Semalam tular kenyataan dari Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menerusi laman facebooknya memberitahu bahawa mereka tidak dapat memenuhi keperluan tinggi pengeluaran roti buat masa ini.
Hari ini pihak Gardenia memberitahu bahawa mereka akan terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber foto- web sinar Sinar: sumber foto (google)
Pengeluar roti terkemuka itu dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.
Ads
“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.
“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di customer_service@gardenia.com.my,” katanya.
Ads
Pengeluar roti itu mendedahkan dalam halaman Facebooknya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.
Ads
Dalam satu kenyataan ringkas di dalam ruangan komen halaman Facebooknya semalam, Gardenia berkata, ini adalah kerana semua kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP. – Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak setiap kali kita ke klinik yang lain atau beli sendiri ubat di farmasi, dos setiap ubat lain-lain. Sedangkan ubat yang kita minta itu adalah ubat demam untuk anak yang sama.
Ada setengah ubat tu perlu diberikan kurang dari 5ml atau lebih dari itu. Kenapa sedemikian? Ini antara persoalan yang ibu bapa tertanya-tanya.
Bagi perkongsian kali ini, anda sebagai ibu bapa akan faham pengiraan untuk setiap ubat yang betul dengan memuat naik aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol”.
(Situasi) Pada suatu malam di kaunter Farmasi Kecemasan.
A: Ni Paracetamol ya puan, untuk demam. Berikan anak puan minum 7ml, 4 Kali sehari selepas makan.
B: 7ml? (Bertanya dengan nada hairan)
A: Ya puan, 7ml kenapa ya puan?
B: Banyaknya 7ml tu? (Memberitahu dengan nada bertanya)
A: Owh! Memang kena minum 7ml puan. Kita dah kira tadi berdasarkan dose. Berat anak puan 11.2kg kan?
B: Ya, beratnya 11.2kg masa timbang tadi. Tetapi sebelum ni di klinik kat luar tak ada la di suruh minum sebanyak tu. Minum sedikit sahaja.
A: Pasal ini rupanya puan tertanya-tanya. Ok macam ni puan. Ada banyak jenama sirap Paracetamol ni. Selain tu dose sirap pun berbeza. Biasanya 120mg/5ml dan 250mg/5ml. 250mg/5ml ni dose per ml atau kepekatannya lebih tinggi, kalau guna yang ini perkiraannya memang kena minum sedikit berbanding yang 120mg/5ml. Jadi kemungkinan sebelum ni puan guna yang 250mg/ml la. (Rujuk gambar terakhir untuk variasi sirap Paracetamol).
B: Ooo.. Begitu rupanya.
A: Lagi pun kita berikan sirap Paracetamol ni berdasarkan berat anak puan. Saya dah kira balik memang betul 7ml. 15mg/kg x 11.2kg x 5ml ÷ 120mg = 7ml. Mungkin ketika ke klinik luar sebelum ni, berat anak puan berbeza dan tak seberat hari ni. Perkara ini juga boleh menjadi faktor banyak mana sirap Paracetamol perlu diberikan kepada anak puan.
B: Terima kasihlah kerana jelaskan. Terkejut sebab biasanya disuruh beri tak jauh bezanya. Kali ini agak jauh bezanya.
A: Tiada masalah puan. Baguslah bertanya apabila ada sebarang persoalan.
Muat Naik Pautan Kalkulator Sirap Paracetamol
Bagi mereka yang ingin kira sendiri berapa ml sirap Paracetamol yang sepatutnya diberikan kepada anak anda dengan mudah, boleh memuat turun aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol” yang dibangunkan oleh Nhpsawjsh Mohd Ghazali Ismail, seorang ahli farmasi serba boleh.
Dengan menggunakan aplikasi ini anda hanya perlu memasukkan nilai berat anak anda dan aplikasi ini akan memberikan jawapan berapa ml Paracetamol yang perlu diberikan kepada anak anda.
Pautan untuk memuat turun aplikasi Kalkukator Sirap Paracetamol di Google Play Store:
1. https://play.google.com/store/apps/details…
2. https://play.google.com/store/apps/details…
Boleh rujuk gambar untuk contoh jenama sirap Paracetamol lain yang berada di pasaran. Sebelah kiri 120mg/5ml dan sebelah kanan 250mg/5ml.
Ketumbuhan tumor pada Ainul Mardiah makin hari makin membesar. Bapanya cuba mendapatkan rawatan alternatif.
Bayi yang yang menderita kanser Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah, 8 bulan menjadi tular di media sejak awal bulan. Pelbagai rawatan diusahakan untuk si kecil ini dan terkini ibu bapanya cuba berusaha untuk mendapatkan daripada pakar di luar negara.
Bapa Ainul, Ahmad Saifuddin sentiasa memberikan perkembangan terkini anaknya. Dalam perkembangan terkini, bapa ini turut cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk Ainul sementara menunggu respons pakar dari luar negara
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
Saifuddin juga tidak menolak rawatan yang boleh menyembuhkan anaknya itu. Kuasa penyembuhan di tangan Allah.
“Kuasa penyembuhan adalah milik Allah. Usaha selagi mampu, tiada siapa pun yang tahu apakah jenis, rupa, kaedah penawar yang Allah mahu berikan dan tunjukkan.
“Mana tahu tiba tiba Allah izinkan sembuh walaupun dengan cuma Air mineral yang ditiupkan Al Fatihah.
“Rahsia Allah, tiada siapa tahu. Kalau Allah tidak berkehendak, tiada satu tangan pun dapat mengubah. Ilmu manusia terbatas, ilmu Allah tiada tandingannya.”
Saifuddin juga tidak memohon doa daripada semua agar Allah membuka jalan mendapatkan penawar untuk anaknya itu.
“Sebab itu Ainul sangat sangat memerlukan doa yang ikhlas dari tuan/puan yang cakna supaya Allah bukakan jalan untuk kami mencari penawarnya.
“Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang prihatin terhadap anak yang hebat ini. Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat tuan/puan semua. Amin!“
Seorang lelaki di China digelar wira selepas berjaya menyambut kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa.
Kejadian berlaku ketika Shen Dong, 31, meletakkan keretanya di seberang rumah pangsa di Tongxiang, wilayah Zhejiang.
Dia mulanya tidak sedar kanak-kanak itu terjatuh, sebaliknya nampak sesuatu seperti barang dan mendengar bunyi dentuman kuat di atas bumbung keluli.
Berikutan itu Shen berlari ke arah kanak-kanak berkenaan dan bersedia menyambutnya daripada terhempas ke atas jalan.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai tindakan pantas Shen dikeluarkan polis tempatan di Weibo, Khamis lalu.
Lapor South China Morning Post, kanak-kanak perempuan itu mengalami cedera pada paru-paru dan kakinya namun dilaporkan stabil.
Menurut Shen, dia hanya menyedari ‘benda’ yang jatuh adalah kanak-kanak selepas melihatnya terkapai-kapai ketika menghampiri tingkat satu.
Sebelum itu, dia sempat menelefon perkhidmatan kecemasan bagi memaklumkan kejadian namun mengambil tindakan segera menyambut kanak-kanak berkenaan.
“Jujurnya saya tak ingat bagaimana ia berlaku dan saya pun tak pasti sama ada tangan saya sakit atau tidak. Yang saya tahu adalah saya mahu menyambut kanak-kanak itu, mengelak dia daripada terhempas.
“Nasib baik saya sambut tepat pada masanya. Kalau tak, ia tentu lebih mengerikan,” katanya dipetik The Sun.