Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan. Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia.
Belajar menghargai setiap perkara dengan ikhlas. Itu sebaiknya. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif yang berkongsi cerita kehidupan berumah tangga.
Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.
Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang “
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.
Ads
” Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “
Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.
Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.
Ads
Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini : لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Ads
Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Happy wife, happy life” perumpaan yang sangat tepat jika ingin bahagia dalam alam rumah tangga kerana pokoknya emosi ibu atau isteri yang menentukan keharmonian dalam rumah itu sendiri.
Lelaki ini yang juga penulis keibubapaan berkongsi tanda-tanda seorang isteri yang kurang stress dalam kehidupan mereka.
5 Tanda Isteri Kurang Stress
1. Selalu tersenyum di depan suami
Isteri yang kurang stress akan membuat Microexpression pada wajahnya yang menunjukkan bahawa dia selalu tersenyum
Inilah antara rahsia bagaimana seorang wanita tu boleh kelihatan cantik di mata suaminya
2. Tak boleh berenggang dengan suami
Isteri yang kurang stress akan lebih mudah mengekspresikan rasa cinta pada pasangannya
salah satu ekspresi rasa cinta ( Expression of Love) yang paling mudah ditonjolkan adalah Physical Touch. Tu yang isteri jadi asyik nak dakap dan peluk je setiap masa
3. Kata-katanya bernada rendah
Isteri yang kurang stress akan terjaga fikirannya daripada Negative Thinking
Bila Negative Thinkingnya berkurang, Self Talk dalamannya pun akan mula menjadi positive. Bila self talk dah mula positive maka apa yang keluar daripada mulutnya pun akan menjadi positive
Inilah rahsia bagaimana seorang wanita boleh menjadi penyejuk hati si suami kerana semua yang diucapkan oleh si isteri itu tadi semuanya ucapan positif dan hati yang mendengar pun akan turut merasai positivity
4. Dia akan mudah menurut arahan
Friction will always cause resistance. bila kurang stress, maka berkuranglah juga resistance dalam hati isteri. Bila hati dah mula jernih dan kurang serabut maka mudah jinaklah hati si isteri
5. Dia jarang marah anak anak
Kebanyakan kemarahan yang dituangkan pada anak ni datangnya daripada kemarahan kepada pasangan sebenarnya
Ramai tak tahu sebab mereka sendiri pendam benda tu dan sampai masanya kemarahan yang dipendam tu tadi akan dilampias pada anak anaknya sendiri tanpa disedari
Jadi, nak bahagiakan anak anak? Cara pertama adalah bahagiakan dulu ibu kepada anak anak kita
Ingat, ibu yang bahagia akan mudah membahagiakan. Manakala, ibu yang derita dan sengsara, akan mudah melampiaskan
Sebarkan ilmu ni pada keluarga kita yang lain ya. InsyaAllah ilmu ini mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya
“Sebaik sahaja sampai, dia terus mendapatkan Ainul”. Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menceritakan kunjungan pakar bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong ke rumahnya di Melaka, baru-baru ini.
Dr Ong anak kelahiran Pulau Pinang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar bedah yang terlibat dalam menjayakan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut Ainul Mardhiah bayi yang pernah mendapat perhatian seluruh negara kerana menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Ini adalah kunjungan pertamanya selepas Ainul selamat menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu.
“Masa di United Kingdom (UK) sebelum kami pulang ke Malaysia, dia beritahu mahu menziarahi Ainul sekiranya pulang ke Malaysia. Dia beritahu nak tengok keadaan Ainul.
“Ketika dia sampai, dia terus pergi dekat Ainul. Kemudian dia check mulut Ainul secara mata kasar. Selepas pembedahan dulu, dia ada menyatakan keadaan lidah Ainul sedikit senget kerana dihimpit tumor. Dia bimbang keadaan lidah Ainul akan kekal begitu sampai bila-bila.
“Selepas diperiksa dia beritahu keadaan lidah Ainul tegak, maknanya apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku. Dia juga periksa pipi Ainul dari dalam dan menurutnya bengkak semakin surut.
“Kami nampak dia sangat terharu dan gembira melihat keadaan Ainul sekarang yang semakin pulih dan aktif, ujarnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, Dr Ong yang datang bersama isteri dan dua anaknya gembira tengok Ainul membesar dengan sihat sebab masa tiba di UK dulu, dia sedih lihat keadaan Ainul yang ada ketumbuhan, saiz badan pun kecil dan paling sedih apabila teringatkan anak bongsunya yang sebaya dengan Ainul.
“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Ong kerana sudi datang ke Melaka. Jauh dia memandu dari Kuala Lumpur ke sini. Kami terharu dia sudi melawat Ainul walaupun tugasnya terhadap Ainul sudah selesai.
“Bila dia datang, tak rasa seperti seorang doktor yang melawat pun..tapi macam saudara mara saja,” katanya.
Berkongsi perkembangan terkini Ainul, sekarang dah pandai nak ajak main dan bijak membaca isyarat tertentu.
“Malah Dr Ong juga meminta kami teruskan rawatan di sini seperti temu janji dan buat pemeriksaan berkala. Ainul perlu lakukan pemeriksaan ujian darah yang dinamakan Alpha Fetoprotein (AFP) setiap bulan.
“Sehingga kini, alhamdulillah keputusan normal. Kali terakhir melakukan MRI pula keputusannya memang clear dan tidak ada apa yang meragukan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Safiuddin tak putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan Ainul sehinga dia sihat dan pulih. Terima kasih juga kepada Dr Ong, Dr Amalina Che Bakri dan semua doktor termasuk doktor yang mengiringi Ainul ke UK.
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Macam mana nak bahagia rumah tangga? Macam mana nak anak-anak dengar kata, baik soleh dan solehah?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.