top baby

Biasa kita lihat anak-anak lebih rapat dengan ibu. Tetapi ada kajian yang dilakukan mendapati pengaruh ayah turut memainkan peranan penting mendidik anak genius.

Bila si ayah suka mengambil tahu tentang perkembangan anaknya ia sebenarnya membantu merangsang perkembangan positif anak.

Ayah, papa, baba, walid dan banyak lagi panggilan yang cukup istimewa dari anak-anak buat bapa tersayang. Dalam membesarkan anak-anak bapa punya pengaruh yang sama pentingnya dengan ibu.

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak-anak, Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah!

Sempena Hari Bapa yang disambut semalam, seorang Pensyarah Psikologi, Akif Basri senaraikan 10 fakta tentang pengaruh seorang bapa terhadap anak-anak daripada perspekstif psikologi.

Jadi, ayah-ayah sekalian silalah ketepikan handphone sekejap. Balik dari kerja cubalah main sekejap dengan anak ya!

10 Fakta tentang Pengaruh Bapa terhadap Anak: Perspektif Psikologi

IKLAN

1. Kajian menunjukkan anak yang ada bapa yang lebih rapat dengannya sewaktu kecil menunjukkan kurang tantrum, kurang masalah disiplin dan lebih popular dan disukai di sekolah.

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak-anak, Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah!

2. Bagi latihan anak bercakap, bapa lebih berpengaruh daripada ibu dalam membantu perkembangan bahasa anak sekiranya ayah lebih banyak menggunakan perkataan (vocabulary) ketika bermain dan membacakan buku.

3. Apabila bapa lebih banyak bermain secara kasar (rough and tumble play) dengan anak, ini akan mempengaruhi mereka supaya lebih berani mengambil risiko di masa hadapan.

4. Anak yang mempunyai bapa yang menyokong transisi anak ke sekolah mempunyai hubungan yang lebih baik dengan guru dan rakan.

IKLAN

5. Mereka juga mempunyai skil sosial yang lebih baik.

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak-anak, Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah!

6. Satu fakta yang menarik juga ialah bapa yang sering bertanyakan perihal anak di sekolah boleh mengelakkan anak mendapat kemurungan.

7. Remaja perempuan yang mempunyai ayah yang lebih rapat dengannya menunjukkan risiko tingkah laku seksual serta seks pra-perkahwinan yang lebih rendah.

IKLAN

8. Sentuhan mesra seorang ayah terhadap anak perempuan mampu meningkatkan tahap keyakinan diri anak tersebut.

9. Ayah yang terlibat dalam tukar lampin, mandi & suap makan anak di samping selalu bermain dengan anak mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan anak berbanding bapa yang hanya bermain dengan anak tanpa melibatkan diri dengan tukar lampin, mandi & suap makan.

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak-anak, Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah!

10. Anak perempuan yang rapat dengan bapa menunjukkan IQ yang lebih tinggi daripada anak perempuan yang tidak rapat dengan bapa.

Tak dinafikan anak-anak ada yang rapat dengan ayah dan juga ibu. Paling penting dua figura ini mempunyai pengaruh dan peranan masing-masing dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: Akif Basri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI