Insyaallah Januari 2020! Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Faizal mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby mengikut perkiraan doktor adalah pada Januari 2020.
“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.
Ads
“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Ads
Sebelum ini, Abby ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.
Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.
Ads
“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sumber: ig jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada bulan lepas, pasangan selebriti dan pelakon Fazura dan Fattah Amin mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka di media sosial. Berita gembira itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua peminat pasangan ini.
Terbaru di laman instagram milik Fazura, pelakon Gol & Gincu ini memuat naik sekeping foto lengkap mengenakan hijab. Penampilan ayu fazura nyata mencuri perhatian ramai.
Kongsi bakal ibu ini, dia baru sahaja keluar rumah selepas sekian lama tidak keluar kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu.
Malah jelasnya lagi, dia masih belum berani dan sebolehnya tidak mahu berada di luar rumah dalam tempoh yang terlalu lama.
Sempat juga dia bertanya kepada peminat apa juadah berbuka pada hari tersebut sambil menyatakan dia dan suami menikmati nasi minyak.
“Ada ni…baru kerluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah.
“Masih tak berani dan tak mahu nak berada kat luar tu lama-lama.
“Berbuka apa kita hari ni? Kami makan Nasi Minyak dari @dcengkih_ttdi,” tulis Fazura.
Menjenguk kepada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja dengan penampilan Fazura yang kini sudah nampak baby bump. Mereka juga turut memuji penampilan pelakon jelita ini disamping mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Fazura, suami dan bayi dalam kandungan.
Jadilah macam Fazura, kekal berada di rumah dan keluar hanya ketika perlu sahaja. walaupun kita kini dalam fasa PKPB yang mempunyai sedikit kelonggaran, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memutuskan rantaian virus merbahaya ini. Stay Safe semua!
Kehadiran anak dalam rumah tangga dianggap penyeri. Ia ibarat pelengkap dalam hubungan suami isteri. Mungkin ada orang beberapa bulan kahwin terus dapat berita gembira namun bagi sesetengah pasangan pula terpaksa menunggu dari setahun ke setahun.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, apabila suaminya mendapat kejutan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung selepas suami menanti 10 tahun untuk mendapat zuriat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babycayang giftbox di laman TikToknya, wanita itu memaklumkan suami orang yang paling teruja saat dapat tahu dirinya hamil.
“Ramai salah faham sebelum ini. Sebenarnya bukan saya yang tunggu 10 tahun, tapi suami. Dan bukan juga perkahwinan kami yang dah 10 tahun.
“Before this suami pernah kahwin, dalam 10 ke 11 tahun dan tak ada zuriat. Dan jodoh mereka pun tak panjang.
“Jadi rezeki yang dapat kali ini seolah-olah sesuatu yang tak dijangka sama sekali sehingga raut wajah suami sungguh terkejut,” kongsinya.
Dalaam video itu, sebaik sahaja suaminya itu membuka kotak tersebut, dia begitu terkejut melihat isi kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan berwarna putih serta sekeping gambar ultrasound bayi.
“Seriuslah?! betul ke ni sayang?!” soal lelaki itu.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan mendapat lebih 250,000 tanda suka daripada warganet sejak dimuat naik di aplikasi itu.
Bagi mengesahkan kehamilan tersebut, lelaki itu telah membawa isterinya ke kilinik dan hasil pemeriksaan dari pihak klinik mendapati, wanita itu telah disahkan hamil anak lelaki, tiga bulan.
Terharu dengan keputusan kehamilan itu, dia telah menangis kegembiraan dan menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan khabar gembira tersebut.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu yang sangat sabar serta tabah sepanjang 10 tahun menantikan cahaya mata sulung.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan pasangan yang sedang menunggu kehadiran zuriat dalam keluarga akan dikurniakan anak soleh dan solehah.
Jadi buntu dibuatnya bila asyik berfikir hendak tambah anak. Tambah pula jarak anak pertama begitu jauh jaraknya. Lama-lama jadi stres bila memikirkannya kenapa masih tak hamil lagi.
Jangan terlalu stress dan memikirkan hendak hamil setiap masa. Inilah yang dikongsikan oleh Dr. Erna Nadia sebagai panduan untuk cepat hamil. Paling penting jangan stres!
Tips untuk mengandung yang saya bagi pada kawan saya tu memang selalu saya bagi pada pesakit pesakit yang datang klinik.
Kawan saya dah 6 tahun kahwin dan masih ttc. Dia pernah cuba iui, ivf tapi masih belum ada rezeki waktu tu. Dia tak ada sebarang masalah kesihatan, suaminya pun sama.
Nasihat yang saya bagi sangat simple:
1. Jangan stress Ini yang paling penyumbang faktor kenapa sukar hamil untuk sesetengah orang. Stress dari pelbagai sudut. Stress sebab mulut orang yang asyik tanya bila nak ada anak, stress sebab kerja, stress sebab hal hal lain.
Bila asyik tertekan, dan asyik pula ikut kalender ok waktu ni subur, kita mesti on. Pasangan pun akan jadi malas atau hubungan jadi kurang intim. Bukan tidak sayang tapi sebab stress buatkan hubungan tersebut jadi kurang ‘natural’.
Sebab itu benda pertama yang anda perlu lakukan adalah duduk diam diam dan fikir apa penyebab stress dan cuba elakkan/selesaikan.
Jangan asyik fikir mengandung. Bila asyik harap begini, memang akan bertambah stress bila setiap kali period, datang period.
Kawan saya ni, dia sebenarnya dah jadi kurang berfikir dan dia terfikir untuk ambil anak angkat tapi tak sangka Alhamdulillah ada rezeki dia dan suami.
2. Dapatkan berat badan ideal. Kawan saya berjaya dapat bmi ideal tahun lepas bulan 11. Dari bmi 29, jadi bmi 24.
Jika anda/pasangan masalah berat badan berlebihan, cuba dua dua berusaha dapatkan berat badan yang ideal dan sihat. InshaAllah mudah lekat.
3. Tukar habit jadi sihat. Saya cuma nasihat untuk dia ubah gaya hidup. Tak sangka dia betul betul buat. Jarang makan fast food dan dah banyak beriadah. Kalau tak sebelum ni, asyik nak lepak berjalan sahaja, lepas dia tanam azam untuk sihat dan kurus, dia betul betul ubah gaya hidup dia.
4. Pergi bercuti. Ini sangat jarang orang buat dengan betul. Bercuti dengan sebenar benar cuti tanpa gangguan. Kadang tu kita bercuti tapi kita sibuk dengan gajet kita, sibuk dengan dunia dunia luar selain kita dan pasangan.
Jika anda pergi bercuti bersama pasangan, make it the most romantic ever. Sebab bukan selalu kita dapat bercuti.
Masa cuti tu janganlah asyik fikir ok kali ni mesti buat betul betul supaya preggy. Hilangkan pemikiran ini. Tenangkan diri anda.
5. Buat solat taubat dan hajat Kita ni memang banyak dosa dosa yang kita sedar dan tak sedar. Mohon ampun dan maafkan sahaja sesiapa yang dah buat salah pada kita.
Ini pun salah satu sumber ketenangan dalam kita sedar tak sedar. Itu sahaja yang saya pesan pada dia.
Nasihat tambahan lagi satu ni saya pun taktahu berkesan atau tidak,‘Bersamalah’ suami waktu pagi pagi masa awal awal bangun tidur.
Waktu itu anda dan pasangan lebih rileks dan kurang tekanan di samping suasana sekeliling yang tenang. Jadi setiap kali sebelum tidur, pastikan tidur dengan hati yang tenang dan rileks juga. Tentang posisi atau apa, itu semua bergantunglah pada anda.
Saya dulu, masa nak dapat anak nombor dua (6 tahun juga tunggu), saya selalu bagi kucing jalanan makan. Setiap kali bagi makan, saya akan cakap dengan kucing tu untuk doakan saya dapat baby.
Saya rasa apa apa sahaja kebaikan yang kita buat, akan ada hati hati yang mendoakan kita, hatta haiwan sekalipun. Maka, jomlah jadi baik dan comel.
Yang penting setiap kali lepas solat, mohon sahaja doa pada Allah untuk berikan yang terbaik untuk kita. Percayalah rezeki kita belum sampai lagi sebab Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Sama ada untuk jadikan lebih baik dan lebih sabar.
Jodoh, anak, rezeki, ajal semua ini hanya Allah sahaja yang tahu. Jangan pertikaikan. Ada, bersyukur, tak ada pun perlu bersyukur.
Jika anda ada masalah yang sama, buat pemeriksaan kesihatan. Jika ada masalah, ikuti rawatan sehingga selesai. Jika tiada masalah kesihatan, cubalah tips di atas.
Yang penting, tak perlu bazir di atas sesuatu yang tidak perlu. Saya doakan semoga yang masih ttc akan rezeki mendapat cahaya mata nanti dan semoga kita semua sihat sihat dan comel comel saja🤍.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.