Mengintai Instagram instafamous, Irine Nadia terasa seperti mengimbau ke zaman kanak-kanak kita bermain. Aktiviti sukaneka yang selalu lakukan di sekolah sewaktu kecil dahulu diwujudkan oleh Irine buat anak-anaknya di rumah.
Bosan melalui PKP yang panjang, personaliti media sosial ini berusaha mencari pelbagai aktiviti untuk keempat-empat anaknya agar setiap masa mereka terisi.
Paling menarik, Irine melakukan aktiviti sukaneka di laman rumahnya yang luas. Rupanya setiap petang, inilah rutinnya bersama anak-anak.
” Aktiviti sukaneka. Beli sponge cuci pinggan. Sedia botol air kosong, isi air dalam baldi. Belikan hadiah untuk no 1, no 2, no 3, no 4.
“And saja nak bagi nampak excited sikit, ibu wrapkan semua hadiah tu & sorok dalam bilik,” kongsi Irine di kapsyennya.
Kata Irine, dek kerana sekolah dan tadika yang terpaksa di tutup sepanjang PKP ini, dia dan suami mengambil alih menjadi guru besar untuk merencana pelbagai aktiviti untuk anak-anaknya.
“Tadika tutup, ibu lah guru besar tadika dalam rumah ni. Last sekali pemenang pun macam ikut urutan adik beradik.
“No 4 dimenangi oleh Hud. No 3 dimenangi oleh Umar. No 2 dimenangi oleh Hasya dan No 1 juaraaaaa Kak Nina ! Hehe,” kongsi Irine lagi.
Ibu yang juga usahawan berjaya ini juga mahu kesemua anak-anaknya mengingati momen indah mereka bersama hingga mereka besar kelak.
Malah kata Irine lagi, walau macam mana sibuk sekali pun, dia dan suami berusaha untuk mencuri waktu buat anak-anak mereka.
Ads
“Kenangan masa kecik yang takkan boleh diulang sampai bila-bila. Biar ia jadi kenangan & lekat dalam ingatan anak-anak,
“Ibu busy macam mana pun, waktu petang memang wajib ibu luangkan masa untuk anak-anak, hiburkan hati anak-anak. Anak-anak berhak ada waktu main mereka, walaupun sesimple macam mana sekalipun. Balance time family & business,” kongsi Irine.
Menerusi perkongsian berlainan, Irine juga turut membuat pelbagai aktiviti sukaneka lain setiap hari. Antaranya, lari dalam guni, cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol dan banyak lagi.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @irine_nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu bapa memang berniat nak asingkan tempat tidur anak. Cuma perasaan tak sampai hati itu yang membataskan hasrat tersebut. Namun jika hati tak kental sampai bila ibu bapa tak akan berjaya ajar anak berdikari dan merasai keseronokan tidur di bilik sendiri.
Bukan itu saja, mengasingkan anak tidur di bilik sendiri, sekurang-kurangnya boleh menjaga aib ibu bapa dan memberi privasi sesuai dengan peningkatan usia anak.
Mulakan dari awal, hati kena kental
Seperti perkongsian seorang ibu, Shahirahzai di Twitter dia berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan untuk asingkan tempat tidur anak-anak. Mungkin di awal-awal rasa agak sukar dan anak akan ambil masa untuk lelapkan mata, tetapi bila dibiasakan lama-lama akan mudah dan anak faham.
Nampak simple tapi kita wajib asingkan tempat tidur anak tau. If im not mistaken (betulkan kalau silap) dalam surah an-Nur, ayat 58 pun ada cakap pasal ni. Ni my personal experience bila asingkan tempat tidur anak.
Anak i jadi lagi bertanggungjawab tapi cara budak umur 3 tahun lah. Dia tau tu bilik dia jadinya kalau toys sepah ke apa ke, i akan mintak dia kemas. Dulu i jenis cepat kesian, kalau dia nangis so takyah buat tapi sekarang i dah kental. Dia buat sepah, dia yang kena kemas.
Dalam bilik dia pun ada baju baju and drypers so setiap kali lepas mandi anak i automatically akan masuk bilik dia and amik drypers dekat rack. Dia dah tau dalam bilik dia memang ada semua barang barang dia. Indirectly dia hafal benda tu kat mana benda ni kat mana if nak amik.
Anak dah pandai berdikari
Part ni i paling suka. Before asingkan tempat tidur, anak i main merata rata. Lepas asingkan bilik, i letak toys dalam bilik dia. Kalau dia bawak toys keluar pi ruang tamu ke apa, i akan mintak dia bawak masuk semula dalam bilik so if sepah pun just bilik dia bukan satu rumah.
Nap petang i akan bawak dia masuk bilik dia sendiri and tidurkan dia dalam bilik tu. Ada je waktu dia nak tidur dalam bilik kitaorang tapi i cakap “No, this is your room” and i buat keras duduk dalam bilik dia so dia akan datang kat i jugak Face with tears of joy. Parents kena tegas tau!
Memang susah tapi insyaAllah kita semua boleh. Sebenarnya kalau start lagi awal lagi better. I start lambat sebab hati tak kental dulu. Rolling on the floor laughing. Btw, boleh mula dengan beli cadar yang anak korang suka. So dia happy nak tidur kat tilam dia hehe.
Nak tidur tu memang i akan teman dia baca doa, borak borak and nyanyi nyanyi sambil lampu tutup. Bila dia dah tidur i akan masuk bilik i. Lama lama nanti, dia dah boleh tidur sendiri. Bila mengantuk je dia terus masuk bilik sendiri and tidur takyah teman dah.
Kita pun nak bilik tidur cantik, wangi and bersih so samalah dengan anak kita. I ada je waktu malas nak mengemas so husband i take over. Kitaorang gilir gilir. Jujur i cakap, jaga anak ni letih sebab macam macam kena buat tapi anak ni amanah. Ikhlas jaga insyaAllah luas rezeki.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setakat 30 Januari 2020, angka bagi individu yang dijangkiti virus korona telah melebihi 7,000. Jangkitan virus korona baharu ini lebih agresif berbanding dengan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Namun berbanding dengan kedua-dua penyakit tersebut, jangkitan virus korona baharu masih tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Akan tetapi, masih awal untuk kita buat kesimpulan. Setakat ini, sebanyak 170 kematian akibat virus korona direkodkan berbanding SARS dan MERS yang memiliki kadar kematian yang lebih tinggi.
Wabak ini telah membuatkan semua individu panik, lantas sibuk mencari topeng muka dan sanitizer sebagai langkah pencegahan. Namun, peralatan perlindungan ini kekurangan stok di Malaysia, sekali gus menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk tempatan.
Walau bagaimanapun, adakah wajib bagi setiap individu untuk membeli kedua-dua produk ini bagi mengelakkan jangkitan virus korona?
Ketahui alternatif lain jika stok topeng muka dan sanitizer telah kehabisan dengan membaca artikel ini.
Wajib pakai topeng muka ke?
Sedar tak, ramai individu yang sudah mula memakai topeng muka dalam pengangkutan awam dan di pejabat?
Permintaan terhadap produk tersebut telah meningkat menyebabkan banyak kedai dan farmasi mengalami kehabisan stok. Yang lebih merisaukan, ada penjual yang sengaja menaikkan harga topeng muka dan sanitizer bagi meraih keuntungan besar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan amaran keras terhadap mereka yang mengambil kesempatan menjual produk tersebut pada harga yang tinggi.
Namun, persoalannya di sini, adakah wajib untuk anda memakai topeng muka bagi menghindari jangkitan virus korona baharu?
Menurut Konsultan Penyakit Berjangkit, Dr Benedict Sim,
“Setakat ini tiada keperluan untuk rakyat Malaysia memakai topeng muka memandangkan tiada jangkitan virus korona baharu di antara manusia berlaku di sini.”
Akan tetapi, tidak salah jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli topeng muka. Namun jika tiada topeng muka, janganlah pula anda takut hendak keluar rumah.
Jika berlaku jangkitan di antara manusia, anda boleh menggunakan surgical mask yang mempunyai tiga lapisan perlindungan.
Oleh sebab virus korona disebarkan melalui titisan air, tidak semestinya anda perlu memakai topeng muka N95 yang sering diguna untuk menghindarkan penyakit yang tersebar melalui bawaan udara (airborne).
Jika topeng muka sukar untuk didapati, anda boleh mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika anda mempunyai simptom selesema, elakkan berlegar-legar di tempat awam dan amalkan etika bersin/ batuk yang betul.
Perlu basuh tangan guna sanitizer ke?
Apabila berbincang mengenai jangkitan, pasti anda akan terfikir berkenaan hand sanitizer kan?
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun. Jika tiada air atau sabun, sanitizer boleh digunakan.
Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.
Pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol boleh menghindari penyebaran penyakit berjangkit. Namun keberkesanannya kurang jika dibandingkan dengan penggunaan air dan sabun.
Menurut CDC lagi, berbanding dengan air dan sabun, mereka yang menggunakan sanitizer cenderung untuk tidak menggunakan pembersih tangan tersebut dengan cara yang betul.
Ada yang menggunakannya pada kuantiti yang sedikit dan ada yang mengelapnya sebelum ia betul-betul kering.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan air dan sabun semasa membasuh tangan dan bukan sanitizer semata-mata. Ini antara sebabnya:
Sanitizer kurang berkesan pada tangan yang kotor dan berminyak. Kajian-kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan pembersih tangan tersebut kebanyakannya dibuat pada pekerja hospital. Dari perspektif komuniti pula, kebanyakan individu pergi bersukan, berkebun, berkhemah atau memancing. Dalam situasi tersebut, air dan sabun terbukti lebih berkesan
Sanitizer tidak mampu membasmi racun perosak atau keluli berat daripada tangan. Kajian pada tahun 2012 oleh Gloria D.C. et al telah menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan sanitizer mempunyai paras racun perosak yang tinggi berbanding mereka yang menggunakan air dan sabun. Jadi, apa anda perlu lakukan jika tiada air dan sabun?
Pastikan sanitizer yang anda guna mempunyai kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol yang rendah mungkin:
-Tidak berkesan untuk membasmi pelbagai jenis kuman
-Tidak membasmi, hanya merencatkan pertumbuhan kuman
-Apabila anda menggunakan sanitizer, gunakan pada keseluruhan tangan dan pastikan ia kering dengan sendiri. Jangan gunakan kain atau peralatan lain untuk mengeringkan tangan anda.
Amalkan langkah-langkah pencegahan
Setakat ini, kesemua kes positif virus korona baharu di Malaysia melibatkan pelancong dari China. Mereka telah dikuarantin dan sedang menerima rawatan hospital. Ini bermakna, peratusan penyebaran penyakit berada pada tahap yang sangat rendah.
Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi menghindarkan diri daripada jangkitan virus korona.
Panik berkenaan dengan virus ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara-negara lain yang mempunyai kes positif.
Kedai-kedai farmasi di Hong Kong telah kehabisan stok topeng muka dan Taiwan telah menghentikan urusan eksport topeng muka bagi memastikan stok domestik mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.
Setakat ini, 3 prinsip pencegahan telah diamalkan bagi mengurangkan penyebaran penyakit terutamanya di China yang menjadi pusat kepada jangkitan virus korona baharu.
-Basuh tangan secara kerap
-Pemakaian topeng muka
-Elakkan daripada pergi ke tempat yang ramai orang
-Di Malaysia, jika anda tidak dapat membeli topeng muka atau sanitizer, anda masih boleh pergi ke tempat kerja, menjalani aktiviti sosial dan sebagainya. Namun, perkara ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
Langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini berjaya menghindarkan berlakunya jangkitan antara manusia di Malaysia. Ya, kita ada kes positif, namun tiada individu yang berjangkit daripadanya setakat ini.
Pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan penyebaran virus yang betul. Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan rawatan doktor dan elakkan daripada pergi ke tempat awam.
Anda boleh membeli topeng muka dan sanitizer jika ada dijual. Namun, jika tiada, jangan panik. Masih tiada lagi berlakunya kes jangkitan antara manusia di Malaysia. Ini bermakna kebarangkalian untuk jangkitan tersebut merebak berada pada paras rendah.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai manusia biasa, marah dan tengking anak tanpa sengaja itu adalah perkara yang biasa. Ada waktunya kita penat dan ini selalunya kita hilang kawalan. Normal!
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, sebolehnya kita usahalah untuk baiki diri kita dengan anak-anak. Ini sebaiknya.
Walaupun saya banyak berkempen nak ajak orang jadi mak yang tenang-tenang, tapi percayalah. Saya sangat faham bila ada yang mengadu terjerit, termarah, terover-react kat anak.
Kita manusia kot. Tau penat. Ada turut naik emosi. Ada hormon dalam badan yang tak boleh nak dikawal pakai remote. Ada banyak fikiran yang bercampur baur.
Bila otak dah mula rasional, emosi dah mula stabil, waktu tulah baru datang semua rasa bersalah kat anak. Dan kat pasangan yang kita marah.
Kadang-kadang, marah kita tu, tak sepadan dengan situasi. Benda kecik. Tapi jeritnya macam salah tak boleh nak diampun. Silap tak boleh nak dibaiki.
Ya. Marah boleh beri kesan buruk. Kita mudah dapat sakit jantung. Orang sekeliling pun makin menjauhkan diri.
Pun begitu, marah bukan bermakna kita manusia yang teruk. Boleh jadi petanda kita ni manusia yang normal.
Bila dah terlajak beremosi, tepuk bahu, pujuk diri. “Hey, it’s ok. Kita cuba lagi.”
Langkah hari ini ialah, maafkan diri, akui silap dan kita usaha perbaiki. Perasaan bersalah itu juga petanda bahawa kita ibu yang baik. Ibu yang berusaha. Ibu yang mengakui silap. Dan bersedia untuk betulkan kesilapan.
Berita baiknya, bila kita rasa bersalah, kita masih ada peluang untuk REPAIR. Kita sentiasa layak maafkan diri dan mula semula.
Tidak mengapalah anak-anak nampak versi diri kita yang tak sempurna. Asalkan mereka nampak kita berusaha.
Mereka akan belajar dan meneladani keberanian kita memohon maaf, merendah diri dan bermuhasabah.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.