Biasakan Anak Tulis Bentuk Asas Seawal 2 Tahun. Baru Rangsang Koordinasi Tangan & Mata

Share

Ramai ibu ayah dan pendidik mahu anak-anak didik segera kenal huruf dan dapat tulis huruf-huruf tersebut.

Tapi adakah kita terfikir kenapa sebenarnya anak kita masih belum boleh menulis dengan baik walaupun dah masuk tadika. Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa

.

Begini Ibu Ayah

Bayangkan tangan kita hanya saiz S tapi kita mahu dia pegang objek saiz XL

❌ Anak tidak mampu pegang lama sebab berat
❌ Anak mudah penat sebab berat sangat
❌ Anak mengadu sakit sebab berat tadi

Akibatnya anak nampak
✍️ Malas
✍️ Tidak minat
✍️ Tidak fokus

Sebenarnya ibu ayah perlu jelas tentang umur perkembangan sebenar anak boleh tulis bentuk-bentuk itu supaya:

✅ Otot cukup kuat dan sedia
✅ Koordinasi tangan dan mata cukup latihan
✅ Gerakan pergelangan tangan, siku dan bahu yang lebih bersedia

Mahu laju-laju ke mana?

Biarkan asas pembentukan bentuk-bentuk asas cukup bersedia.

Antara latihan yang ibu ayah boleh lakukan untuk buat anak-anak cukup bersedia adalah
❤️ Wheelbarrow
❤️ Animal walking
❤️ Baling dan tangkap bola

Antara latihan yang menggabungkan Stimulasi Vestibular, Proprioceptive, Tactile, Visual serta beri latihan persepsi visual dan menguatkan otot-otot utama.

Jom mulakan tindakan kita bersama anak-anak kita.

Sumber: OT Nurul Sheriena

Published by
Wan Amy