“Bertuahnya Anak Syurga Ini, Dimakamkan Dekat Dengan Makam Rasulullah” Umrah Dengan Keluarga, Anak 4 Tahun Meninggal Di Madinah

Share

Ajal maut tiada siapa yang tahu bilakah tertulis pemergian itu. Pada awalnya anak kecil ini demam panas dan disahkan terkena jangkitan kuman ketika berada di Madinah untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

Namun Allah lebih menyayangi anak yang baru berusia 4 tahun ini, adik Nur Alesha Ammara akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 februari lalu di Madinah.

Bertuahnya Anak Syurga ini.

Adik Nur Alesha Ammara, 4 tahun. Meninggal kerana demam panas dan jangkitan kuman.
Allah lebih sayang dan rindu dengan adik. Semoga adik sentiasa tenang disana.

Di Solatkan dan di doakan oleh ribuan jemaah di Masjid Nabawi.
Di makamkan di Jannatul Baqi’, dekat dengan Ahli Bait Baginda Rasulullah, bahkan hanya berjarak beberapa Meter dengan Makam Baginda Rasulullah bersama sahabat Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayyidina Umar Al Khattab

Sewaktu hayat Baginda Rasulullah sering menziarahi Perkuburan Baqi’, Baginda juga sering mendoakan para penghuni pekuburan al-Baqi’. Aisyah radhiallahu ‘anhaa berkata :

“Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika menginap di tempat Aisyah maka Nabi shallallahu álaihi wasallam keluar di akhir malam ke pekuburan al-Baqi’ lalu baginda berkata, “Keselamatan atas kalian para penghuni tempat tinggal kaum mukminin, telah datang kepada kalian apa yang kalian dijanjikan, kamipun akan seperti kalian hanya saja untuk kami ditunda hingga kemudian hari, dan kami insyaa Allah sungguh akan menyusul kalian. Ya Allah berilah ampunanMu kepada penghuni kuburan Baqi’ al-Ghorqod”
(HR Muslim no 974)

Setiap hari, ratusan bahkan ribuan umat islam akan berebut2 masuk ke Baqi’ untuk mendoakan ahli Baqi’.

Tiap hari Alesha akan didoakan.
Tiap hari Alesha akan di ziarahi jemaah yg datang dari seluruh penjuru dunia.
MasyaAllah benar2 kematian yang sangat di cemburui.
Benar2 Anak Syurga yang terpilih.

Berbahagialah dan bergembiralah di sana sayang, bermain dan berlari2lah bersama Wildan Syurga yang lain. Nantikan orgtuamu di pintu syurga ya. InsyaAllah kami juga bakal menyusulmu 😢

Nur Alesha Ammara Binti Mohamad Amirul
4 Feb 2019 – 14 Feb 2023 

Kredit: muhddhuha02

https://www.youtube.com/watch?v=DIKU6Lp2OgM&t=637s 

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran

IKLAN