Syukur la sebanyaknya. Bila anak suka berkepit itu tanda nama kita kuat ada di hatinya.
Tapi sayangnya.. selesa dan suka bagaimana pun anak-anak, dia tak akan berkepit lama.
Sampai masa bila dia dah besar, dia dah mula ada ramai kawan, dia dah mula tahu rasa malu, dia dah mula matang & dia dah mula ada dunia sendiri.
Dia dah tak nak di layan seperti anak kecil lagi. Masa tu anak pun tak heran kita ada ke tidak. Pasti kita pula yang rindu nak anak berkepit pada kita. Pasti pun
Tidak dinafikan masakan dirumah lebih terjamin kebersihan dan lebih murah kosnya berbanding makan diluar. Jika masak dirumah kandungan nutrisi lebih terjamin terutama untuk anak-anak kecil yang sedang membesar. Namun, sekali sekala makan diluar umpama berita gembira untuk ibu-ibu yang penat seharian dengan kerja rumah, yelah boleh rehat dari memasak kan?
Sebelum singgah di kedai-kedai makan, anda perlu pastikan dulu kriteria ini ada ataupun tidak, terutama yang bawa anak kecil sekali. Perut mereka amat sensitif dan tak sama dengan orang dewasa. Ikuti perkongsian Pelakon popular, Hanis Zalikha di Instagram beliau.
Makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik, tapi sekali sekala menjamu selera di luar adalah kemestian yang dapat memupuk keintiman keluarga. Bila “makan kat luar” kriteria paling penting bagi saya ialah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH.
Apatah lagi ada anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya. Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa.
Jangan tak tahu, ada cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat.
Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk dapat sijil & pelekat BeSS kena lalui pemantauan yang ketat – selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira.
Kalau melebihi 600 kalori, pengusaha makanan akan diberi khidmat nasihat macam mana nak kurangkannya. Ya.. sampai macam itu sekali jadi logo BeSS ni amat besar maknanya untuk kita gunapakai dalam memilih premis makanan!
Bagi para peniaga & pengusaha makanan pula, rugilah kalau anda masih tak ada pelekat BeSS yang dapat bantu pertingkatkan kepercayaan pengguna untuk memilih makanan awak ni.
Rugi sangat-sangat sebab dahlah kakitangan KKM sanggup turun padang untuk bantu anda pastikan hidangan yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan Bersih, Sihat & Selamat… ianya diberi secara PERCUMA sahaja. Dah tau ni cepat-cepatlah apply, caranya hubungi je Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM melalui laman web atau Facebook mereka: BKKMHQ.
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting. Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni.
Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak-anak juga boleh menjadikan anak-anak lebih bijak. Luangkan masa anda untuk mendidik dan mengambil tahu tentang anak-anak setiap hari.
mudah- mudahan ada kebaikan sesama kita sebagai ibu bapa. Aameen.
Sedikit petua untuk rapatkan hubungan dengan anak yang masih kecil.
1) Makan bersuap
Saya dan ratu hati amalkan walaupun anakanda Umar kini sudah menganjak usia 6 tahun. Bagi kami, timbul rasa kepuasan bila anak- anak disuap makan. Ada yang mengatakan, sampai bila anak hendak disuap? Biarkan mereka makan dengan sendiri. Lagi cepat mereka berdikari. Lagi cepat mereka matang. Ini jawapan saya. Anak- anak bukan selamanya kecil. Mereka akan dewasa. Lambat laun mereka tak akan pedulikan suapan tangan kita. Sambil bersuap sambil berzikir. Selagi mana suapan kita diperlukan untuk anak-anak, teruskan. PERCAYALAH, anak kita tak akan selamanya mahu di suap.
2) Baby carrier
Ada 3 biji di rumah saya. Namun, saya jarang menggunakannya. Ada yang mengatakan anak- anak akan selesa bila memakaikannya. Iya, mungkin benar. Tapi saya sendiri lebih selesa dukung anak walaupun berat anak makin bertambah. Bagi saya satu je, takpelah. Waktu ini kita bersusah payah mendukung mereka. Terasa rapat dakapan kita untuk anak- anak. Akan tiba saat jika kita panjang umur, waktu kita sudah uzur mudah- mudahan perkara yang sama akan berulang dengan anak akan dukung kita.
3) Basuh berak
Saya tak akan benarkan ratu hati saya membasuh berak anak- anak. Melainkan jika saya tiada di rumah. Anak- anak akan berlari mendapatkan saya jika mereka berak. Amalkan perkara ini. Nampak simple, tapi kesan saya dapat rasakan sekarang. Anak- anak sangat rapat dengan kita.
4) Jangan biarkan anak- anak tidur dengan jiwa yang kosong
Pastikan mereka mendapat halwa telinga yang bermanfaat. Dendangkan anak- anak dengan ayat- ayat yang melembutkan hati dan jiwa. Bukan sahaja mempercepatkan masa tidur anak- anak, tetapi untuk kesan jangka yang panjang akan merubah sikap dan perwatakan anak- anak. Pastikan Al-Fatihah (الفاتحة), surah Toha (طه), ayat Kursi dan ayat- ayat Al-Quran yang lain tidak dilupakan. Khasiatnya amat besar untuk makanan jiwa anak- anak.
Ambillah seberapa banyak masa dengan anak- anak. Di waktu mereka masih memerlukan kita. Tataplah wajah. Tenunglah mereka sepuasnya sebelum akan datang waktu mereka dewasa. Sebelum sampai masa mereka sibuk untuk mengisi keperluan duniawi mereka.
Kepada ibu dan bapa. Tak akan selamanya kita akan lelah. Anak- anak akan membesar. Berlelah- lelahlah kita untuk amanah Allah ini. Kerana tiada pengorbanan yang sia- sia disisi Allah Maha ESA.
*Saya minta maaf andai perkongsian ini ada merencatkan pembacaan sahabat. Moga apa yang baik boleh kita kongsikan bersama. Segalanya milik Allah. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Moga kita tergolong ke arah kebaikan yang berpanjangan.
Abi Umar, Al Fateh dan Anas Menyayangi untuk disayangi.
Duit raya memang sinonim dengan hari perayaan. Ianya sebagai simbol kita untuk mengembirakan hati penerima terutama kanak-kanak. Jumlahnya bukanlah ukuran kerana asas utamanya adalah hadiah dan sedekah dan pemberian duit raya bukanlah sesuatu yang diwajibkan.
Tolong ubah niat kita bagi duit raya!!
Saya takut cara pemberian kita tu jadi salah kerana ia boleh jatuh “tasyabbuh” ( meniru ) dengan budaya beri ang pow masyarakat cina.
Menurut pejabat mufti wilayah persekutuan jika niat memberi duit raya tu sebagai satu sedekah ia tak menjadi masalah.
Malah banyak manfaat pada si pemberi sedekah dapat jika bersedekah di pagi raya. Antaranya:
1 – Sedekah kepada mak ayah akan mendapat tiga ganjaran besar antaranya amalan birrul walidain ( berbakti kepada mak ayah ), menjaga silaturrahim dan pahala sedekah.
2 – Amalan bersedekah sesama saudara mara, kaum kerabat dan kawan-kawan dapat menjaga silaturrahim serta mendapat pahala sedekah.
Duit boleh di cari tapi silaturrahim yang ada ni mustahil boleh di tukar ganti.
Dengan syarat:
1 – Memberi duit raya tak salah asalkan tidak sampai memaksa diri ( takalluf ) untuk memberi dengan jumlah yang besar, luar dari kemampuan.
2 – Mereka yang menerima pemberian “duit raya” ni tak boleh merungut walau berapa pun jumlahnya. Sebaliknya perlu bersyukur dan mendoakan kebaikan pada si pemberi.
3 – Sebaiknya utamakan memberi “duit raya” kepada golongan fakir, miskin, dan golongan asnaf yang lebih memerlukan. Sedekah wajib bagi golongan asnaf ialah zakat. Oleh itu, sedekah sunat patut di dahulukan kepada mereka.
4 – Elakkan mengungkit terhadap pemberian atau penerimaan duit raya sebagai contoh, “Aku bagi anak dia duit raya RM50, dia bagi anak aku RM5 je”. Tak ikhlas namanya ni!
5 – Jangan sesekali riak kerana beri duit raya besar dan jangan sesekali herdik mereka yang tak mampu beri.
Sambutan hari raya adalah hari kemenangan kita yang telah berjaya menahan lapar dahaga, serta berjaya menjinakkan hawa nafsu sepanjang bulan ramadan ini.
Semua umat islam layak menyambut hari raya ini. Baik yang miskin, kaya, tua, muda dan sebagainya.
Oleh itu, jangan sesekali kita mengukur tahap keikhlasan seseorang daripada “jumlah” duit raya yang di beri kerana setiap orang ada kemampuan berbeza.
Jangan ajar anak meminta-minta duit raya, tapi kalau di beri salam tangan dan ucap terima kasih.
Hari raya adalah tentang saling memaafkan, mengeratkan silaturrahim, budaya kunjung mengunjung, berkongsi kegembiraan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Saya rasa ini yang lebih penting!
Wallahu A’lam,
p/s : Bantu saya kongsikan post ini pada lebih ramai orang juga ya supaya lebih ramai dapat membetulkan niat memberi duit raya ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.