Bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ini sentiasa meniti dibibir dan selalu disayangi. Baru pulang dari London beberapa minggu yang lalu selepas mendapat rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200gram, perkembangan bayi ini sangat baik.
Bakal genap setahun beberapa hari lagi, Ainul Mardhiah yang kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara kelihatan semakin berisi. Kedua belah pipinya tampak tembam manakala parut luka pembedahan juga kelihatan pudar menarik perhatian warganet.
Bapanya mengkhabarkan keadaan terkini Ainul sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif. Mengenang kembali cabaran yang dilalui, setahun keluarga kecil ini keluar masuk hospital menjadikan mereka sudah terbiasa.
Selain itu, Ahmad Safiuddin meluahkan untuk melihat Ainul membesar seperti bayi normal.
Ads
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif setiap hari.
Sudah hampir setahun kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.
Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi-bayi yang lain.
InshaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami.
Sekarang ini, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu ya sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apa pun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sini Ainul.
Kita dah lalui bersama hampir setahun dah Ainul.
Ads
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah, Ainul mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan…
Warganet sentiasa memberikan sokongan kepada bapa ini. Selain tu, ramai yang geram dengan keadaan terkini Ainul yang semakin berisi.
“Comel nyer kamu wahai bidadari walid dan mama kamu..kamu sungguh kuat seperti sumayyah dan siti khadijah..besarlah menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibubapa…”-Pa’An NahRaf
“Alhamdulillah3 segak n comeii sangat Ainulmardhiah..baby luarbiasa moga membesar ainul dengan sihat dn dpermudahkan urusanmu aamiin.”-Hamidah Ibrahim
Ads
“Ainul saygg mkin demokk lahh.. ?? semogaa trusss sihat dn kuat serta mmbesar mnjd ank yg solehah.. Aamiin2.”-Siti Noor Aamiin
Tidak dinafikan, mainan amat membantu perkembangan anak dan membolehkan anak meneroka pelbagai perkara. Namun tidak dinafikan juga ada ramai ibu bapa yang jarang-jarang atau tidak suka membelikan anak mainan.
Alasannya kerana dirasakan membazir dan menyepahkan rumah. Biar macam mana sepah pun rumah, mainan yang satu ini mak ayah wajib belikan pada anak. Mengapa? Terlalu banyak manfaat dan kelebihan anak bermain dengan mainan ini, iaitu bola. Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi berkongsi kelebihan bola yang mak ayah perlu tahu.
Kalau tanya saya apa barang mainan terbaik untuk bagi anak main, the best is apa sahaja yang ada di rumah. Senduk, periuk, botol plastik, pengepit baju, pokok kat luar rumah, semuanya bagus untuk diteroka anak.
Tapi kalau ditanya alat mainan khas, BOLA adalah mainan yang paling asas perlu ada. Rumah kami ni, macam-macam jenis bola ada. Dari saiz pingpong, sampai saiz bola gymball.
Bola ni dah kira mainan wajib untuk diorang. Kira macam lifesaver. Kalau tak tau sangat nak main apa, bola nilah penyelamat.
Nak beli bola, tak perlu beli yang standard Ronaldo pakai tu. Bola RM2 di kedai berpuaka macam kedai Eco tu pun, ok sangat. Dan manfaat dia sangatlah besar.
Dari jadikan aktiviti grasp untuk baby, jadikan aktiviti tajamkan fokus pada anak-anak, sampailah menguatkan badan anak remaja. Bola ni dah dikira wajib ada di setiap rumah. Memang berkesan!
Selain boleh dimain oleh semua peringkat umur, bola juga bagus untuk membina beberapa kemahiran :
1. Kemahiran mata-tangan jadi cekap. Tangan boleh capai apa yang dilihat mata. Tidaklah menggagau bila membaca, menulis, bermain dan menguruskan diri.
2. Motor planning Anak belajar bagaimana dia nak rancang pergerakan badan dia untuk buat sesuatu. Tak adalah nampak kekok dan lembik aje.
3. Perkembangan otot. Perkembangan otot juga petanda perkembangan otak yang baik.
4. Timing & daya mengagak Anak belajar, berapa banyak daya nak dikenakan pada kaki waktu menendang dan daya yang perlu dikenakan pada tangan sewaktu membaling.
5. Tamban kejituan dan ketepatan anak Pergerakan anak nampak kemas aje. Percaya atau tidak, skil-skil ini sangat membantu anak dalam membina PENUMPUAN YANG BAIK DI DALAM KELAS.
Menggolek, Melemparkan, Menangkap, Menendang, Baling pada sasaran. Semua dengan bola je!
Malah, kita boleh berkreatif, cipta macam-macam permainan dari bola: – Asingkan bola berwarna – Jatuhkan kadbod tisu (macam main boling) – Baling bola masuk bakul – Tangkap bola dalam air guna jaring – Melukis guna bola dan macam-macam lagi idea.
Betapa. Sebijik bola beri banyak manfaat kat anak-anak. Sampai boleh bantu improve anak-anak kita punya kualiti hidup.
Ini belum sebut lagi tentang kebaikan gym ball! Orait. Selamat bermain bola dengan anak-anak!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jom baca penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak namakan anak lelaki saya dengan nama Dayyan Eijaz. Ada maksud yang tidak baik tak pada nama itu? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Soal pemberian nama anak adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh syarak. Ini kerana, penamaan nama yang baik merupakan di antara faktor dalam membentuk peribadi yang soleh pada diri seseorang itu. Berikut merupakan beberapa nas nabawi yang menunjukkan kepada hal tersebut:
Daripada Abu al-Darda’ R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948)
Hadis ini dinilai sanadnya oleh Imam al-Nawawi sebagai jayyid manakala Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub mengatakan bahawa hadis ini sebagai hasan. Maka jelas daripada teks hadis di atas menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu memperelokkan pemberian nama anak-anak serta kaum kerabatnya.
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wahb al-Jusyamiy bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berikanlah nama dengan nama para anbiya’. Dan nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Riwayat Abu Daud (4950)
Berdasarkan hadis di atas, Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub menyebutkan bahawa Bani Israil dahulu banyak menamakan anak-anak mereka dengan nama Emanuelle, dan maknanya adalah “Tuhan kami bersama dengan kami”. Oleh yang demikian itu, nama yang paling Allah S.W.T sukai adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Dari sudut seorang kanak-kanak itu, apabila dia dapat berfikir dan berakal kelak akan mengetahui bahawa dia adalah hamba kepada Allah dan Allah adalah sayyidnya dan juga maula (penolong) kepadanya. Rujuk Tuhfah al-Maudud (Hlm. 389).
Perkaitan Di Antara Nama Dan Keperibadian
Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut. Di antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub Rahimahullah dengan katanya: Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama.
Maksud Nama Dayyan Eijaz
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami nyatakan penjelasan berkenaan nama Dayyan Eijaz. Perkataan Dayyan دَيَّانُ mempunyai beberapa maksud seperti berikut:
Maksudnya: Akan dibangkitkan umat manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, tidak berkhatan, serta tidak memiliki sesuatu pun. Kemudian Allah S.W.T menyeru mereka: Aku adalah al-Malik dan Akulah al-Dayyan. Riwayat Ahmad (15612)
Manakala perkataan Eijaz إيجاز pula membawa maksud berikut:
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa penamaan anak dengan nama Dayyan Eijaz adalah dibolehkan. Ini kerana, nama tersebut tidak membawa maksud yang buruk, dan tidak juga dilarang oleh syarak selain ia turut membawa kepada maksud yang baik. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas lagi terang kepada kita dalam beragama. Ameen.
Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga.
Fizikal yang penat ditambah pula dengan mental yang letih boleh membahayakan kesihatan ibu dan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling. Isteri dan ibu perlu bertenang setiap hari, ikuti perkongsian dari Puan Umm Zainab;
Isteri dan ibu perlu bertenang, setiap hari
Ada satu kes rujukan psikiatri bagi menilai kesihatan mental seorang wanita pertengahan 30an yang menggoncang bayinya sehingga mengalami inflicted brain injury (shaken baby syndrome).
Wanita itu mendakwa mendengar suara-suara dari dalam kepalanya yang membenci diri sendiri, membenci anak-anak, membenci suami. Lama kelamaan wanita itu mulai rasa sakit kepala, teramat sangat. Dia mudah berasa marah bila mendengar suara bayi kecilnya menangis.
Hasil multiple medical screening, mengesahkan wanita itu bebas daripada sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mengakibatkan poor judgement eg:- ketumbuhan yang menekan cerebral cortex ataupun ketumbuhan di bahagian badan lain, kanser (dan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi), penyakit melibatkan gangguan hormon seperti hyperthyroidism ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol. Perbuatan yang dilakukannya hanya berpunca daripada ketidakstabilan keadaan mental.
Ini bukanlah kejadian pertama ibu mencederakan anak kerana hilang pertimbangan diri. Kejadian ini sudah kerap berlaku bahkan ada yang melibatkan kematian.
1) Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?
Kerana para isteri, para ibu ini ada sindrom kepenatan yang berterusan (constant fatigue) sebab mereka tidak ada masa untuk make sense, come to term, merasional dan mewaraskan diri sendiri. Seperti berkerja terus menerus, dalam tidurpun masih berkerja. Walaupun jasad berehat, emosi berkerja.
Ada kisah sedih tentang ibu yang bila hendak buang air di tandas rumah, terpaksa tidak tutup pintu tandas sampai batas aurat dan kesopanan kepada anak yang sudah besar hampir mumaiyiz pun diabaikan kerana anak yang kecil menangis macam kena dera kalau ibunya masuk tandas tutup pintu. Dalam hatinya ada rasa sesal dan malu, tapi apakan daya dia perlu hidup begitu sekurang-kurangnya sehingga anak kecilnya boleh menghadapi saat getir ditinggalkan di luar tandas. Inilah yang menyumbang kepada keletihan emosi ibu walaupun jasad direhatkan.
Ada juga ibu yang berkongsi kerisauan tentang berat badan makin naik, bentuk badan berubah sebab tiada masa hendak bersenam di rumah. Suaminya pula kata, “Awak buat kerja rumah itu kira macam bersenamlah”. Memanglah berpeluh turun naik tangga ke depan ke belakang menyapu, kutip baju kotor, memasak, uruskan anak tapi hormon dopamine dia gagal mewujudkan rasa teruja, excitement untuk work out sebab minda dia sudah register itu semua sebagai rutin, akibatnya penghasilan serotonin berkurang, dan tidak dapat bertindak balas sebaiknya dengan endothropin untuk beri rasa gembira dan keseronokan berkerja (working / working out as pleasureable activities).
Dia buat kerana dia sudah lali, hafal, ibaratnya kalau pejam matapun sudah tahu di mana bakul baju kotor, bekas garam gula, setting oven. Yalah, kalau ke hulu ke hilir dengan uniform dapur, mana sempat hendak excited letak yoga mat sambil berzumba mengikut rentak irama.
Bila waktu makan pula, dia makan segala macam, tidak ada portion diet, tidak ada control intake. Makan macam kerja buruh binaan sebab banyak guna tenaga untuk kerja fizikal, dalam masa yang sama mental letih juga, badan jadi lesu. Sekali lagi, sebab hormon serotonin dia kurang dan tidak berfungsi dengan baik, selera dia tiada regularity, menyebabkan dia mudah lapar, rasa sentiasa hendak mengunyah, makan banyak pun susah kenyang.
Ada ibu yang tidak sempat minum air selepas makan, langsung terlupa. 2-3 jam kemudian baru teringat. Padahal dalam masa yang sama dia sudah susukan anak dengan susu badan sehingga kenyang. Sebab dia tidak teruja dengan aktiviti yang dijalaninya, dengan hidup. Bila keterujaan tiada, dopamine kurang, serotonin level juga tidak memuaskan. Akibatnya fikiran bercelaru sehingga aktiviti ringkas seperti minum air pun boleh terlupa (more serotonin means more energy and clearer thinking as serotonin is a monoamine neurotransmitter that is thought to be responsible for the sense of well being and happiness). Ada yang pergi kedai makan hendak makan lauk pedas-pedas tapi end up order nasi goreng cina supaya boleh share dengan anak kecilnya. Makanlah apapun dia payah hendak teruja.
2) Apa yang kaum ibu ini perlukan untuk merasa lebih baik (feeling better, feeling good about herself), tidak terseksa sendirian walaupun dia tetap perlu menjalankan tugas seorang isteri dan ibu?
Masa bertenang. Sehari sekali paling kurang.
3) Bagaimana untuk memberi masa bertenang?
Masa bertenang tidak perlukan kos yang tinggi atau mewah, pergi bercuti atau melancong merata, upah pembantu rumah atau nanny dan caretaker. Masa bertenang adalah tempoh bersendiri. Walaupun dalam rumah sahaja.
Benar, ibu-ibu zaman ini memang suka kalau suami bagi voucher spa, sauna ataupun bagi cash suruh shopping atau bagi masa suruh tengok wayang tapi kalau tidak mampu semua itu baik dari segi kewangan ataupun masa (spa paling kurang 2 jam, shopping 4-5 jam, tengok wayang 3 jam – kalau ada anak kecil menyusu badan ataupun yang clingy sebab sudah terbiasa dengan ibunya sahaja, susah untuk keluar sendirian lama-lama) berilah masa isteri, ibu bertenang 15-30 minit sehari pun jadilah.
4) Ada contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk masa bertenang?
Ada. Antara caranya, bapa ambil semua anak, bawa naik kereta, sementara ibu bersendirian di rumah, tanam pokok bunga atau brisk walk, work out, jogging pusing taman. Bapa bawa anak pergi playground sementara ibu di rumah minum kopi secawan sambil makan pisang goreng. Ataupun biar isteri sendirian dalam bilik, membaca novel atau main mekap-mekap, cuba-cuba baju (ini personal choice saya)
manakala suami bawa anak ke bahagian lain rumah, buat aktiviti bersama anak-anak tanpa ibu mereka. Boleh juga biar isteri mandi dengan tenang, dia hendak scrub ke dia nak long shower ke tanpa ada anak ketuk pintu sambil jerit-jerit macam kena picit menyeru nama ibunya.
5) Ada pantang larangkah untuk masa bertenang?
Tidaklah sehingga pantang. Tapi kalau boleh janganlah pula beri alasan anak tidak biasa berenggang dengan ibunya untuk tidak beri si ibu masa bertenang. Kalau suami sudah cakap begini, beri masa bertenang 30 saat pun naluri ibu akan merasa serba salah. Golongan ibu-ibu ini memanglah dia nampak macam ada kuasa magik, bila anak nangis dia ambil, didukung, anakpun senyap. Jadi asal anak menangis sahaja, para bapa pun buat kesimpulan anak hendak ibunya. Sebenarnya tidak. Ibu ini dia refleks, dengar anak menangis meraung, dia akan angkat.
Anakpun bila sudah terbiasa bila menangis ibu dukung, pujuk, dia pun refleks – berhenti menangis bila ibu datang. Cuba kalau anak itu menangis jauh daripada ibu, si ibu tidak dengar anak menangis, ibu pun tidak akan refleks angkat anaknya, anak pun tidak akan refleks berhenti menangis bila diangkat ibunya, bapapun tidak akan nampak seolah cuma ibu yang memiliki super power untuk menghentikan tangisan anaknya. Sekali sekala dalam kehidupan anak itu dia akan belajar bahawa ada cara lain dan orang lain yang boleh menghentikan tangisannya selain daripada cara ibu, dukungan ibu, pelukan ibu.
6) Selalu dengar orang perjuangkan me time. Apa beza me time dengan masa bertenang?
Masa bertenang ini berbeza dengan masa untuk diri sendiri, me time. Jangan keliru masa bertenang dengan me time. Nanti orang kata isteri zaman sekarang asyik hendak tuntut me time sahaja seolah tidak ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Bukan. Me time itu kelapangan, bersifat ganjaran. Untuk memberi kerehatan. Masa bertenang pula adalah keperluan, bersifat hak. Untuk menata kewarasan. Untuk mewajarkan pertimbangan. Supaya para ibu tidak dihanyut emosi yang keletihan, yang menyuruh mencederakan anak, meninggikan suara kepada suami, atau mudah mengancam menuntut talak.
7) Pentingkah masa bertenang?
Penting. Macam hak asasi isteri. Berilah isteri hak dia berkadaran dengan usia, berkadaran dengan waktu, berkadaran dengan peredaran zaman. Walaupun sudah beranak pinak beberapa orang sekalipun. Dia perlu masa menata hati dan perasaan, menimbang baik buruk keputusan dan pekerjaan yang dikerjakan sehari-harian.
A contemplation of the day. Waktu muhasabah atau waktu dia boleh pilih sesuatu untuk dilakukan sambil berfikir dalam ketenangan. Waktu yang dia boleh buat revision tentang matlamat hidupnya, misalnya untuk sesetengah ibu suri rumah, tujuan asal dia berhenti kerja atau memilih untuk tidak berkerja untuk menjaga anak di rumah. Bagi ibu berkerja pula, justifikasi menghantar anak ke taska atau di bawah jagaan pengasuh. Waktu untuk dia improvisasi visi hidupnya. Ataupun masa untuk dia menghayati kekesalan sebab dia tertinggi suara pada anak atau termerungut dengan tugasnya sebagai ibu. Masa untuk dia motivate diri, kumpul semangat, cari kekuatan, reasoning kemarahan.
Para suami, sungguh tidak rugi berbuat baik kepada isteri. Isteri yang dilayan dengan baik, rumahtanggapun akan jadi baik – anak-anak terjaga baik, makan pakai keluarga dalam keadaan baik, isteri bercakap lemah lembut dengan perkataan yang baik-baik, sentiasa bermood baik, rajin menjaga bentuk badan dan kesihatan dengan baik. Sebab kehidupannya baik, menjadikan dia isteri yang baik, membentuk anak-anak yang baik, memberi manfaat kepada suami yang baik. Menghasilkan kitaran hidup yang baik-baik. Saling melengkapi dengan kebaikan.
Berbuat baiklah. Tidak kira lelaki perempuan, suami isteri, anak ibu bapa. Jadi orang baik. Layan orang dengan baik. Terutamanya orang yang baik dengan kita. Semoga baik-baik belaka hendaknya.
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.