan bayi berubah ke kedudukan yang lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!