Bertuahnya Siti Aafiyah, Kali Pertama Sambut Raya Terus Dapat Beraya Dengan Perdana Menteri Tun M

Share

Baru pertama kali sambut raya, Siti Aafiyah puteri sulung kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza terus dapat beraya dengan Perdana Menteri Malaysia Tun M.

Dalam keterujaan pertama kali menyambut Aidil Fitri bersama anak tersayang, Siti memuat naik gambar dia dan Aafiyah berpeluang menziarahi pemimpin yang sangat dikagumi tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir di kediaman Perdana Menteri Malaysia ke-7 tersebut.

Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini @chedetofficial

Nampaknya selain daripada bahagia kerana dapat menyambut hari raya dengan gelaran ibu, Siti juga bertuah kerana berpeluang berkunjung ke rumah pemimpin yang sangat disanjungi.

Memang bertuah dua beranak ini!

Selain daripada suaminya Datuk K, kunjungan raya tersebut turut disertai oleh dua anak tirinya dan menantu Siti pelakon jelita Izara Aisyah.

Tuah yang diperolehi oleh Comel Pipi Merah ini bukan semua orang berpeluang merasainya. Dalam usia tiga bulan, Aafiyah beruntung kerana dapat berkunjung menziarahi rumah pemimpin negara yang paling dikagumi rakyat Malaysia.

Rata-rata netizen menyatakan betapa bertuah dan beruntungnya Aafiyah kerana dapat jumpa Tun M.

Sumber: Instagram ctdk

IKLAN