Pening bila memikirkan anak tak gemar makan buah sebaliknya lebih suka makan jajan. Elakkan perkara macam ini berlaku pada anak kita.

Didik anak makan buah seperti mereka menikmati snek bukan jajan. Nak anak lagi gemar makan buah, mak ayah perlu mulakan jadi penggemar buah. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.

Jadikan buah sebagai sahabat baik anak-anak kita. Badan kita ni, banyak sangat dah terdedah pada persekitaran yang tak berapa elok. Radikal bebas pun banyak.

Buah salah satu sumber antioksida yang paling senang kita nak bagi anak makan, untuk kurangkan kerosakan pada badan.

Biar Buah Lagi Banyak Dari Jajan, Isi Penuh Peti Ais, Baru Anak Ulang Makan!

IKLAN

Dalam peti sejuk saya, sebolehnya saya akan pastikan ada banyak pilihan buahan-buahan untuk anak makan setiap hari.

Setiap kali bawa pulang buah dari pasaraya, saya akan rendam dulu semua buah dalam larutan garam atau cuka. Ataupun larutan pencuci buah. Rendam, gosok-gosok sikit, bilas dan keringkan air sekejap.

Saya buat begini sebab nak hilangkan sebanyak mungkin sisa-sisa racun serangga atau wax yang mungkin ada pada buah.

IKLAN

Dah selesai semuanya, baru saya masukkan dalam peti sejuk. Bila anak nak makan, diorang dah pandai bilas sendiri dan terus ngap je, tak payah beriya nak basuh dah.

Cuma kalau buah naga dan oren, tahu pulak diorang bawak tunjuk ke saya dulu mintak tolong kupaskan.

Saya kongsikan 7 tips untuk anak jadi pencinta buah, dan tak tolak apa saja jenis buah yang diberi.

Biar Buah Lagi Banyak Dari Jajan, Isi Penuh Peti Ais, Baru Anak Ulang Makan!

IKLAN

1. Ibu ayah ambil dan makan buah dulu, anak tengok dan anak akan ikut.
2. Mula dari seawal usia anak boleh makan.
3. Sediakan buah sentiasa di rumah tanpa putus bekalannya.
4. Pelbagaikan pilihan rasa buah yang ada di rumah, dari manis, tawar, masam dan lain-lain rasa.
5. Pelbagaikan pilihan warna dan bentuk buah supaya menarik minat anak untuk mencuba.
6. Elakkan simpan di rumah bekalan ultra processed food seperti jajan, roti, biskut, coklat, aiskrim dan cereal.
7. Doa sentiasa tanpa putus supaya buah jadi sahabat baik anak kita.

Biar Buah Lagi Banyak Dari Jajan, Isi Penuh Peti Ais, Baru Anak Ulang Makan!

Ini saja yang saya buat. Mula dari sekarang, biar anak ralit makan buah dan tak minta lagi jajan. Apa yang anak biasa makan di rumah, itu jugak yang dia akan makan di luar.

Kita cuba sama-sama ya, perbanyakkan pilihan buah untuk anak-anak makan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI