Kita selalu terlupa malah tidak percaya bila melebihkan isteri dan anak dalam segala hal. Hakikatnya merekalah pembawa rezeki yang terbaik untuk kita.

Perkongsian seorang suami, Raja Mursyid mengukuhkan kenyataan bahawa rezeki melimpah ruah bila melebihkan keluarga, terutama anak isteri.


Aku tak pernah percaya selama ni ayat konon nya, “Happy kan isteri, insyaAllah rezeki datang berlipat ganda”. Bagi aku semua tu merepek.

Kau dah spend, kena lah kerja keras balik. Apa yang rezeki berlipatnya? Sampai lah kejadian semalam, buka mata aku.

Wife aku dah berbulan dia nak beli kasut baru. Katanya penat kerja F&B asyik berdiri. Aku diam kan aje, sebab kasut yang sedap tu mahal. Lagi lagi yang memory foam tu. Mahu 3, 4 ratus. Tiap bangun dari tidur je mengeluh sakit kaki. Kesian tengok.

“Betullah Orang Cakap, Happy Wife, Happy Family” Berkira Nak belanja Isteri, Tak Sedar Rezeki Masuk Bertubi-Tubi!

Semalam, our first coffee pop out dekat rumah client selepas berbulan tak buat. Wife aku cuti, but dia still ikut aku untuk tolong. Jadi macam tak cuti lah dia. Berdiri lagi. Haih.

IKLAN

And aku kena lah bagi upah kan. So balik je event, kami singgah Mytown. And beli kasut. Ada sales !! Alhamdulillah (hati aku menjerit)

Jumpa memory foam tu ada dekat Bata, try punya try, sedap. Malang nya takda size. Keluar lah kami kecewa.
Dia kecewa sebab takdapat kasut. Aku kecewa sebab tak mungkin ada kasut lebih murah lepas ni.

Singgah pulak alikhsan. Alhamdulillah ada sales. Tapi harga nya tetap ratusan. Aku dah mula sayu. Tapi aku biar je lah dia try. And ada size pulak!

“Betullah Orang Cakap, Happy Wife, Happy Family” Berkira Nak belanja Isteri, Tak Sedar Rezeki Masuk Bertubi-Tubi!

IKLAN

Takpa lah. Aku fikir kan ada sikit untung tadi pop out coffee tu. Boleh lah top up dari budget sebenar aku.
Gembira lah dia keluar kedai.

Dalam hati aku, takpa lah. Bukan selalu. Untuk isteri sendiri. Biar lah dia happy. Selesai urusan, otw je pulang ke rumah. Notification ws masuk. “Nak rate untuk coffee pop out boleh?”

Aku cam, terus balas! Rezeki. (Tapi aku tak sedar apa apa lagi). Malam pun berlalu, Tiba tiba hari ni 3 notification aku dapat. 2 ws, 1ig.

Tanya pasal coffee pop out. Terus aku macam. Ya Allah, ni ke apa orang cakap. Happy kan isteri, rezeki diluaskan. So total dari semalam 4 orang tanya. 2 closed sales, 2 lagi masih kiv. Terdiam kejap aku tadi. Jadi apa yang orang tua tua cakap. Ada betul nya.
Happy wife, happy family.

IKLAN

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Kredit Raja Mursyid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI